Followers

13 May 2011

Pengkid Dan Normal #16

Abil dan Hani menghampiri Achik dan Atiqah yang duduk menghadap tasik. Wajah mereka kelat ibarat menahan marah yang amat. Achik dan Atiqah juga begitu. Mereka sebenarnya tidak puas hati dengan tindakan Key yang telah memutuskan hubungannya dengan Ima. Mereka tidak sampai hati melihat keadaan Ima yang tertekan. Mata Ima membengkak malah dia tidak boleh berhenti menangis. Makin sayu hati mereka apabila Ima merayu pada mereka agar pujuk Key.

"Weh, sekarang macam mana ni?"soal Abil pada Achik dan Atiqah.

"Kitorang pun tengah buntu ni. Key tak pick up call langsung. Parents dia pun tak sama. Aku try call rumah dia kat Batu Pahat tu. Pun takde yang angkat,"jawab Atiqah. Achik hanya mengangguk-angguk.

"Maybe Key ada explanation untuk semua ni. Kita tak boleh terus nak salahkan dia tanpa tahu apa puncanya,"Hani cuba rasional.

"Explanation apanya? Dia pergi macam tu je. Kesian saya tengok Ima tu. Macam orang hilang arah tuju dah. Key ni memang tak guna!"marah Abil.

"Sayang, janganlah marah. Kita kan tak tahu kenapa Key buat macam ni,"pujuk Hani.

"Betul cakap Hani tu weh. Aku setuju. Kita tahu kan Key macam mana. Dia memang sayang gila dekat Ima tu. Kalau bukan atas sebab tertentu, Key takkan senang senang buat macam ni,"sokong Achik.

"Entah entah, Key kahwin kot?"usul Atiqah.

"Hish baby ni. Takkan lah Key kahwin tak bagi tahu kita langsung,"sanggah Achik.

"Ye tak ye. Mustahil macam tu,"ujar Atiqah sambil mengangguk-angguk.

"Cuba kau call dia lagi. Mana tahu kali ni dia angkat?"cadang Abil. Achik mengangguk-angguk. Dia lantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan-nekan punat telefon bimbitnya lantas ditekan butang panggilan. Tak lama kemudian, panggilannya berjawab.

"Hello, Key?"ujar Achik memulakan perbualan.

"Maaf, nak. Ini makcik ni. Iqa takde nak,"balas Puan Intan, ibu Key.

"Dia takde? Dia pergi mana makcik?"soal Achik lagi.

"Anak tak tahu ke? Iqa sekarang dalam bilik pembedahan bagi membuang kanser di otaknya,"jawab Puan Intan, tenang.

"Apa?! Sekarang dia dekat hospital mana, makcik? Kami nak pergi ke sana sekarang!"soal Achik lagi. Puan Intan menjawab sesuatu.

"Baiklah makcik. Terima kasih. Assalamualaikum,"ucap Achik. Setelah Puan Intan menjawab salam, Achik mematikan panggilan. Tangannya menggigil malah dia terkaku.

"Biebie, kenapa ni? Key dekat hospital? Kenapa?"soal Atiqah kepada Achik.

"A'ah Chik. Key kenapa?"soal Abil pula. Dia mula rasa tidak sedap hati.

"Untuk pengetahuan korang, Key sekarang sedang berada dalam bilik pembedahan dan sedang dibedah untuk buang kanser di otaknya,"terang Achik. Atiqah terduduk, Hani tergamam. Begitu juga Abil. Lantas dia meraut mukanya.

"Patutlah dia hilang macam tu je,"ujar Atiqah.

"Dia dekat hospital mana?"soal Hani.

****************************

Ima terasa begitu kehilangan Key. Sudah dua hari dia break dengan Key. Begitu sukar untuk dia lupakan Key. Bermacam cara telah dia lakukan. Ima lantas mengemaskan begnya. Dia ingin kembali ke rumah parentsnya. Dia ingin keluar dari rumah yang banyak memberikan kenangan indah antara dia dan Key. Dia rindukan Key. Sungguh rindukan Key. Bayangan Key, tawanya, senyumnya, rengeknya. Semua segar di ingatan Ima. Ima lantas membuat panggilan. Dia tidak rasa seperti ingin drive sendiri. Lantas dia menghubungi seseorang untuk menjemputnya.

"Hello, Iz,"ujar Ima.

"Ima! Kenapa call? Anything I can help you?"soal Izhar. Suaranya seperti begitu teruja.

"You free tak sekarang? I nak minta tolong you sikit boleh?"soal Ima kembali.

"Apa dia? Anything for you Ima,"jawab Izhar.

"Tolong ambil I sekarang dan hantar I balik rumah parents I. Boleh?"soal Ima lagi.

"Okay Ima. 10 minutes lagi I akan sampai. Tunggu ye,"jawab Izhar. Dia terlonjak kegembiraan. Sungguh, dia begitu teruja.

Setelah mematikan panggilan. Ima menanti kehadiran Izhar di beranda rumahnya. Di matanya terbayang kelibat Key memakirkan motor di halaman rumah lantas melambaikan tangan ke arahnya. Di matanya terbayang Key menghampirinya lantas mengucup pipinya. Dia rindukan Key. Air matanya lantas mengalir. Sukar bagi dia membenci insan paling dicintainya.

Tidak lama kemudian, kelihatan sebuah Honda Civic dipakirkan di hadapan rumahnya. Lantas tersembul wajah Izhar. Izhar tersenyum manis. Ima cuba membalas senyuman Izhar walaupun perit. Air matanya lantas diseka. Dia menyorong begnya. Ima melihat untuk kali terakhir rumah yang menyimpan seribu satu kenangannya bersama Key.

Izhar menjadi pelik. Pelik melihat Ima yang bersendirian, mata Ima membengkak malah kelihatan seperti baru lepas menangis. Dia terjengah-jengah mencari kelibat Key namun hampa. Izhar tidak mahu mengusutkan kepalanya. Lantas dia ambil beg di tangan Ima dan di sumbat ke dalam bonet kereta. Izhar lantas membuka pintu untuk Ima. Ima tersenyum namun jelas kelihatan senyuman itu ibarat satu paksaan.

Sepanjang perjalanan, Ima hanya diam dan melemparkan pandangannya keluar. Izhar turut mati kata apabila sepatah dia tanya, sepatah Ima jawab. Berpatah-patah dia tanya, sepatah juga Ima jawab. Izhar tahu, ada sesuatu yang disembunyikan Ima. Namun, dia tidak tahu bagaimana dia ingin bertanyakan soalan kepada Ima apabila dilihatnya Ima seperti tidak mahu berkata kata.

"Ima,"Izhar memulakan bicara.

"Ye,"balas Ima sepatah.

"Are you okay?"soal Izhar.

"Okay."

"You lie."

"No I am not!"

"Yes you are!"marah Izhar lantas membuat brek kecemasan. Ima beristighfar panjang.

"Are you mad?"bentak Ima.

"Yes I am! Mad because of you!"

"Gila!"marah Ima pula.

"Hey, Ima! Dengar sini. I tahu hubungan you dengan Key ada masalah. I am not a little kid who are stupid cannot judge what happened! I tak tahu lah apa Key tuh dah buat dekat you sampai you jadi macam ni. Tapi I terkilan. Terkilan sebab you tak nak treat me even as your friend! You suruh I buat itu, buat ini. I follow je. Pernah tak sekali you appreciate apa I buat? Takde kan?"ujar Izhar panjang lebar. Ima terkesima.

Izhar mengeluh kasar sebelum menyambung kata-katanya, "I tahu dulu I salah. Sebab I ignore you. I minta maaf. I tahu I terlambat untuk semua itu. But, I cuba. Cuba menangi hati you. At least sekali ni. Bagi lah I peluang untuk buktikan I sayang you."

Izhar melepaskan pandangannya ke luar. Tanpa sedar, air mata jantannya mengalir. Dia sungguh sayangkan Ima. Dia terasa hati Ima hanya mempergunakan dia. Tapi, dia tak kisah. Asalkan Ima bahagia. Dia bukan budak setahun dua yang boleh diperbodohkan macam tu sahaja. Tapi, demi memenangi hati Ima kembali. Dia sanggup. Segalanya dia buat untuk Ima. Ima jatuh sakit, dia bersusah payah hantar Ima ke klinik. Ima kelaparan, dia sanggup belikan makanan untuk Ima. Namun, entah kenapa Ima seperti tidak mahu pandang dia langsung.

Ima terkesima mendengar luahan Izhar. Malah dia lagi terkejut melihat Izhar menitiskan air mata. Hati kewanitaannya tersentuh. Belum sempat Ima mengeluarkan kata-kata, Izhar sudah menghidupkan enjin keretanya dan memecut laju. Ima sekali lagi terdiam membisu.

**************

Setibanya di perkarangan rumah Ima, Izhar mematikan enjin. Dia terus keluar dan membuka bonet keretanya. Dia mengeluarkan beg Ima dan di letak tepi. Izhar lantas membukakan pintu untuk Ima. Apabila Ima keluar dari kereta, dia terus menutup pintu. Izhar betul-betul sebak.

"I balik dulu. Terima kasih sebab sudi minta tolong I. Lepas ni, I takkan kacau you lagi. Sampaikan salam I pada parents you. I pergi dulu. Assalamualaikum,"ucap Izhar lantas masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjin dan memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Ima. Dia tahu, dia tiada nilai di mata Ima. Dia sedar dan dia berhenti berharap.

Ima terdiam. Kata-kata Izhar terngiang-ngiang di telinganya. Entah mengapa, itu mengusik naluri kewanitaannya sekali lagi. Ima lantas menyorong beg nya masuk ke dalam rumah. Ima benar-benar letih. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Satu pesanan ringkas diterimanya

"Key dalam keadaan koma"

Ima terasa pandangannya kabur setelah mendapat pesanan ringkas itu. Dan akhirnya semua kelam. Ima rebah!

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment