Followers

04 May 2011

Pengkid Dan Normal #15

Sudah seminggu Key di tahan di hospital. Ima langsung tidak dihubunginya. Key cuma pesan pada rakan-rakannya agar beritahu Ima bahawa dia ada di kampung kerana kecemasan. Key tidak mahu Ima risau. Hari ini keputusan pemeriksaan dikeluarkan. Key berharap agar dirinya tidak apa-apa. Dia takut andai dia akan pergi dahulu meninggalkan semua yang disayanginya. Dia tidak mahu ibunya bersedihnya, abahnya menangis. Dan dia tidak mahu Ima merana. Jadi, biarlah hanya dia yang akan menghadapi keputusan pemeriksaannya itu. Dia pasrah dengan apa jua yang akan disampaikan oleh Doktor Hakimie sebentar lagi.

"Assalamualaikum, Key,"ucap seseorang yang masuk ke dalam bilik yang menempatkan Key sendirian.

"Waalaikummussalam doktor," balas Key sambil tersenyum kecil. Hakimie terpana namun dia cepat cepat mengalihkan tumpuannya.

"Awak yakin tak mahu tunggu family awak untuk dengar keputusan pemeriksaan ini?"soal Hakimie.

"Yakin doktor. Walau apa pun keputusannya biarlah saya je yang tahu,"jawab Key. Hakimie terdiam. Sungguh, berat bagi dia untuk membacakan keputusan yang diterimanya pagi tadi. Namun, dia yakin. Key masih boleh diselamatkan. Cuma, dia risau semuanya tak berjalan lancar. Hakimie mengeluh kecil.

"Kenapa doktor?"soal Key apabila melihat Hakimie yang tidak keruan itu.

"Maafkan saya. Keputusan telah kami ketahui. Saya harap awak tabah ye?"

"Just tell me doc. Actually what happened with me? Are anything all right?"

"Key, awak menghidapi penyakit kanser otak,"berat Hakimie memberitahu Key.

Key terpempan. Selama ini, dia menonton di kaca televisyen, baca novel. Namun kini. Dia sendiri menghadapinya. Kepalanya tiba-tiba terasa sungguh sakit. Key memicit kepalanya. Namun Key tak mahu mengalah. Dia kena kuat.

"Takde peluang untuk saya lagi ke doktor?"soal Key lemah. Hakimie sayu mendengar suara Key yang lemah itu. Terasa tubir matanya basah.

"Insya-Allah ada. Saya akan uruskan pembedahan secepat mungkin untuk awak. Awak tak perlu risau ye?"jawab Hakimie. Key tersenyum lemah.

"Doktor, terima kasih,"ucap Key. Hakimie tersenyum nipis.

"Awak jangan risau ye. Apa juga yang berlaku, saya akan bertanggungjawab. Saya akan lakukan yang terbaik untuk awak. Jangan lupa berdoa ye?"balas Hakimie. Key terpana. Doktor muda itu sungguh baik. Setiap hari doktor muda itu akan jenguk dia. Walaupun bukan sebagai doktor. Namun kata Doktor Hakimie, sebagai kawan baru. Sedikit sebanyak, Key rasa hatinya terusik. Namun cepat cepat dia nafikan. Di hatinya masih ada Ima. Dia sungguh rindukan Ima.

Key tahu, hidup dia sekarang tidak pasti. Dia tahu hidup dia mungkin sudah tidak lama. Dia perlu lepaskan Ima. Agar Ima dapat hidup yang lebih terjamin. Dia mahu Ima happy dan cari orang yang boleh jaga diri dia selama-lamanya. Dia tidak mahu hidup Ima tidak terjamin dengan dia. Dia perlu buat sesuatu agar Ima boleh hidup bahagia. Dia sayangkan Ima, dia cintakan Ima. Namun, semua itu tidak akan kemana-mana sekarang. Bila-bila masa sahaja penyakitnya akan menyerang. Dia tidak akan dapat hidup lama.

"Key, are you okay?"soal Hakimie apabila dia lihat Key termenung sendirian.

"Eh, doktor. Saya okay je. Maaf saya terlupa pula doktor ada," Key malu sendiri. Hakimie tersenyum. Muka Key yang merona kemerahan menarik perhatiannya. Hakimie memandang seraut wajah milik Key. Jantungnya berdegup laju. Hakimie mula tidak keruan.

"Kenapa doktor pandang saya macam tu?"soal Key. Hakimie tersedar. Dia tersengih.

"Takde apa lah. Okaylah, saya keluar dulu. Kalau perlukan apa-apa, bagitahu je nurse ye?"ujar Hakimie. Key mengangguk perlahan. Hakimie berlalu keluar. Key tersenyum melihat tingkah Hakimie. Sungguh aneh.

*********************************

Ima memandang bosan kaca televisyen. Sudah 2 minggu dia tidak bertemu dengan Key. Sungguh dia rindukan Key. Key hilang tanpa berita. Handphone sudahlah ditinggalkan di rumah. Panggilan ke rumah ibu bapanya juga tidak berjawab. Ima buntu. Untuk kesekian kalinya dia menangis. Dia tidak mahu mengesyaki apa-apa mengenai Key. Dia tahu Key tidak akan mengapa-apakan hubungan mereka. Namun, setelah apa yang terjadi, Ima buntu. Sudah Izhar asyik mencarinya. Tidak putus-putus dia menerima panggilan Izhar, coklat, bunga dan berbagai lagi. Kadangkala hatinya tersentuh juga melihat kesungguhan Izhar menawan hatinya. Namun, Ima perlu kuatkan hatinya.

Ima bingkas bangun dan menuju ke dapur. Perutnya yang lapar minta diisi. Sejak ketiadaan Key, Ima banyak menghabiskan masa dengan termenung. Makan minumnya juga terabai. Dia cuma berharap, apabila pulang dari kelas kelibat Key kelihatan di perkarangan rumah sewa mereka. Namun, hampa. Ima menyelongkar peti ais dan mengeluarkan beberapa ketul ayam. Dia cuma mahu makan ayam goreng. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lantas, Ima bergegas menjawab panggilan tersebut.

"Hello"

"Hello, Ima"

"Bie! Mana you pergi?"soal Ima. Key tersenyum perlahan.

"I tak pergi mana-mana pun. Cuma, I ada hal and I rasa kita perlu berbincang,"jawab Key. Ima terdiam.

"Bincang apa, bie?"soal Ima lagi.

"Pasal relationship kita."

"Why dengan relationship kita?"

"I tak boleh go on dengan relationship kita,"tenang Key meluahkan. Dia terpaksa demi kebahagiaan Ima. Air matanya menitis.

"Why bie? Why you buat I macam ni? Apa salah I? I tak cukup bagus ke jadi kekasih you? You ada someone else ke?"Ima tidak dapat menerima kenyataan. Laju air matanya mengalir.

"Ima, listen here. I have to let you go. You're the most precious person that had came in my life. But, I have too. Kalau you tahu apa yang sedang I alami, you pasti akan faham. Tapi, maaf. I tak boleh benarkan you tahu apa yang I alami. Biarlah jadi rahsia I,"luah Key. Suaranya tersekat kerana menangis. Ima terdiam. Sungguh dia tidak sangka. Hubungannya dengan Key selama 6 bulan akan berakhir di sini.

"Sayang, you tipu I kan? You bergurau kan? Tell me, that it's all lie. Please bie. I beg you. Kenapa buat I macam ni?"Ima separa meraung.

"Ima, saya terpaksa lepaskan awak. Saya akan pindah ke kampung. Saya harap awak faham saya. Saya harap awak dapat yang lebih baik. Nanti family saya akan datang ambil barang-barang saya. Maaf, saya terpaksa bukan sengaja,"Key lantas mematikan panggilan. Ima terpana. Begitu mudah Key melepaskan dia selepas apa yang mereka tempuh bersama. Kini, dia dengan Key sudah tiada apa-apa hubungan? Berat bagi Ima untuk menerima apa yang terjadi. Ima terduduk, air matanya tidak boleh berhenti mengalir. Mengapa semua dirasakan bergitu kejam?



Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment