Followers

13 March 2011

Pengkid Dan Normal #12

Key membuka pintu perlahan-lahan. Suasana rumah gelap mendatangkan rasa tidak sedap hati dalam dirinya. Dia lantas memetik suis lampu. Alangkah sayunya hati dia melihat Ima terbaring di atas sofa. Dia perlahan-lahan menghampiri Ima. Ima masih belum menyalin pakaiannya sejak pulang kelas petang tadi. Sekarang jam sudah menginjak jam 2 pagi. Key lihat Ima mendakap bingkai gambar. Diambilnya bingkai gambar tersebut.

Menitik air matanya melihat Ima mendakap gambar mereka bersama. Terdapat kesan air mata mengalir di pipi Ima. Key menjadi sayu dan rasa bersalah. Key ingin mengusap pipi Ima sebelum sekali lagi dia terkejut dengan suhu badan Ima. Badan Ima terasa sungguh panas! Key menjadi tidak senang duduk. Dia mengangkat tubuh Ima menuju ke dalam bilik. Dibaringkan Ima di atas katil.

Key menuju ke dapur. Dia membasahkan kain dengan air suam untuk dituamkan ke dahi Ima. Kemudian dia memasak bubur untuk beri Ima makan kerana dia yakin, Ima belum makan lagi sejak pulang dari kelas. Sementara menunggu bubur masak, Key membersihkan diri. Usai berpakaian, dia menghidangkan bubur dan ditatang bubur bersama segelas air masak dan panadol untuk Ima. Sayu hatinya melihat Ima yang tidak bergerak sedari tadi.

"Baby, bangun sayang. Makan sikit ye,"kejut Key. Ima bergerak namun matanya masih belum terbuka.

"Sayang, bangun lah. I dah balik nih. Baby, open your eyes,"kejut Key lagi tanpa putus asa. Perlahan-lahan, Ima membuka matanya.

"Bie, I nak minta maaf pasal Izhar tuh. Dia pegang tangan I tanpa I duga. I minta maaf sayang,"ucap Ima sambil menangis teresak-esak. Di capainya tangan Key dan di usap perlahan. Key hanya tersenyum.

"Baby, bie yang patut minta maaf sayang. Sebab tak dengar penjelasan baby. I'm sorry ye sayang. Tengok ni, you dah demam. You tak makan lagi kan? Ni I dah masakkan bubur ni. You makan sikit ye. Lepastu, makan ubat. Ye?"ujar Key. Ima hanya mengangguk perlahan.

Key meniup bubur yang masih panas lantas disuakan ke mulut Ima. Ima menyambutnya dan menelan perlahan bubur tersebut. Walaupun perit tekaknya, namun dia telankan jua memandangkan Key telah bersusah-payah masak untuk dirinya.

"Sayang, comotnya baby bie ni makan,"seloroh Key sambil mengesat bibir Ima. Muka Ima merona kemerahan akibat malu.

"Bie lah. Suap main-main tau,"rengek Ima. Key ketawa perlahan. Dia senang dengan perlakuan Ima. Manja pada pandangannya.

Key letak mangkuk bubur ke atas meja. Dia tatap muka Ima tak berkelip. Ima mengerutkan muka. Dia aneh dengan sikap Key.

"Kenapa bie? I buruk ye?"soal Ima. Key ketawa perlahan. Lantas, dia mencuit hidung Ima.

"Baby, you tahu tak? I sayang sangat dekat you. I tak mahu hilang you. I tak mahu buat you sedih lagi. I nak you happy je. I minta maaf buat you menangis,"ucap Key perlahan lantas tertunduk sayu.

Ima mengangkat dagu Key lantas tersenyum.

"Bie, listen here sayang. I faham lah. Biasa lah dalam 1 hubungan. Tak sah kalau takde perselisihan faham. Takde siapa salah. Yang pasti, I sayang you! You je dalam hati I. Jangan curiga dengan cinta I ye?"ucap Ima pula. Key tersenyum lega. Lantas menarik Ima ke dalam pelukannya. Ima membalas pelukan Key.

"Sayang, busuklah you tak mandi lagi,"usik Key.

"Eeeeeee bie nih! Jahat tau!"marah Ima sambil mencubit peha Key. Key mengaduh perlahan.

"Baby, jom mandi? Kita mandi air panas jom?"ajak Key. Ima ketawa sebelum mengangguk laju.

"Dengan 1 syarat!"

"Apa dia sayang?"

"Angkat I."

Key tersenyum lantas mengangkat Ima lalu menuju ke bilik mandi. Ima terasa bahagia di samping Key dan berharap agar mereka akan gembira sentiasa.

******************

Atiqah mendengus geram. Masuk kali ini, sudah hampir 10 kali nombor yang tidak dikenali, menghubunginya. Terasa ingin dilemparkan sahaja telefon bimbitnya. Namun, dia masih memikirkan Achik lantas dia mendial number Achik.

"Hello sayang,"ujar Achik.

"Biebie, i need you!"rengek Atiqah.

"Kenapa ni baby?"soal Achik.

"Number tuh call lagi. Kali ni lagi teruk tau biebie. Tapi, bila baby pick up, dia letak. Sakitnya hati!"luah Atiqah. Achik mendengus geram.

"Siapa manusia gila tu ha? Gila stalker! Ganggu wife biebie pula,"marah Achik.

"Tak tahu lah biebie. Biebie, baby rindu,"ujar Atiqah.

"Rindu? Rindu siapa?"seloroh Achik.

"Biebie nih! Main-main pula dia,"rajuk Atiqah. Achik tertawa perlahan.

"Alorh baby nih. Tak mahu lah merajuk. Tak comel nanti,"pujuk Achik.

"Biebie, bila nak meet? Bila nak tinggal sama-sama? Rindu biebie sangat!"

"Ye sayang, biebie pun rindu baby. Sabar ye?"

Setelah berbual panjang, panggilan dimatikan. Atiqah mengeluh perlahan. Dia sangat sayangkan Achik. Dia tidak mahu kehilangan Achik. Achik sahaja lah yang menggembirakan hatinya. Air matanya mengalir perlahan. Dia sedar, dia terlalu rindukan Achik. Dia cuma berharap, tiada apa yang akan menganggu hubungan mereka berdua.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment