Followers

15 April 2011

Pengkid Dan Normal #14

Key memicit-micit kepalanya. Entah kenapa, sejak dua menjak ni kepalanya selalu sakit-sakit. Key menyandarkan badannya di sofa. Kepalanya dihadapkan keatas. Matanya dipejam celik. Sakit sungguh kepalanya itu. Handphonenya tiba-tiba berbunyi.

"Hello," ujar Key.

"Hello bie. You buat apa?"soal Ima dihujung talian. Key tersenyum mesra.

"I tengah duduk je depan tv ni. You?"soal Key kembali. Ima sedang mengikuti kursus selama seminggu di Gunung Senyum, Pahang.

"Baru lepas aktiviti ni. RIndu sangat kat you,"ujar Ima.

"Yeke? I pun rindu dekat you. Eh, you. Kenapa tak pergi rest? Esok kan ada aktiviti lagi?"pesan Key.

"Memang lah sayang. Kejap lagi I tidurlah. Nak spent time dengan you kejap je,"balas Ima. Key ketawa kecil.

"Alahai kesiannya sayang I ni. Rindu sangat kat I ke?"soal Key.

"Mestilah. You tak rindu I ke?"soal Ima kembali.

"Rindu sangat-sangat lah sayang. Baby, I need rest. Really tired. May I?"

"Oh, okay! Pergilah tidur ye bie. Esok baby call lagi,"ujar Ima.

"Baiklah. Take care ye baby. I love you," balas Key lantas mematikan panggilan. Kepalanya sangat sakit menyebabkan dia sukar untuk focus berbual dengan buah hatinya sebentar tadi. Key ingin berlalu masuk ke bilik. Namun, kepalanya semakin sakit. Pandangan matanya turut kelam. Akhirnya, Key rebah dan tidak sedarkan diri.

************************

Abil dan Achik berjalan mundar-mandir menunggu Key yang sedang diperiksa. Mereka sungguh risaukan keadaan Key. Nasib baiklah mereka terlintas untuk menjenguk Key. Manalah tahu tiba tiba mereka lihat tubuh Key sudah terbaring di lantai. Nasib baik jugalah mereka simpan kunci pendua rumah sewa Key. Hani turut bimbang akan keadaan Key memandangkan Key adalah sahabatnya juga. Abil dan Achik sepakat untuk tidak memberitahu Ima mengenai Key memandangkan Ima sedang berkursus. Tidak lama kemudian.

"Doktor, macam mana keadaan kawan saya?"soal Abil sambil meluru ke arah doktor.

"Dia okay sahaja. Dia cuma tertekan sedikit. Tapi, buat masa ni dia tak boleh diganggu. Boleh saya tahu, yang mana 1 ahli keluarganya?"soal doktor itu kembali.

"Mereka masih dalam perjalanan, doktor,"jawab Achik.

"Oh, tak mengapalah kalau macam tuh. Biarkan dia berehat dulu ye,"pesan doktor. Abil dan Achik menarik nafas lega. Begitu juga Hani. Mereka bersyukur Key hanya tertekan sedikit.

"Aku balik dulu lah weh. Nak jenguk Key pun tak boleh,"ujar Achik.

"Ha, yelah. Aku pun nak balik ni. Kesian Hani nih ha,"balas Abil.

"Kita jumpa esok ye,"kata Achik. Abil dan Hani mengangguk-angguk. Mereka berlalu.

Key yang berada didalam wad, menangis semahu-mahunya. Begitu hebat dirinya diuji. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia tidak sangka semua ini akan terjadi. Dia teringat perbualannya bersama Doktor Hakimie sebentar tadi.

"Doktor, kenapa dengan saya doktor?"soal Key.

"Kami tak dapat nak pastikan lagi. Tapi. ."jawab Doktor Hakimie namun dia tidak meneruskan kata-katanya.

"Tapi apa doktor?"soal Key lagi.

"Berat bagi saya untuk beritahu awak,"jawab Hakimie lagi.

"Please doktor. Tell me what actually happened,"rayu Key.

"Saya suspek awak menghidap kanser otak. Namun, semuanya memerlukan pemeriksaan lanjut,"ujar Hakimie lambat. Bagai halilintar yang menghempap dirinya. Air mata Key terus mengalir laju.

"Saya akan berikan keputusan dalam masa seminggu. Dan saya harap awak masih di fasa awal agar mudah bagi kami buang kanser itu. Sama-samalah kita berdoa ye," nasihat Hakimie. Key memandang tepat ke arah mata Hakimie.

"Doktor, please. Tolong saya, rahsia benda ni dari pengetahuan siapa-siapa pun. Tunggu family saya datang dahulu. Boleh?"ujar Key, mengharap.

"Baiklah kalau itu yang awak nak. Namun, semua ini belum pasti lagi. Saya harap andaian saya silap,"balas Hakimie, rendah.

"Terima kasih doktor,"ucap Key. Dia tertunduk lemah. Air matanya sudah tidak boleh berhenti mengalir.

"Baiklah, saya keluar dulu. Jika ada apa-apa, panggil sahaja nurse bertugas ye,"kata Hakimie lantas berlalu. Key tak tahu apa patut dia buat lagi. Bagaimana jika andaian doktor muda itu betul. Bagaimanakah penerimaan keluarganya? Dan apa perasaan Ima? Dia tidak mahu Ima sedih. Dia perlu lakukan sesuatu agar Ima akan lupakan dia. Dia mahu Ima hidup bahagia. Hanya seorang yang boleh buat semua itu.

"Ya Allah, begitu berat dugaanMu Ya Allah. Bagaimana aku nak hadapi semua ini? Adakah semua ini balasan atas dosa yang telah aku lakukan? Aku tak mahu lihat keluarga aku sedih. Aku tak mahu lihat Ima sedih. Apa yang patut aku lakukan, YA ALLAH,"Key bermonolog sendirian. Satu per satu wajah yang dia sayang muncul di dalam mindanya. Semakin laju air matanya mengalir. Key terlalu penat untuk hadapinya lagi. Dia lantas tertidur.

*************************

Hakimie memicit-micit kepalanya. Dia tidak senang duduk. Dia menyandarkan badannya. Keluhan kecil dilepaskan. Pandangan mata Key sebentar tadi mengusik nalurinya. Persis seseorang yang pernah bertakhta di hatinya. Seseorang yang pergi selama-lamanya kerana penyakit yang sama yang di hidapi oleh Key. Kali ini, dia akan cuba sedaya-upaya membantu Key. Fikirannya melayang sejenak.

"Abang, abang sayang Sue tak?"soal Suraya, kekasih hati Hakimie.

"Mestilah sayang. Kenapa tanya macam tu?"soal Hakimie kembali.

"Abang, percaya tak? Ada yang lebih sayangkan Sue daripada abang"

"Siapa dia? Siapa?"soal Hakimie, berang.

"ALLAH S.W.T. Abang, Sue terpaksa buat semua ini. Kita tak boleh terus bersama,"jawab Suraya. Hakimie terdiam. Suraya memandang tepat ke arah matanya. Hakimie hanya diam.

"OI!"

Lamunan Hakimie terhenti. Dia lihat Izhar tersengih-sengih memandangnya.

"Kenapa Iz? Tiba-tiba muncul kat bilik abang ni? Kurang duit ke?"soal Hakimie.

"Apalah abang ni. Adik sendiri datang melawat pun salah ke?"rajuk Izhar lantas duduk di hadapan Hakimie.

"Bukan salah, cuma pelik je,"ujar Hakimie. Dia hampir tergelak melihat muka rajuk Izhar.

"Abang, sekarang time rest kan? Jom pergi pekena mapley ke. Sedap juga,"cadang Izhar. Tiba-tiba sahaja mood ceria dia kembali.

"Jom lah. Abang pun lapar ni. Tapi, Iz belanja lah. Boleh?"sakat Hakimie.

"Abang pun tahu kan, Iz ni student lagi. Mana ada duit,"ujar Izhar sambil mencebikkan bibir. Hakimie tergelak besar.

"Dah agak dah jawapan Iz. Jom lah. Naik kereta abang. Motor Iz tinggal je sini. Okay?"soal Hakimie.

"Baik boss !" Mereka berdua tergelak lantas berlalu. Perut yang kosong minta diisi.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment