Followers

30 January 2011

Pengkid Dan Normal #6

Key bersiap-siap dengan cepat. Dia mencapai telefon bimbitnya. Dia mencari kelibat Ima. Ima yang sedang sibuk memasak di dapur dihampirinya. Dia memeluk Ima dari belakang. Satu ciuman hinggap di pipi Ima. Ima tersenyum lantas menghadap Key. Satu kucupan pula hinggap di pipi Key.

"Baby, I nak keluar sekejap. Member i nak jumpa lah sayang. U stay kat rumah sekejap boleh tak?"soal Key romantis. Ima memikir sejenak.

"Okay dear. I tunggu you kat rumah okay.You jangan tak balik makan pula. I dah masak special untuk you,"jawab Ima sambil tersenyum.

"Okay princess. Anything for you. I pergi dulu. Jaga diri tau. I love you,"ucap Key lantas menghadiahkan satu kucupan di dahi Ima. Ima menyalam tangan Key dan menciumnya ibarat seorang isteri yang patuh kepada suami. Key tersenyum senang. Kunci motor dicapai lantas menuju keluar.

Key memecut motor laju. Dia ingin cepat sampai ke destinasi agar cepat lah dia dapat pulang. Sahabatnya, Abil menelefon mengatakan ada hal penting untuk diceritakan. Key agak gementar mendengarkan nada Abil yang sungguh cemas. Oleh itu, dia ingin segera sampai.

Sampai di tempat yang dituju, dia memakirkan motor. Seperti biasa pada hari Ahad, sudah pasti ramai anak muda yang sibuk keluar dating bersama pasangan masing-masing. Key pantas mencari kelibat Abil. Kelihatan Abil sedang duduk bersama Achik membelakangi Key.

"Bro, wassup?"tegur Key. Abil dan Achik berpaling. Mereka bersalaman.

"Aku ada benda nak cerita nih,"kata Abil memulakan bicara. Achik dan Key sedia menanti kata-kata Abil yang seterusnya. Abil juga seorang pengkid merupakan kawan satu sekolah Key.

"Apa dia?"soal Achik.

"I think I already fall in love with someone lah,"jawab Abil. Key dan Achik terpempan.

"Dengan siapa?"soal Key pula.

"Her name, Izzah. Well, she is 2 years older than me but I think I really in love with her,"jawab Abil. Key dan Achik saling berpandangan. Lantas, mereka ketawa.

"Weh, apa pasal ketawa? Aku serius nih,"marah Abil. Key dan Achik masih bersisa ketawa.

"Takde lah weh. Apa pasal tak propose je. Tak takut melepas ke?"soal Achik.

"Aku bukan takut nak propose dan aku memang tak nak melepas tapi aku takde keyakinan lah,"jawab Abil jujur.

"Weh, kau ajak je dia face to face. Propose depan depan. Kan lagi senang,"cadang Key.

"Aku malu la. Macam mana kalau kena reject?"

"Kau nih kan, belum cuba belum tahu. Kalau kena reject, cuba lah lagi. Lama lama cair lah dia,"ujar Achik pula. Abil terdiam ibarat memikirkan sesuatu.

"Thanks geng! Korang lah sahabat aku dunia akhirat. Aku akan lebih berusaha!"ujar Abil bersemangat.

"Bagus bagus. Jangan mengalah tau! Kami sokong kau dari tepi,"kata Key. Achik dan Abil kepelikan.

"Kenapa tepi? Bukan belakang ke?"

"Sebab kalau belakang, bahaya. Kalau kau kentut ye nanti kena aku. Dah susah,"terang Key membuatkan Achik dan Abil ketawa besar. Key hanya tersengih.

*******************

Key memecut motornya laju. Dia ingin cepat sampai di rumah. Dia begitu rindukan Ima. Dia sudah membelikan Ima sebuah patung beruang sebesar budak kecil. Dia begitu ingin cepat sampai ke rumah. Sampai saja di rumah, dia cepat cepat masuk ke dalam rumah.

