Followers

01 April 2011

Pengkid Dan Normal #13

Ayu tidak senang duduk. Bermacam cara sudah dia buat. Namun, tidak satu pun berjaya menggoyahkan hubungan Key dan Ima. Kadangkala dia terasa ingin mengalah. Namun, dia tidak boleh mengalah. Dia perlu teruskan juga. Mana mungkin usahanya selama nih hanya sia-sia. Key perlu dirampas. Ayu memikirkan sesuatu. Namun, otaknya ibarat sudah tidak berfungsi. Dia terasa macam nak bunuh je Ima. Namun, sejahat-jahat dia tidaklah sampai membunuh. Dia masih tahu batasannya.

Nadia yang melihat Ayu mundar-mandir mula pening. Jika diikutkan dia turut sama pening. Memang, dia menyimpan perasaan terhadap Ima. Entah mengapa, Ima menarik perhatian dia. Namun, dia bahagia tengok Ima bahagia. Dia tahu, mencintai tak semestinya memiliki. Namun, lain persepsinya bagi Ayu. Ayu tidak boleh melihat kebahagiaan Key bersama Ima. Nadia tahu, Ayu cuma rasa tercabar. Sebab hot pengkid jatuh ke tangan Ima, musuh tradisi Ayu.

"Babe, please lah dulu. Naik juling mata aku tengok kau mundar-mandir macam ni,"tegur Nadia. Ayu mendengus geram. Lantas dia duduk di sebelah Nadia.

"Macam mana ni babe?"soal Ayu.

"Macam mana apa?"soal Nadia balik.

"Yelah, aku nak Key balik !"marah Ayu.

"Tapi, sejak bila kau ada couple dengan Key?"soal Nadia. Ayu mula berang.

"Kau nih kan, bukan nak tolong aku tahu tak? Makin buat aku marah ada lah. Aku blah dulu lah!"bentak Ayu. Nadia tersenyum sinis.

"Balik je lah. Sikit-sikit naik angin, mana tak semua orang pergi dari life kau?"ujar Nadia sinis. Ayu bengang lantas mencapai beg tangannya dan pergi dari rumah Nadia. Nadia tertawa perlahan.

Ayu sangat bengang. Bengang dengan Key, bengang dengan Ima, dan sekarang bengang dengan Nadia. Dia terasa ingin menjerit kuat-kuat. Namun, maruahnya perlu dijaga. Dia memandu keretanya laju menyusuri lebuhraya. Dia inginkan ketenangan. Telefon bimbitnya berbunyi. Ayu mencapainya dan dilihat number yang tidak dikenali.

"Hello,"ujar Ayu kasar.

"Hello Ayu. Ni aku Key,"Key memulakan perbualan dengan berhemah. Bagi Key, Ayu perlu diajar.

"Key ! Kenapa you call I? You rindu I ye?"ujar Ayu, manja.


"Ayu, stop it lah! Cukuplah ganggu hubungan aku dengan Ima. Sekali aku reject kau, aku takkan jilat balik lah! Dulu, time aku nak dengan kau, kau reject mentah-mentah. Kau hina aku kan? Maaflah brader, sekarang aku dah happy. Aku jelik dengan kau. Harap je umur dah cecah 24 tahun. Perangai macam budak-budak!" marah Key. Ayu tersentak. Namun, dia masih cuba bersabar.


"Apa you merepek ni sayang. Actually I sayang you sangat sangat. I nak terima you waktu tu tapi I datang bulan. Mood I tak elok. But, we can make it right?"pujuk Ayu.


"Stop it lah Ayu. Aku geli dengar kau cakap macam tu. Mulai sekarang, kau jangan kacau aku dengan Ima sebelum aku sebarkan pic pic yang aku dapat tangkap malam tu!"Key memberi amaran sebelum mematikan panggilan.


Ayu tersentak. Dia tahu gambar apa yang dimaksudkan oleh Key. Ye, mana mungkin dia lupa kejadian pada malam itu. Ayu menjerit kuat. Pedal minyak ditekan. Kereta yang dipandu meluncur laju.


****************************

Abil mendengus geram. Dia lantas menuju ke rumah teman baiknya, Hani. Dia memerlukan someone untuk menjadi tempat mengadu. Hanya Hani je yang faham dia selain teman teman baiknya. Hani yang paling dekat dengan dia. Oleh sebab itu, dia mahu jumpa Hani. Dia perlu luahkan segalanya.

"Iman, masuklah,"pelawa Hani apabila melihat Abil sudah berada di depan pintu rumahnya.

"Sorry lahh ganggu awak, Hani. But, I really need someone,"ujar Abil. Hani mengangguk perlahan. Dia kasihan melihat keadaan Abil sekarang. Sudah tidak terurus.

"Kenapa ni? Cuba cerita dengan I"

"Saya dah break dengan Izzah. She's so annoying me !"marah Abil. Teringat lagi kejadian yang berlaku tadi. Dengan sesuka hati Izzah menamparnya. Dengan sesuka hati Izzah memukulnya. Dia tidak membalas bukan kerana takut. Namun, Abil masih punya kewarasan untuk memukul seorang gadis.

"What?! Apa yang terjadi sebenarnya?"soal Hani lagi.

"Dia pukul saya tadi. Suka hati dia je. Saya bukan taknak pukul balik, tapi saya ada kewarasan nak pukul anak orang,"jawab Abil.

"Teruknya dia. Then, apa jadi?"

"Saya minta break. Tak sanggup lagi dah badan nih jadi tempat orang lepaskan geram,"luah Abil. Hani mengangguk-angguk.

"Baguslah. Saya pun tak sanggup tengok awak asyik jadi mangsa je. Sabar ye?"nasihat Hani. Abil tersenyum nipis. Hanya Hani yang memahami dia. Dia melihat Hani. Hani pelik. Hani ingin menguji Abil lantas pandang tepat ke arah mata Abil.

Abil tidak senang duduk. Jantungnya berdegup kencang. Pandangan Hani pandangan yang membahagiakan. Dia tidak tahu kenapa. Dia seperti dipukau. Hani tersenyum melihat Abil yang tidak senang duduk.

"Kenapa sayang, awak malu ye?"soal Hani namun pandangannya tidak lepas dari memandang Abil. Abil menelan air liurnya. Sungguh, Hani mula menggoyahkan imannya. Iman menghampiri Hani. Belum sempat Hani berkata apa, bibirnya bertemu dengan bibir Iman. Hani kaget namun diturutkannya. Iman terasa sungguh bahagia. Entah mengapa.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment