Followers

19 September 2011

Pengkid dan Normal #21

Key bersiap-siap ala kadar. Rambutnya yang panjang ke paras bahu, diikat. mukanya berbedak nipis. Dia hanya memakai t-shirt dikenakan dengan kain labuh. Perfume disembur. Setelah puas hati dengan penampilannya, Key keluar dari bilik. Hari ini dia akan bertemu dengan Abil dan Achik. Dua sahabat yang amat dirinduinya.

"Nak ke mana ni?"soal Puan Intan.

"Nak keluar kejap lah bu. Jumpa kawan lama,"jawab Key.

"Kalau macam tu, biar saya hantarkan,"celah Hakimie.

"Eh, tak perlu. Saya boleh drive sendiri. Lagipun, awak kan nak balik KL dah,"balas Key tanpa memandang ke arah Hakimie. Entah mengapa, dia masih sakit hati dengan perkara semalam.

"No, I want to follow you. No more excuse,"tegas Hakimie bingkas bangun. Key mendengus geram. Puan Intan hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu.

"Makcik, kami pergi dulu ye. Saya minta izin hantar anak makcik ni, boleh?"soal Hakimie.

"Boleh apa salahnya. Lagi bagus. Bahaya anak dara drive sorang-sorang,"jawab Puan Intan. Key mencebik, Hakimie mengejek tanda kemenangan.

Key masuk kedalam kereta Hakimie. Mahu tak mahu, dia terpaksa akur. Entah mengapa, sikapnya yang keras kepala mula kendur sedikit di hadapan insan bernama Hakimie ni. Dia menafikan perasaan yang mula timbul. Dia tidak boleh memendam perasaan ni. Dia harus membuangnya. Hakimie tersenyum melihat Key yang termenung jauh. Sesekali dia lihat Key mencebikkan bibir. Mahu sahaja dia gelak, namun ditahankan.

"Apa pandang-pandang? Nak kena lempang?"soal Key, marah.

"Amboi, garangnya! Pandang pun salah ye sekarang?"soal Hakimie kembali.

"Salahlah! Dah lah memandai je nak hantar orang. Benci tahu tak? Benci!"jawab Key separuh menjerit. Hakimie tergelak kuat.

"Betul ni benci saya?"

"Sangat benci!"

"Benci sangat ye?"

"Sangat lah!"

"Benci sangat sangat kan?"

"Sangat sangat sangat!"

"Sangat cinta saya kan?"

"Sangat sangat lah!" Key menekup mulut. Dia terlepas cakap! Hakimie gelak kuat. Dia lihat, muka Key sudah merona kemerahan.

"Tahu malu,"usik Hakimie. Key mendengus. Macam mana lah dia boleh terlepas cakap.

"Ha, dekat simpang depan tu, belok kiri. Lepas tu belok kanan, belok kanan lagi sekali tau,"arah Key.

"Ye lah tuan puteri,"balas Hakimie sambil ketawanya masih bersisa.

Seusai sampai, Key keluar dari kereta. Dia tersenyum senang apabila sudah sampai. Taman rekreasi yang menjadi tempat permainannya zaman remaja dahulu. Sewaktu dia masih keanak-anakan. Dia terpandang replika dinasour yang tersergam indah di tengah taman rekreasi itu. 'ah, kenangan!' kata hatinya.

Dari jauh, dia terpandang kelibat Abil dan Achik. Dia tersenyum lantas pergi ke arah mereka. Hakimie membuntuti dari belakang.

"Hey korang!"ujar Key, sedikit teruja.

"Key! Lain gila kau sekarang!"balas Achik, teruja juga.

"Pergh, awek cun siot! Berubah gila kau kan?"ujar Abil pula. Key ketawa.

"Apa yang berlaku, merubah diri aku. Alhamdulillah, kini aku dalam usaha untuk berubah. Oh, sebelum aku lupa. Korang, kenalkan. Ini lah Doktor Hakimie, doktor yang merawat aku," Key memperkenalkan Hakimie dekat kawan-kawannya.

"Kimie, yang ni Abil dan yang muka cina tu Achik. Diorang kawan sejak zaman sekolah lagi,"sambung Key. Hakimie hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.

"Oh ye Key. Sebenarnya, kitorang bukan berdua je,"Abil memulakan bicara setelah sunyi beberapa ketika.

"Korang dengan siapa lagi? Atiqah dan Hani ye?"teka Key. Achik menggelengkan kepala.

"Key."

Key terpana. Suara itu. Suara yang amat dikenalinya. Suara yang amat dirinduinya. Suara yang pernah menjadi teman tidurnya. Suara yang cukup pilu di pendengarannya. Suara milik seseorang yang amat dia cintai. Key menggeletar lantas berpaling.

"Ima."

Hakimie turut berpaling. Ima? Gadis inilah yang pernah diceritakan oleh Key satu masa dahulu. Hatinya dijentik perasaan berbelah bahagi. Cemburu, bimbang. Semua menjadi satu. Namun, dia perlu bertindak matang. Key perlu memilih jalan hidupnya. Dia hanya berdoa. Agar hati Key sudah menjadi satu. Satu hanya untuk dia.

**********************

Key berjalan berdua bersama Ima. Masing-masing kaku dengan situasi ini. Setelah berbulan tidak bertemu. Key lihat Ima semakin kurus dan cengkung. Wajahnya pula seperti saban malam berendam air mata. Salah dia kah semua ini? Namun, Key yakin pada hatinya. Dia masih sayangkan Ima. Cuma.

"Key sihat?"soal Ima.

"Alhamdulillah sihat. Ima?"

"Macam apa yang Key nampak lah,"balas Ima sedikit hiba.

"Key minta maaf atas apa yang terjadi dalam hubungan kita. Key tahu Key salah sebab memutuskan hubungan begitu sahaja. Namun, Key terpaksa. Key rasa dah sampai masanya kita berubah,"ujar Key memulakan bicara.

"Begitu mudah? Begitu mudah hati Key berubah?"

"Hati ini tidak pernah berubah. Namun, apa yang berlaku menjadi hikmah. Key bersyukur Key masih bernafas sehingga sekarang. Ima, Key takut. Takut untuk jadi seperti dahulu. Apa yang terjadi seolah olah menjadi petanda menyuruh Key berubah."

"Bagaimana dengan hati Ima? Bagaimana dengan perasaan Ima? Tidakkah Key mengerti? Betapa Ima sayangkan Key. Ima mencintai Key sepenuh hati Ima!"

"Ima, Key pun sama. Ima ingat Key nak sangat ke tinggalkan Ima? Key pernah mencintai Ima. Sepenuh hati Key. Tapi, keadaan dah berubah sekarang. Pengalaman mematangkan manusia. Berilah diri kita peluang untuk berubah. Boleh?"

"Tapi, Ima tak mampu. Ima rindu Key."Sayu suara yang dilontarkan oleh Ima. Key terdiam. Dia mula rasa bersalah. Key begitu yakin, dia berubah. Dan hatinya kini milik seorang lelaki. Yang selalu ada ketika susah dan senang dia. Bukanlah dia mudah berubah hati. Cuma, dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu. Yang Maha Esa masih memberi peluang untuk dia bertaubat. Akan dia gunakan peluang ini sebaik-baiknya.

"Ima, listen here. You deserve better. Ima pasti akan menjadi milik seorang lelaki yang benar benar mampu menjaga Ima. Bukannya Key, seorang gadis yang lemah. Yang pasti akan tumpas di tangan seorang lelaki. Key sekarang bukan Key yang dulu. Key harap Ima faham,"terang Key. Ima tersenyum nipis.

"Baiklah kalau itu apa yang Key mahu. Ima faham. Terima kasih untuk segalanya, sayang,"balas Ima lantas berlalu. Key mengeluh perlahan. Dia lantas bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah Abil, Achik dan Hakimie.

"So, whats happened?"soal Abil.

"Everything is over now. Me and her, over. But, hope we still can be friends,"jawab Key sambil tersenyum nipis. Hakimie lega mendengar jawapan Key.

"Baguslah macam tu. Kitorang bukan apa, tak sanggup tengok Ima tu terseksa. Dia asyik nak jumpa kau. Asyik panggil nama kau. Sampai kitorang tak tahu dah nak buat apa,"ujar Achik.

"Takpe lah weh. Benda dah jadi dah. Alhamdulillah semua okay sekarang,"balas Key.

"Okay lah. Kitorang nak balik dulu. Kesian Ima sorang-sorang dalam kereta pula,"ujar Abil. Setelah bersalaman, mereka berlalu.

"So, shall we?"ujar Hakimie. Key tersenyum nipis lantas mengangguk perlahan.

"I love you,"bisik Hakimie perlahan di telinga Key. Key mematikan langkah. Dia terpana.

"Hey, kenapa berhenti. Marilah pulang, sayang,"ujar Hakimie sambil menarik tangan Key. Key tersenyum malu. Sungguh malu.

Suka Tak Suka ?

10 September 2011

Pengkid dan Normal #20

Izhar berjalan-jalan di persisiran pantai. Dia lebih selesa mengambil angin petang di tepi pantai. Suasana cukup nyaman baginya yang sedang dalam kekusutan. Sebulan dia telah meninggalkan hiruk pikuk kota besar. Dia selesa di sini. Sebulan juga dia menyepikan diri. Dari Ima yang amat dirindui. Masakan dia mampu lupa orang yang paling dia cinta dalam masa sebulan. Walaupun ramai yang cuba menghampiri, dia tetap terlihat bayangan Ima dimatanya. Dia rindukan Ima. Rindukan senyum tawa, jelingan tajam dan rengekan manja. Rambut Ima yang panjang mengurai sungguh lembut dibelai. Izhar tersenyum sendiri. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Gambar latar telefon bimbitnya adalah gambar dia bersama Ima satu ketika dahulu.

Dalam gambar tersebut, Ima kelihatan tersenyum mesra disamping dia. Tapi, dia tetap dengan lagak machonya. Izhar masih ingat lagi, ketika gambar itu diambil, dia terpandang seorang gadis cantik. Malah, dia merasakan kehadiran Ima hanya sebagai perosak rancangan apabila dia tidak mampu mengayat gadis tersebut. Dia menyesal, sungguh menyesal. Apalah kurangnya Ima. Ima cantik, sungguh cantik. Wajahnya keanakan namun perangainya matang. Menjaga tutur kata, tingkah laku. Izhar mengeluh perlahan.

"Apa yang dimenungkannya tu?"soal Datin Maria yang sedari tadi melihat kelakuan anak bujang nombor dua nya itu.

"Eh, mama. Sejak bila mama ada kat sini? Bukan tadi mama dekat teratak ke?"soal Izhar kembali. Datin Maria tersenyum.

"Dah anak mama ni termenung jauh. Sampai mama dah lama kat sini pun, dia tak perasan kan?"seloroh Datin Maria. Izhar tersenyum.

"Mama, mama. Bukan Iz tak perasan lah. Mama ni buat magic ea? Tiba-tiba muncul macam tuh."

"E'eh. Mama pula yang kena. Jadi, siapa gerangannya yang berjaya buat anak mama ni tak perasan mamanya ada kat sini ni?duga Datin Maria. Izhar ketawa perlahan. Diikuti Datin Maria.

"Ima Aqeera,"ujar Izhar perlahan.

"Siapa?"

"Ima Aqeera lah mama,"jawab Izhar. Matanya dilepaskan memandang keindahan pantai. Suasana matahari terbenam sungguh mendamaikan.

"Sedap nama tu. Mesti orangnya pun cantik kan?"duga Datin Maria sekali lagi. Izhar tersengih.

"Cantik. Cantik sangat,"balas Izhar. Dia hanya mampu tersenyum kelat.

"Kenalkanlah dekat mama. Mama nak kenal juga gadis bertuah itu,"ujar Datin Maria.

"Dia kisah silam, mama. Dia dah takde dalam life Iz. Iz dah mati dari hidup dia,"balas Izhar. Matanya sayu. Datin Maria terdiam. Dia tidak mahu apa yang berlaku pada Kimie turut berlaku pada Izhar. Hati tuanya sedih melihat anak-anaknya menderita.

"Boleh mama tahu kenapa?"duga Datin Maria.

"Ada orang boleh bahagiakan dia. Iz gagal bahagiakan dia, ma. Iz jahat sebab selalu buat dia menangis dulu. Iz gagal mama,"balas Izhar perlahan. Datin Maria tersenyum kecil. Anaknya perlu belajar dari kesilapan. Entah mengapa, hati tuanya meronta ingin berkenalan dengan Ima Aqeera.

********************

Key termenung jauh. Sudah seminggu dia dikeluarkan dari hospital. Kini, dia berada di kampung halamannya. Rambutnya yang semakin panjang dibiarkan lepas. Dia sedar rambutnya kini panjang dan lebih paras bahu. Ahh, memang rambutnya cepat sahaja tumbuh. Key duduk di kerusi yang disediakan di halaman rumah. Pokok buah mata kucing dipandang lama. Itu salah satu buah kesukaan Ima. Ah, dia memang rindukan Ima. Segala mesej Ima tidak dibalasnya. Malah, dia juga telah menukar nombor telefonnya. Bukan untuk berlaku kejam, tapi dia ingin merubah hidupnya. Seringkali Achik dan Abil memarahinya kerana meninggalkan Ima begitu sahaja. Namun, dia terpaksa. Dia tahu dia akan kalah hanya dengar suara Ima. Suara kecil yang boleh mencairkan hatinya.

"Amboi, jauhnya tuan puteri kita termenung ye,"tegur Hakimie.

"Eh, Kimie. Bila sampai ni? Tak kerja ke?"soal Key. Hakimie tersenyum nipis.

"Baru je sampai. Tu lah, termenung jauh sangat sampai saya datang pun awak tak perasan. Hari ni, ambil off sempena nak jumpa awak,"jawab Hakimie bersahaja. Key tergelak besar. 

"Alahai, lelaki ni kan. Tembak nak?"gurau Key.

"Tembak je lah sayang. Awak dah pun tembak saya guna penangan mata awak tu. Sampai saya terjatuh tak boleh bangun bangun lagi,"seloroh Hakimie.

"Malaslah nak layan awak ni. Masuk dalam lagi bagus,"ujar Key lantas berlalu. Hakimie tergelak besar lantas mengikut Key masuk ke dalam rumah.

"Ibu, Kimie gedik datang!"laung Key lantas tergelak melihat muka Hakimie yang buat buat marah.

"Amboi, sedapnya mulut kata kita gedik,"ujar Hakimie. Key ketawa kuat.

"Siapa datang? Gedik?"soal Puan Intan. Semakin galak ketawa Key mendengar soalan ibunya.

"Bukan makcik. Saya yang datang,"jawab Hakimie lantas bergerak menuju ke arah Puan Intan untuk bersalaman.

"Laaa, Doktor Hakimie rupanya. Makcik ingat siapalah tadi kan,"ujar Puan Intan.

"Panggil Kimie je lah makcik,"balas Hakimie. Puan Intan hanya mengangguk-angguk.

"Duduk lah dulu borak dengan ibu. Biar saya buatkan air,"ujar Key apabila ketawanya masih bersisa.

"Gelak sakan anak makcik tuh. Maaflah, dia memang suka bergurau,"kata Puan Intan.

"Takpe makcik, saya tak ambil hati pun. Suka adalah,"balas Hakimie. Puan Intan tersenyum apabila melihat anak mata Hakimie tidak lepas memandang anak daranya.

"Kenapalah susah susah kamu datang ke mari. KL ke BP ni bukannya dekat. Jauh,"bebel Puan Intan. Hakimie tersenyum nipis. Dia sebenarnya rindukan Key. Seminggu dia tidak berjumpa Key. Hatinya tidak keruan.

"Takpelah makcik. Saya saja nak melawat Key. Nak tengok sendiri perkembangan dia. Tengok dia okay je ni. Maybe jumlah ubatnya boleh dikurangkan. Bukankah lagi mudah begitu?"balas Hakimie.

"Alah bu, dia mengada tu je bu,"celah Key yang muncul dari dapur sambil menatang 2 gelas air.

"Ish dia ni kan. Mencelah je kerja,"marah Puan Intan.

"Takpe bu. Biar je dia. Gedik!"ejek Key. Hakimie mengetap bibir tanda geram.

"Sudahlah tu. Kesian tetamu kita ni. Datang dari jauh,"bela Puan Intan. Key mencebik dan Hakimie tersengih tanda kemenangan.

"Makcik, kalau tidak keberatan. Boleh saya bermalam di sini? Nak sewa hotel, saya nak save budget,"soal Hakimie.

"Eh, boleh saja. Apa salahnya. Makcik lagi suka. Lagipun pakcik kamu banyak tanya pasal kamu,"jawab Puan Intan.
"Save budget untuk kahwin ke cik abang oi?"usik Key lagi.

"Sudah semestinya lah. Macam mana nak kahwin kalau duit takde kan,"balas Hakimie selamba. Key terpempan. Kenapa hati dia terasa sakit mendengar jawapan Hakimie. Dia cemburu ke? Oh, tidak mungkin.

"Dah ada calonnya ke Kimie?"soal Puan Intan pula.

"Sudah ada makcik. Insya-Allah dalam tahun depan, saya nak masuk meminang dia,"jawab Hakimie lagi. Key terdiam lagi. Namun, dia cuba berlagak selamba sambil menekan-nekan keypad hanphonenya.

"Alhamdulillah. Calonnya orang mana? Untung bakal isteri kamu tu,"ujar Puan Intan.

"Calonnya? Orang KL jugak lah makcik. Untung tu, tidaklah. Biasa saja,"balas Hakimie sambil tersenyum nipis. Key terasa sesak dengan situasi itu. Namun, dia lega apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Key meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello"

"Hello Key. Ni aku lah Abil,"ujar Abil.

"Oh, kenapa call ni?"soal Key.

"Jom keluar? Aku ada kat Batu Pahat ni. Jom lah. Achik, Atiqah dan Hani pun join sekali,"jawab Abil.

"Lah, yeke? Bila nak keluar?"soal Key lagi.

"Esok malam? Boleh?"

"Okay cun. Boleh aje kalau macam tu. Esok kita jumpa ye,"ujar Key. Setelah mematikan panggilan, Key terkejut apabila Hakimie betul-betul di belakang dia.

"Siapa call?"soal Hakimie.

"Bukan urusan awak,"jawab Key lantas berlalu masuk. Namun, Hakimie cepat-cepat menarik tangan Key.

"Lepas lah Kimie. Tak molek buat macam ni,"rayu Key.

"Jawablah soalan tadi. Siapa call?"

"Kawan lah. Okay? Lepaskan lah tangan saya!"ujar Key sambil cuba menarik tangan dia. Hakimie melepaskan pegangan tangan dia dan ingin berlalu.

"Awak takde hak untuk marah saya. Awak faham tak?!"marah Key. Hakimie mematikan langkah.

"Kenapa saya tidak ada hak?!"

"Sebab saya bukan milik awak! Dan awak milik orang lain! Saya benci awak!"jerit Key lantas masuk kedalam bilik. Di dalam bilik, dia menangis semahunya. Kenapa dia begitu sedih dengan Hakimie. Adakah dia telah berharap? Air matanya mengalir laju dibiarkan saja. Dia terkilan.

Suka Tak Suka ?