"Sayang, i'm home. Where are you baby? I miss you,"laung Key.

"Bie, i'm here. Kat dapur ni. Tengah mengemas kejap,"sambut Ima. Key lantas jalan menuju ke dapur. Dilihat Ima sedang sibuk menyapu lantai. Key memeluk Ima dari belakang.

"Kesian sayang I ni kena buat kerja-kerja rumah. Nak bie tolong ke sayang?"soal Key.

"Bie, kejap laaaa. Kan I tengah kemas ni. Nanti dah siap kemas, kita makan sama-sama okay? I dah masakkan lauk favourite you,"jawab Ima. Key melepaskan pelukan lantas menuju ke arah meja makan. Lauk kegemarannya adalah ayam masak sambal sudah tersedia di atas meja. Perutnya lantas berkeroncong.

"Baby, mari lah I tolong. Cepat sikit siap, then kita makan sama-sama okay?"cadang Key. Ima hanya mengangguk. Key lantas mencapai mop lalu mengelap bahagian yang telah disapu oleh Ima. Sepuluh minit kemudian, semuanya telah siap dikemas.

Mereka duduk dan ingin makan bersama-sama. Usai membaca doa, mereka makan bersama. Lauk yang dimasak oleh Ima amat mudah namun menyelerakan bagi Key. Hanya ayam masak sambal, sayur kacang asam rebus dan sedikit sambal belacan. Cukup menyelerakan sehingga 3 kali Key menambah nasi. Ima tersenyum senang melihat gelagat Key yang melayannya ibarat puteri dan tidak putus putus memberikannya kesenangan. Dia bahagia sekarang. Amat bahagia.

Suka Tak Suka ?

20 January 2011

Pengkid Dan Normal #5

Key berjalan menuju ke sebuah bangku di tempat yang dijanjikan oleh dia dan Achik. Dia melihat kelibat Achik yang sudah terlebih dahulu sampai.

"Achik, sorry aku lambat. Ada hal sikit tadi,"ucap Key. Achik tersenyum. Akhirnya orang yang dinanti telah tiba. Sahabat sejatinya.

"Takpe bro. Aku faham. Kau dengan Ima apa kes? Okay?"soal Achik sekadar berbasa-basi.

"Aku dengan Ima okay je. Alhamdulillah. Dah nak masuk 2 bulan dah kami bersama. Apa kes kau ajak aku ke mari? Macam ada hal penting je bunyinya tadi."

"Aku nak minta pendapat kau ni. Sebab kau yang faham aku dan kau je yang aku percaya,"ujar Achik. Matanya tidak lepas memandang sekumpulan kanak-kanak yang sedang berlari riang. Dia rasa rindu pula pada zaman kanak-kanaknya yang penuh suka dan duka.

"Apa dia? Macam berat je bunyinya,"soal Key, mula rasa curiga dengan kata-kata Achik.

"Macam ni, aku ada kenal seorang girl ni. Dia ni baik. Dekat 2 bulan juga lah aku kenal dia. Sopan, lembut je, dulu dia free hair now dia dah bertudung, ikut cakap, comel pula tuh."ujar Achik. Dia bingkas bangun dan berjalan perlahan menuju tebing tasik. Dia melepaskan keluhan lemah. Key bangun dan menghampiri Achik.

"Jadi, apa masalahnya sekarang ni?"soal Key.

"Aku suka dia. Aku nak dia. Aku betul-betul dah sukakan dia. Takde yang boleh ganti dia dah. Even time aku couple dengan Ummi pun takde lah sampai macam ni,"jawab Achik. Key tergelak kecil. Achik memuncung. Ada ke patut si Key ni gelakkan dia.

"Apa pasal kau gelak ha? Aku serius ni,"bentak Achik. Key menyudahkan ketawanya yang masih bersisa. Dia mengesat hujung matanya yang berair kerana terlalu seronok gelak.

"Takde lah weh. Aku ingat sebab apa lah tadi. Kalau suka, terus-terang je lah. Nanti melepas baru tahu,"nasihat Key. Achik tunduk.

"Kalau lah mudah. Aku memang nak sangat! Nak je aku luahkan. Tapi, apakan daya. Aku takut direject lah weh,"luah Achik. Mukanya penuh dengan kegusaran.

"Bro, kau belum cuba lagi kan. Macam mana kau nak tahu keputusannya. Cuba dulu bro. Kalau di reject, cari je lain. But, aku yakin. Dia akan terima kau. Trust me,"nasihat Key lagi. Achik menarik nafas dalam dan menghembus kuat. Ibarat masalah terlalu berat menghantuinya. Achik tersenyum lega.

"Thanks Key sebab dah yakinkan aku. Aku akan cuba sedaya upaya aku. Doakan aku ye,"ucap Achik. Key tersenyum nipis.

"Kitakan kawan. Chill up bro!"Key memberi semangat pada Achik. Achik senyum nipis. Dia mengangguk perlahan.

"Thanks bro!,"ucap Achik. Key tersenyum.

***************************************

"Atiqah, kau dah kenapa? Mencuka je muka?"tegur Nabilah, classmate Atiqah. Atiqah tersenyum nipis.

"Mana ada. Aku okay je lah. Mana ada mencuka. Kau ni, saja je kan,"dalih Atiqah. Nabilah ketawa kuat. Dia sudah lama kenal Atiqah. Sejak zaman sekolah lagi, mustahil dia tidak tahu apa yang mengganggu fikiran Atiqah.

"Babe, kau boleh tipu semua tapi tidak Nabilah okay. Aku tahu. There must be something you keep hiding from me right?"duga Nabilah. Air mata Atiqah menitis perlahan lantas mengalir laju. Terdengar sendu dari suaranya.

"Ehh babe, kenapa menangis nih. Sorry kalau aku ada silap kata,"ucap Nabilah. Mula terbit rasa bersalah dalam dirinya. Dia juga turut menangis kerana penderitaan Atiqah turut dirasainya.

"Eh, kenapa kau pula yang menangis ni?"soal Atiqah, pelik.

"Yela, dah kau menangis. Aku pun join the club lah. Sedih nih,"jawab Nabilah. Atiqah tergelak.

"Kau ni kan, time aku sedih laa kau nak buat lawak,"ujar Atiqah. Tangisannya masih bersisa namun sudah reda. Nabilah turut sama ketawa.

"Okay now, cerita cepat!"arah Nabilah. Atiqah tersenyum. Dia sangat beruntung mempunyai kawan seperti Nabilah. Seorang yang memahami, ceria dan kelakar. Tidak kering gusi dibuatnya.

"Aku rasa aku dah jumpa pengganti Am laa,"ujar Atiqah. Nabilah ternganga.

"What?! Kau biar betul? Siapa orangnya? Pengkid ke? Handsome tak? Umur ?Orang mana?"soal Nabilah bertubi-tubi.

"Kau ni, tak menyabar betul. Dia pengkid stay sini juga. Esok aku nak meet dia. Dia kata ada hal nak bagitahu. Nama dia Achik. Handsome juga. Muda setahun dari kita,"jawab Atiqah.

"Wah, yeke? Nak tengok juga muka dia. Ada gambar?"soal Nabilah lagi.

"Ada, kejap ye,"jawab Atiqah sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekan punat telefon bimbitnya lantas menyuakan ke arah Nabilah.

"Wah, handsome. Chinese ke?"

"No laaa. Dia melayu. Tapi, kacukan cina,"jawab Atiqah. Nabilah mengangguk perlahan persis anak kecil.

"Semoga berjaya esok!"ucap Nabilah. Atiqah tersenyum. Dia sendiri tidak mengerti dengan perasaannya. Dia rindukan Achik, namun dia risau tentang hari esok. Akhirnya dia hanya tesenyum nipis.

Suka Tak Suka ?

14 January 2011

Pengkid Dan Normal #4

Key duduk menghadap televisyen. Dia berasa lega kerana hujung minggunya lapang tanpa sebarang kelas dan assignment kerana apabila hampir final exam, lecturer jarang memberikan sebarang assignment. Dia khusyuk menonton kartun Ben 10 kegemarannya. Walaupun umur menginjak ke angka 19, namun satu habit kanak-kanak yang tidak boleh diubah ialah menonton kartun.

"Bie, khusyuk nampak?"tegur Ima apabila melihat Key yang begitu khusyuk menonton Ben 10 tanpa menyedari kehadirannya.

"Eh, sorry syg. I tak perasan U balik. Sorry,"ucap Key. Ima menarik muka masam lantas duduk di sebelah Key. Dia buat-buat merajuk.

"Sampai hati U kan. Sebab Ben 10 jeh U lupa terus pada wife U ni. Sampai hati !"luah Ima dengan nada gedik minta simpati.

"Sayang, I minta maaf okay. Jangan lah macam ni. I tengok Ben 10 tapi I fikirkan U. Rindu ni dekat U. Tu yang I ta sedar U dah balik. I minta maaf sayang,"pujuk Key bersungguh-sungguh.

"Betul ni? U tak tipu I?"Ima meminta kepastian. Key mengangguk laju. Sekali-sekala bohong sunat apa salahnya kan. Key tidak mahu Ima merajuk.

"Sayang, lapar ni. Jom lah pergi makan,"ajak Key mengubah topik. Ima berfikir sejenak sebelum memberikan persetujuan. Key tersenyum.

"Nak makan kat mana bee?"soal Ima. Key terdiam. Dia berfikir di mana lokasi sesuai untuk dia dan Ima dinner. Tekaknya terlalu inginkan pizza.

"Pizza Hut jom?"

Ima hanya mengangguk kerana dia juga sudah lama tidak makan pizza. Dia lantas bangun dan bersiap. Begitu juga Key. Key memakai kemeja kotak-kotak dipadankan dengan jeans serta belt kulit. Dia menyisir rapi rambutnya dan perfume Adidas di sembur. Ima pula memakai t-shirt ladies cutting dengan jeans legging. Rambutnya dibiar lepas dan hanya disisir rapi. Perfume DKNY disembur.

"Wanginya sayang I ni,"puji Key sambil memeluk Ima dari belakang. Ima tersenyum malu. Key mengucup pipi Ima, lama. Dia begitu sayangkan Ima walaupun dia tahu perasaan ini salah.

"Bie, jom lah. I lapar dah ni. U ni kalau dah macam ni nanti tak makan kita tau,"ujar Ima. Dia sebenarnya suka diperlakukan begitu. Bau Key sangat wangi dan sebati dengan dirinya. Namun, dia begitu lapar. Oleh sebab itu, dia mengingatkan Key. Key ketawa kecil.

"Ish sayang ni. Lapar sangat ye? Jom lah kita gerak sekarang. Kesian dia lapar ye?"usik Key. Ima tersenyum malu.

*************************

Ayu berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Dia sangat geram dengan berita yang baru diberitahu oleh sahabat baiknya, Debby. Berita yang sangat menyentap hati dan perasaannya! Dia mencapai Blackberry Torchnya. Dia mendail number seseorang.

"Hello, Izhar here,"

"Iz, macam mana ni? Macam mana boleh jadi macam ni?"soal Ayu tidak puas hati.

"Apa yang kau tak puas hati sekarang ni weh? Aku nak buat macam mana lagi. Benda nak jadi dah,"jawab Izhar selamba.

"Kau pun tahu kan, aku nak sangat dekat Key tuh. Macam mana kau jaga Ima ha? Sampai dia boleh couple dengan Key?"ujar Ayu tidak puas hati.

"Jangan nak salahkan aku. Time aku dengan Ima haritu kau sibuk je ajak aku ke hulur ke hilir sampai aku takde masa langsung nak spent time dengan Ima. Now, dah jadi macam ni. Nak salahkan aku pula?!"balas Izhar tegas. Ayu terdiam .Dia tidak mahu mengalah.

"Ah, semua ni alasan kau lah!"bentak Ayu lantas mematikan panggilan. Ayu sebenarnya sudah lama memendam perasaan terhadap Key. Walaupun dia tahu Key seorang perempuan, namun hatinya tidak boleh menolak bahawa Key menarik perhatiannya. Key kemas dalam penampilan. Santun dalam percakapan. Lembut dalam melayan karenah orang sekelilingnya. Dia sudah lama cuba menarik perhatian Key.

Ayu ingat lagi sewaktu dia mendapat tahu bahawa Key serumah dengan Ima. Dia tidak khuatir kerana waktu itu Ima couple dengan Izhar, abang Ayu sendiri! Namun, kini dia mendapat tahu bahawa Key sudah jatuh ke tangan Ima! Ayu tidak puas hati. Mengapa dengan mudah Key jatuh ke tangan orang seperti Ima. Sedangkan dia berpendapat bahawa dia lebih layak!

Ayu meneliti penampilannya di hadapan cermin. Dia yang hanya memaki baju tidur tanpa seluar tersenyum sendiri. "Aku ni lebih seksi, lebih cantik, lebih menarik dari Ima. Kenapa kau pilih Ima? Kenapa kau tak pilih aku? Kau tak nampak ke bahawa aku yang lebih layak?!" bentak Ayu. Airmatanya mengalir perlahan. Ayu terduduk dan menangis teresak-esak.

Suka Tak Suka ?

10 January 2011

Pengkid Dan Normal #3

Achik duduk termenung menghadap tasik Putrajaya. Sesekali dia melihat jam di pergelangan tangannya. Kedengaran suaranya mengeluh. Sesekali dia meraup wajahnya. Tasik itu dipandang tak lepas.

"Saudara, boleh saya tumpang duduk di sini?"seorang gadis menegur Achik. Achik kaget namun dia berlagak cool. "Kerusi lain semua penuh lah,"sambung gadis tadi. Achik hanya mengangguk.

"Sila lah duduk. Ini kan kerusi awam. Saya tiada hak nak halang pun,"jawab Achik. Gadis tadi tersenyum. 'Perempuan rupanya,'ujar perempuan tersebut dalam hati. Dia lantas duduk menghadap tasik. Sepi membelenggungi mereka. Kedengaran Achik mengeluh lagi.

"Kenapa saya tengok awak macam ada masalah je?"soal gadis itu memecahkan kebuntuan.

"Oh, takde apa lah. Saya okay saje. By the way, saya Achik. Dan anda?"soal Achik kembali.

"Atiqah,"jawab gadis itu perlahan. Achik tersenyum. Dia melihat penampilan Atiqah. Ayu memaki baju kurung. Rambut Atiqah yang panjang mengurai dibiarkan lepas. Sesekali kelihatan Atiqah menyelak rambut yang menutup mata. Achik tersenyum sendiri.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?"soal Atiqah selepas agak lama membisu.

"Eh, takde lah. Takde apa-apa,"jawab Achik. Dia malu sendiri. Kedengan Atiqah ketawa perlahan. Achik menoleh ke arah Atiqah.

"Kenapa awak ketawa?"soal Achik pula.

"Awak lah. Comel,"puji Atiqah. Mukanya memerah. Achik terpana.

"Kenapa awak di sini?"soal Achik.

"Saya baru clash. Dengan pengkid saya,"jawan Atiqah jujur.

"Kenapa clash?"soal Achik lagi.

"Dia ada girl lain. Jadi, saya undur dirilah,"jawab Atiqah. Achik hanya mengangguk-angguk. Dia senyum sendiri lagi. Atiqah menoleh melihat Achik. Pada pandangan Atiqah, Achik kelihatan kemas dan comel. Achik segak mengenakan t-shirt hitam, seluar jeans lusuh dan kasut crocs. Rambut Achik di gel kemas dan di gayakan mengikut trend terkini.

"Sekarang, kenapa awak pula yang pandang saya?"soal Achik, mengenakan Atiqah.

"Mana ada!"bidas Atiqah, blushing. Achik ketawa perlahan. 'Aduh, comel pula dia nih. Geramnya aku!'kata hati Achik mula memainkan peranan.

"Awak, if tak keberatan. Boleh tak kita tukar-tukar number?"soal Achik memberanikan diri. Atiqah terdiam. Lama.

"Boleh, apa salahnya kan? Bagi lah number awak. Saya misscall,"jawab Atiqah. Achik tersenyum puas.

***************************

"Key, aku nak cakap sikit. Boleh?"soal Ima ketika mereka sedang duduk menghadap televisyen. Jantung Key mula berdebar.

"Apa...apa dia?"soal Key kembali. Dia risau kalau kalau Ima tak suka dengan statement dia malam semalam.

"Ima dah break dengan Izhar dan sebenarnya untuk pengetahuan Key, Ima pun sayang Key. Sayang sangat sangat!"jawab Ima jujur.

"Sayang yang macam mana tuh,"soal Key lagi. Hatinya mula berlagu riang.

"Macam mana Key sayang Ima, macam tu lah Ima sayang Key,"jawab Ima lagi. Key tersenyum puas. Lantas, melutut di hadapan Ima. Ima terdiam.

"Kenapa Key?"soal Ima pula. Hatinya berdebar-debar.

"Will you be mine?"lamar Key. Ima terpana namun dia tidak mahu melepaskan peluang di hadapan mata.

"Yes, i will,"jawab Ima laju. Mereka ketawa .Key mengucup dahi Ima. Hatinya terasa bahagia.

Suka Tak Suka ?

Pengkid Dan Normal #2

Ima buntu. Dia duduk diam di sofa sambil termenung. Dia runsing memikirkan kenapa dengan dirinya sekarang. Dia cuba untuk membuang perasaan ini. Namun, sangat sukar. Dia mencapai handphonenya. Dia mendail nombor kekasihnya, Izhar. Dia berharap Izhar dapat membuatnya melupakan seketika masalahnya.

"Hello"

"Hello bie. Buat apa tu? Busy ke?"Ima memulakan perbualan.

"Sorry u. I busy ni. Ada latihan futsal ni. Later call ye?"balas Izhar lantas mematikan panggilan. Ima mengeluh. Izhar seorang lelaki yang sentiasa sibuk. Sibuk dengan futsal, debat dan aktiviti lain. Kadangkala Ima rasa tersisih. Izhar seolah-olah tidak mempedulikan dirinya lagi. Airmata Ima menitik perlahan lantas mengalir laju. Terdengar esak tangisnya.

"Key, mana kau? Aku perlukan kau. Kau je yang faham aku. Pulanglah cepat. Aku rindu kau,"bisik Ima dalam hati. Itu lah perasaan yang mengganggu hatinya sejak kebelakangan ini. Pandangan mata Key seolah-olah menjadi kunci untuk mematikan langkahnya. Tawa Key ibarat irama lagu yang sering menemaninya saban malam.

Sewaktu Key ingin keluar, dia dihimpit rasa cemburu. Mengapa Key keluar tak ajak dia. Key keluar dengan siapa? Kekasih hatinya ke? Tapi, siapa? Mengapa sudah begitu lewat namun bayang Key tidak kelihatan. Dia berkira-kira untuk menghantar pesanan ringkas kepada Key namun entah kenapa, dia malu untuk berbuat demikian. Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Air mata dikesat perlahan lantas dia tertidur.

******************************************

Key membuka pintu. Dia pelik kerana pintu tidak berkunci. Dia terkejut melihat sekujur tubuh sedang baring di sofa. Dia menghidupkan suis lampu dan lihat Ima yang sedang berbaring di atas sofa tersebut. Dia menghampiri Ima. Ima yang hanya memakai short dan singlet itu dipandang sayu.

'Ada kesan air mata' kata hati Key. Dia mengesat kesan air mata tersebut. Rambut Ima yang menutup mata diselak perlahan. Key bermain-main dengan rambut Ima lantas tersenyum. "Comelnya kau ni Ima", ujar Key perlahan. Tiba-tiba Ima bergerak sedikit lantas membuka mata. Key terpana. Dia tidak sempat untuk melarikan diri dari situasi itu.

"Key, dah balik dah? Patutlah aku bau perfume kau. Wangi,"ujar Ima lantas duduk dan menggosok-gosokkan matanya.

"Sorry, aku tak sengaja terkejutkan kau,"balas Key. Dia terpana. Sungguh, Ima sungguh comel ketika itu.

"Takpe lah. Aku pun tak sedar aku tertidur. Eh, kenapa kau pandang aku macam tu? Malu lah aku macam ni,"uja Ima sambil buat gaya gedik mengada-ngada.

"Huihh kau nih. Mana ada aku pandang kau? Perasan seyh!"bidas Key.

"Yela aku lah perasan. Siapa lah aku kan? Untuk kau pandang. Takpe aku faham,"rajuk Ima lantas berlalu masuk ke bilik. Key kaget. Dia buntu. Rasa bersalah mula menerpa dalam hatinya.

"Ima, tunggu! Aku ada benda nak cakap ni,"panggil Key. Namun, Ima tetap berjalan tidak menoleh. Key mengejar Ima lantas menarik tangan Ima. Ima menghadap wajah Key. Key kaget. Ima menangis!

"Pergilah Key. Jangan pedulikan aku lagi. Siapa lah aku kan,"ujar Ima sambil cuba melepaskan pegangan tangan Key. Namun pegangan tangan Key begitu kejap.

"Listen Ima. I need to tell you the truth. I don't think I can hold this any longer. You should know that I really really love you!"luah Key. Ima terpempan. Key bengang lantas berlalu masuk ke dalam bilik. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia berbuat demikian.

Suka Tak Suka ?

09 January 2011

Pengkid Dan Normal #1

Key berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Dia serba tidak kena. Dia cuba duduk dan focus menghadap buku pelajarannya namun hampeh. Segala apa yang dibacanya, ibarat angin lalu sahaja. Key bosan. Buku ditolak tepi lantas dia berbaring malas di katilnya. Kedengaran suara dia mengeluh. Siling dipandang kosong. Lantas, dia mencapai Bebey kesayangannya. Hadiah dari seseorang yang pernah mencuri hatinya. Namun, semua tinggal kenangan apabila yang tersayang itu pergi buat selama-lamanya. Dan itulah yang menyebabkan dia berubah. Hingga kini.

"Key, kau ni kenapa ?"soal Ima merangkap housemate Key. Key memandang Ima. Nalurinya bergetar. Sekali lagi dia mengeluh.

"Hey, aku cakap dengan kau nih. Dengar tak?"soal Ima lagi, geram apabila pertanyaannya dibiarkan saja. Key lantas duduk di birai katil. Ima yang sedang sibuk mengemas bilik yang kecil itu dipandangnya. Ye, Key seorang gadis berpewatakan lelaki. Dan berperasaan seperti lelaki. Cuma, dia sembunyikan perasaan itu.

"Aku okay lah wei. Cuma buntu fikir apa akan jadi esok. Tak suka betullah aku!"bentak Key. Esok adalah hari di mana dia akan membentangkan presentation persendiriannya.

"Laa, takkan sebab itu je kot? Muka dah macam ayam sembelit je aku tengok. Chill lah beb. Aku yakin kau boleh buat. Trust me dude!"ujar Ima cuba meyakinkan Key. Key tersenyum. Ima yang cuma memakai short paras atas lutut itu dipandang lagi. Key mendengus. Dia memalingkan muka memandang ke arah tingkap yang terbuka luas. Ima pelik dengan sikap Key. Dia lantas mengambil tempat untuk duduk disebelah Key.

"Kenapa ni sayang? Kalau ada apa-apa, share lah dengan aku. Kita kan kawan,"Ima cuba menenteramkan Key yang masih monyok. Muka dah macam cencurut lapar dah ni, ujar Ima dalam hati. Dia tak sampai hati nak meluahkan kata-kata itu. Key hanya senyum. Perkataan sayang itu menggetarkan nalurinya.

"Aku okay lah,"ujar Key lemah. Ima hanya tersenyum nipis. Dia bangun dan berlalu keluar dari bilik meninggalkan Key yang bersendirian. Key lantas bangun dan menuju ke arah cermin. Dia melihat dirinya sepuas hati.

Memang takde langsung ciri-ciri perempuan sejati. Dia hanya memakai short paras lutut dan singlet nipis. dadanya langsung tidak kelihatan kerana dia memakai bengkung. Rambutnya yang pendek disisir rapi. Key tersenyum seorang diri melihat dirinya dihadapan cermin. Dia ingin bersiap. Dia ingin keluar mencari ketenangan. Dia mencapai jeans dan menyarungkannya. sehelai kemeja lengan pendek disarungkan dibadannya. rambutnya digel dan disisir rapi. Perfume Hugo disembur. Dia keluar dari bilik.

"Kau nak pergi mana?"soal Ima.

"Nak ambil angin kejap,"jawab Key pendek. Ima hanya mengiakan dan menyambung menyiapkan kerja yang tergendala sebentar tadi.

***************************************************

"Woi, apa khabar? Lama tak dengar cerita kau. Mana hilang?"soal Achik, salah seorang teman Key kepada Key yang baru tiba entah dari mana. Key hanya tersengih.

"Aku busy sikit lah weh. Esok ni pun aku ada presentation tapi aku tak tahu nak bentang apa. Mesti aku kaku nanti,"luah Key pada Achik.

"Relax lahh weh. Presentation kau dah siap belum? Chill doe. Orang lain boleh buat, takkan kau tak boleh kot. Trust yourself lah bhai,"ujar Achik memberi semangat kepada Key. Bukan sehari dua mereka berkawan. Malah sejak berada di tingkatan 1 lagi. Segala gundah gulana yang dialami oleh Key turut dirasai oleh Achik.

Key mengeluh. Dia bingkas bangun dan berjalan menuju ke arah balkoni. Dia melihat pemandangan yang tak berapa nak indah. Terdengar sekali lagi keluhan dari mulut mungilnya. Achik menghampirinya. Dia menepuk bahu Key perlahan.

"Aku tahu, ada benda lain yang merunsingkan kau. Cuba cerita kat aku,"ujar Achik seakan memahami.

"Atiq, aku suka Ima lah,"luah Key. Achik terdiam. Dia memikirkan sesuatu.

"Kau confirm kau suka dia? Bukan macam sebelum-sebelum nih. Semua hanya suka-suka kan?"soal Achik.

"Tak, aku suka dia. Sangat-sangat suka dia. Apa patut aku buat?"soal Key kembali. Hanya Achik, teman baiknya yang memahaminya kerana mereka ada satu persamaan, mereka pengkid.

"Kau rasa kalau kau luahkan Ima terima ke?"

"Itu yang jadi masalah wei. Aku takut dia tak boleh terima. Tapi, aku tak tahu sampai bila aku patut sembunyikan perasaan ini. Aku tak kuat doe!"Key membalas lantas duduk di kerusi yang di sediakan. Dia termenung jauh. Bayangan Ima menghampiri. Senyumnya, gelaknya, tingkah lakunya. Sudahlah mereka berdua je tinggal serumah. Bagaimana untuk dia menjauhi perasaan itu.

"Kau cuba lah terus terang. Cakap baik-baik. Kalau dia tak boleh terima, kau cakap lah dengan dia kau tak nak persahabatan mereka terjejas. Aku yakin kau boleh. Bukan dia seorang je yang straight yang kau suka kan. Si Yaya tuh kau pernah ayat juga kan. And sampai sekarang aku rasa dia tunggu kau walaupun dulu dia yang curang dengan pengkid lain,"saran Achik.

"Aku cuba, aku cuba,"ujar Key. Dia mengeluh perlahan.



Suka Tak Suka ?