Followers

31 May 2012

Pengkid Dan Normal #24

Key berdebar-debar sekarang ni. Mana taknya, dia bakal berjumpa keluarga Hakimie. Dia pernah minum petang dengan Datin Maria dan suaminya. Jadi, itu bukan masalah besar sebab Datin Maria melayannya dengan mesra. Namun, apa yang dikhuatirinya adalah adik-adik Hakimie. Nama mereka seperti familiar di gegendang telinganya. Aduh, masalah betul lah. Getus hati Key ketika dia sedang membetulkan selendangnya. Hanya baju kurung tradisional yang dipilih berwarna biru laut. Sedondon dengan warna kemeja Hakimie nanti. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello, assalamualaikum."

"Sayang, saya dah sampai dah ni. Cepatlah turun,"suara Hakimie kedengaran disebelah sana. Key tersenyum.

"Okay, wait up." Setelah mematikan panggilan, Key bergegas turun.

Kelihatan Hakimie segak mengenakan kemeja berwarna biru laut dipadankan dengan jeans biru gelap. Looks casual but nice. Hakimie tersenyum melihat Key yang berjalan perlahan menuju kearahnya.

"Sayang, you looks so beautiful today,"puji Hakimie.

"Harini je? Maknanya selama ni tak cantiklah?"duga Key.

"Ish, dia ni kan. Baru nak masuk mood romantik. Spoil pula ye,"ujar Hakimie, geram. Key ketawa kuat. Dia berjaya mengenakan Hakimie. Muka Hakimie yang mencuka tu, comel betul. Macam Psyduck dalam Pokemon. Muka tak berperasaan yang comel!

"Awak, nak tahu tak?"soal Key. Hakimie memandang wajah Key.

"Apa dia?"soal Hakimie, kembali.

"Muka awak macam tadi tu kan, comel betul. Macam Psyduck dalam Pokemon tu,"jawab Key bersahaja.

"Psyduck? Apa tu?"

"Nanti balik, Google sendiri lah,"balas Key.

"Mesti comel Psyduck tu kan? Sebab tu awak kata muka saya macam tu."

"Eee! Perasan!"

Hakimie ketawa terbahak-bahak melihat respond Key terhadap keperahsantanan dia tadi.

"Ha, muncung lagi lah mulut tuh. Dah boleh sangkut baju dah,"usik Hakimie. Key mendengus geram. Sekarang, dia pula kena usik.

"My beautiful lady, come on. Tak mahu lah mencuka macam ni. Kan nak jumpa bakal mertua. Ayuh lah,"pujuk Hakimie. Key tersentak. Dia baru teringat dia kena menghadapi saat genting sebentar lagi! 'Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku sebentar lagi'

                                                  ********************************

Key serba tak kena. Dia terasa asing dalam situasi sekarang ini. Mereka sedang menjamu selera tanpa berkata walaupun sepatah. Kalau nak kata memang adat rumah ni, ini bukanlah kali pertama dia makan bersama parents Hakimie. Atau mungkin suasana janggal sebab dia berhadapan dengan Ayu dan Izhar! Kenapalah dunia ni kecik sangat?!

"Key, kenapa senyap je ni?"soal Datin Maria memecahkan kebisuan.

"Tak..takde apa Datin. Semua senyap, jadi apalah hak saya untuk bersuara,"tutur Key perlahan namun didengari oleh semua.

"Ah, kalau dah nama lelaki jadian. Bila dah salah, memanglah senyap!"bentak Ayu yang nyata tidak puas hati dengan perubahan Key. Ayu selama ini menunggu Key dengan penuh sabar namun apa yang dia dapat? Nothing!

"Apa yang kamu cuba sampaikan ni Ayu?"soal Datuk Johar pula.

"Ma, Pa, perempuan yang Abang Kimie nak jadikan isteri ni sebenarnya lesbian! Pengkid! Songsang!"bentak Ayu, kuat.

"Ayu! Dah lah tu, tak baik marah depan rezeki ni,"pujuk Izhar. Dia senang hati melihat perubahan Key sebenarnya. Kerana dia tahu, tiada lagi tembok penghalang untuk dia dapatkan Ima.

Key diam tak berkutik. Kunyahannya menjadi perlahan. Hakimie yang perasan ada sesuatu yang tidak kena, menarik tangan Key untuk meninggalkan rumah tersebut. Key hanya menurut langkah Hakimie.

"Ayu, listen here. Ma dengan Pa tak kisah langsung masa silam Key. Sedikit pun tidak kisah. Biarlah apa pun dia jadi. Yang pasti dia dah berubah kan sekarang? Jadi, apa masalah kamu sekarang ni? Kenapa kamu kisah sangat kalau bakal kakak ipar kamu bekas pengkid?"soal Datin Maria.

"Ayu cuma...err.."

"Kenapa tergagap-gagap nak jawab soalan mama kamu?"soal Datuk Johar pula.

"Ah, takde apa-apa lah!"bentak Ayu dan terus berlalu. Izhar masih lagi meneruskan suapannya. Dia senang hati sekarang.

************************

"Can you explain to me why Ayu get mad just now?"soal Hakimie.

"Emm emm, sebenarnya waktu saya jadi pengkid dulu, Ayu nak couple dengan saya. Tapi saya taknak sebab dia guna cara kasar dan kotor. Malah waktu saya dengan Ima pun dia cuba nak putuskan hubungan kami. Dan sebenarnya juga, Izhar adalah bekas kekasih Ima sebelum Ima couple dengan saya. Ima break dengan Izhar sebab Ima tak tahan dengan perangai Izhar yang selalu abaikan dia. Ayu jadi marah, dan the rest is history,"terang Key, panjang lebar.

"Kenapa tak pernah cerita dengan saya?"soal Hakimie lagi, tanpa nada. 'Eee dia ni betul-betul Psyduck lah!' Marah Key dalam hati.

"Sebab, saya tak tahu Ayu dan Izhar tu adik-adik awak. Dan awak tak pernah nak cerita pasal diorang pun,"jawab Key lagi. Hakimie mengeluh perlahan. Dunia ni kecil betul. P tang mana pun, tang tu jugak jadinya.

"Sayang, saya tak kisahlah siapa Ima, siapa Ayu dalam hidup awak. Saya cuma perlukan awak, saya cuma mahukan awak. Cerita ni cerita kita jadi, takde orang boleh masuk dalam cerita ni. Sebab saya cuma nak awak. Apa yang saya tahu sekarang cuma ada awak dan saya,"ucap Hakimie perlahan. Key sebak mendengar pengakuan Hakimie. Air matanya bergenang.

"Kenapa menangis ni, sayang?"soal Hakimie sambil mengeluarkan sapu tangan di poketnya lantas dihulurkan pada Key.

"Awak lah! Yang buat cerita sedih ala-ala Hindustan tu kenapa?"marah Key, perlahan. Hakimie tersenyum nipis. Kini dia tahu, hanya dia dalam hati Key. Takde yang lain dah.

"Sayang, saya sayang awak. Kita kahwin cepat cepat okay. Saya dah jumpa abah awak dah. Abah awak dah setuju. Kita buat majlis sederhana okay? Tak mahu lah grand sangat. Boleh?"ujar Hakimie lagi. Key ternganga.

"Tutup mulut tu, karang masuk lalat,"usik Hakimie.

"Awak serious?"

"Serious lah sayang."

"Mama dan papa awak? Entah apa lah tanggapan diorang pada saya sekarang kan?"soal Key, gusar.

"Kalau pasal itu, awak tak perlu risau lah,"jawab Hakimie tenang. Fokus pada pemanduan.

"Kenapa pulak tak perlu risau?"

"Sebab yang nak kahwin tu saya, bukan mereka. Awak jangan risau, apa pun keputusan mereka, saya akan tetap mempertahankan awak, mempertahankan cinta kita,"ucap Hakimie. Sekali lagi hati Key ditembak dengan rasa terharu. Dia bersyukur dikurniakan kekasih yang menghormati dirinya, yang sanggup mempertahankan cinta mereka. Sesungguhnya, dia teramat bersyukur. Key tersenyum nipis.

to be continued. . .

Suka Tak Suka ?