Followers

25 February 2011

Pengkid Dan Normal #11

Ima berjalan menuju ke kafeteria. Perutnya yang berkeroncong minta diisi. Kelas yang sangat padat menyebabkan dia tidak dapat merasa walaupun sesuap nasi. Tiba-tiba dia terdengar namanya dilaung. Ima berpaling .Kelihatan Izhar terkocoh-kocoh mengerjarnya. Ima berfikir sejenak sama ada untuk tunggu atau berlalu. Namun, entah kenapa dia memilih untuk tunggu.

"Ima, thanks sebab sudi jumpa aku. Sekejap je aku nak jumpa kau ni,"ujar Izhar.

"Apa dia? Cepatlah cakap. Aku dah lapar ni,"balas Ima acuh tak acuh.

"Ima, aku nak minta maaf. Dengan apa yang dah aku buat dulu kat kau,"ucap Izhar. Ima tersenyum sinis.

"Begitu mudah? Kau memperbodohkan aku kan? Kau  couple dengan aku sebab cabaran kawan-kawan kau. Kau memang manusia kejam Iz!"marah Ima lantas berpaling dari menghadap wajah Izhar. Izhar tertunduk sayu.

"Ima, i'm sorry. Aku tahu aku salah. Aku tahu aku tak patut buat macam tu. Tapi, sekarang aku dah sedar. Yang aku sebenarnya sangat sayangkan kau! I really love you Ima Aqeera!"ucap Izhar sepenuh hati. Namun, Ima sudah keras hati. Dia sudah tidak peduli pujuk rayu Izhar. Di hatinya kini cuma ada Key.

Izhar merentap tangan Ima lalu menggenggamnya erat. Ima meronta minta dilepaskan namun pegangan Izhar terlalu kuat.

"Ima, please. Berikan aku masa untuk buktikan cinta aku pada kau! Please Ima. Kau je yang aku sayang."

"Iz, please. Lepaskan aku. Malu kalau orang tengok kita macam ni. Please Iz,"rayu Ima sambil cuba menarik tangannya. Dia khuatir andai Key dapat tahu mengenai perkara ini.

"Aku tak peduli Ima Aqeera! Aku takkan lepaskan tangan kau selagi kau tak cakap yang kau akan beri aku peluang sekali lagi."

"Peluang apa lagi Iz? Sudah cukup banyak peluang yang aku beri, tapi kau? Kau sia-siakan semua! Berapa banyak lagi peluang yang kau nak aku bagi?Lepaskan aku lah, mangkuk!"marah Ima lantas menendang kemaluan Izhar. Pegangan tangan Izhar terlepas. Izhar tertunduk menahan kesakitan. Ima lantas melarikan diri. Air matanya mengalir laju. Dia menuju ke tandas.

Ima menangis semahu-mahunya. Kenapa di saat dia bahagia di samping Key, Izhar datang kembali? Dia tidak mahu berpisah dengan Key. Malah dia yakin, dalam hatinya cuma ada Key. Namun kini, Izhar kembali. Dia khuatir.

"Ima, kenapa menangis ni?"soal Nadia yang kebetulan berada di dalam tandas yang sama. Nadia merupakan rakan sekelas Ima yang tidaklah begitu rapat namun tahu serba sedikit mengenai kehidupan Ima.

"Eh Nad. Aku okay lah. Aku tak apa-apa,"jawab Ima lantas mengesat matanya yang berair.

"Ima, cuba cerita kat aku. Kenapa kau menangis ni? Gaduh dengan Key ke?"soal Nadia.

"Eh, bukan! Ni bukan sebab Key,"jawab Ima. Air matanya lantas mengalir laju. Dia begitu sayu mendengar nama itu disebut. Key, insan yang tahan dengan kerenahnya yang manja. Key, insan yang tabah dalam menghadapi sebarang kekalutan. Jauh beza dengan dirinya yang cepat panik.

"Habis tu? Sebab apa?"soal Nadia lagi.

"Takde apa lah Nad. Aku balik dulu ye. Terima kasih,"jawab Ima lantas berlalu. Nadia lantas menarik tangan Ima. Ima terkejut apabila badan Nadia menghampiri badannya. Begitu rapat sehingga deru nafas Nadia, dirasai oleh Ima.

"Ima, aku sentiasa ada di sisi kau. Kalau ada apa-apa, inform je kat aku. Aku sayang kau! Dan aku takkan kasi orang lain buad kau menangis. Percayalah, sayang,"bisik Nadia perlahan di telinga Ima. Ima terpana. Nadia meninggalkan Ima bersendirian. Ima sungguh tidak sangka.

Nadia, seorang gadis yang menarik. Orangnya tidaklah tinggi. Namun, berambut lurus paras bahu. Dengan kulit putih melepak, hidung yang mancung. Bisa merobek hati mana-mana lelaki mahupun pengkid. Namun, apa yang berlaku sebentar tadi adalah di luar jangkaan Ima. Ima lantas meninggalkan tandas tersebut dan ingin pulang ke rumah.

****************************

Key tidak senang duduk. MMS yang baru diterimanya tidak tahu sama ada patut di percaya atau tidak. Di dalam gambar tersebut, dilihat Izhar memegang tangan Ima di khalayak ramai. Walaupun mencurigakan dan dia cuba mempercayai Ima, namun kenapa Ima langsung tidak memberitahunya bahawa Izhar mancarinya. Kenapa perlu dia rahsiakan mengenai situasi sebenar?

Dia yakin situasi itu baru berlaku sebentar tadi apabila dia mengecam baju yang dipakai oleh Ima. Baju yang sama Ima pakai untuk ke kelas pagi tadi. Dan baju yang sama yang dibeli olehnya semalam. Masakan, sudah lama berlalu. Kerana, baju itu baru dimiliki oleh Ima semalam. Key tidak senang duduk. Dia berdiri. Berjalan mundar-mandir. Memikirkan apakah yang patut dilakukan terhadap Ima. Bagaimana dia boleh menghadapi Ima andai hatinya sedang mendidih? Dia lantas mencapai kunci motornya lalu meninggalkan rumah. Dia tidak rasa seperti ingin bermalam di situ.

Handphonenya sengaja ditinggalkan. Dia tidak mahu Ima tahu kemana dia pergi. Dia hanya ingin bersendirian untuk satu malam agar dia boleh mencari ketenangan. Motornya menyusur laju meninggalkan kawasan kediamannya.

Ima baru sampai di rumah di saat dia terlihat motor Key meninggalkan rumah sewa mereka. Ima pelik apabila Key langsung tidak inform kepadanya mengenai pemergiannya. Namun, dia cuba untuk berbaik sangka. Dia masuk kedalam rumah. Setelah mengunci pintu rumah, dia menuju ke sofa. Dilihatnya handphone Key terletak kemas di atas meja. Dia merasa curiga lantas mencapainya. Ditekan satu punat. Dia terlihat gambarnya bersama Izhar di jalan menuju ke kafeteria tadi terpampang kemas di telefon bimbit Key.

Ima tahu kini mengapa Key meninggalkan rumah. Air matanya mengalir laju. Dia sudah terlambat untuk menghalang Key dan memberi penjelasan. Malah, dia tahu. Dia tidak boleh menelefon Key memandangkan Key meninggalkan telefon bimbitnya. Hatinya sayu. Bagaimana lah dia boleh sangat cuai dengan membiarkan Izhar memegang tangannya. Dia cuma berharap Key akan pulang secepat mungkin.

Ima lantas mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Abil untuk bertanya mengenai Key.

"Hello, Ima. Kenapakah?"soal Abil.

"Abil, Key ada kat sana ke?"soal Ima kembali dengan suara tersekat-sekat.

"Key? Takde pun. Kenapa ni? Kenapa menangis, Ima?"

"Takde ye? Takpe lah, terima kasih Abil,"ujar Ima lantas mematikan panggilan. Lantas dihubunginya nombor Achik.

"Hello,"ujar Achik menjawab panggilan Ima.

"Hello, Achik. Key ada tak dekat sana?"soal Ima.

"Key? Takde pun. Kenapa ni? Kau orang gaduh ke?"soal Achik kembali.

"Takde juga? Takpe lah. Terima kasih Achik,"ujar Ima lalu mematikan panggilan. Dia lantas menyandarkan tubuhnya ke sofa. Air matanya tidak boleh berhenti mengalir. Dia tidak ingin kehilangan Key. Dia hanya mahukan Key. Dan kini, Key meninggalkannya tanpa sebarang berita. Bagaimana dia mampu hidup tanpa Key? Ima berbaring lesu di sofa dan tanpa sedar, dia tertidur dengan berharap Key akan pulang malam ini.

************************

"Key, betul ke tindakan kau ni?"soal Achik.

"Aku tak tahu lah weh. Aku buntu nih. Hati aku sakit sangat apabila teringatkan peristiwa tu! Aku sayangkan Ima. Aku tak nak hilang dia!"jawab Key.

"Kau tak risau ke tinggalkan dia seorang diri kat rumah tu. Tadi dia call, dia menangis. Suara dia sayu je weh. Aku tak sampai hati,"ujar Achik.

"Aku tak tahu kenapa aku buat macam ni. Aku pun tak nak macam ni. Aku rindu dia weh!"

"Baliklah weh. Kesian Ima seorang diri kat rumah tuh,"pujuk Achik. Key mengeluh.

"Nanti malam, aku baliklah. Aku cuma nak tenangkan diri. Agar aku tidak marah dia nanti,"ujar Key perlahan. Achik cuma tersenyum nipis.

"Dengarlah penjelasan Ima dulu. Manalah tahu, ada sebab berlakunya peristiwa itu,"ujar Achik pula, cuba meyakinkan Key.

"Kau rasa, ada penjelasan ke di sebalik setiap yang berlaku tu?"soal Key. Achik terdiam sejenak.

"Pasti ada sesuatu yang berlaku. Just trust her okay?"Achik meyakinkan Key. Key tersenyum puas. Dia tidak sabar untuk mengetahui apa yang berlaku. Yang pastinya malam ini segala penjelasan Ima akan cuba untuk dia dengar.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment