Followers

11 February 2011

Pengkid Dan Normal #9

Ima termenung berseorangan di balkoni rumahnya. Sungguh, dia merasa kekosongan. Dia rindukan gelak tawa Key, senyum manis Key, layanan mesra Key dan segalanya tentang Key. Puas dia menangis semalaman sehingga meninggalkan bekas di matanya. Ima mengeluh. Dia sedar parentsnya tiada kerana pergi melancong ke luar negara. Namun, demi menenangkan diri, dia terpaksa. Rumah banglo di kawasan kediaman mewah terletak di atas bukit menjadi tempat penginapannya sejak kecil. Dia tiba-tiba menjadi sangat rindu. Rindu pada abangnya. Ye, abangnya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Abangnya seorang jejaka yang tampan. Muhammad Amri Danial. Namun, semua orang memanggilnya Amri. Amri sering berada di sisi Ima di kala susah dan senang. Amri juga tahu tentang diri sebenar Ima sekarang,

"Jauh termenung nampak,"tegur seseorang. Ima terkesima. Dia menoleh ke arah pintu pagar rumahnya. Kelihatan seorang jejaka yang amat dikenalinya iaitu Izhar!

"Kau nak apa lagi? Pergilah dari sini. Jiran nampak, tak manis,"balas Ima namun masih tidak berganjak.

"Amboi, garangnya kau Ima. Sejak dah ada orang baru ni, langsung tak pandang aku kan,"usik Izhar. Ima tersenyum nipis. Tiba-tiba dia tersangat rindukan Key. Dia begitu ingin sekali berada di sisi Key sekarang. Dia tahu, dia tersilap langkah namun bagaimana dia mampu untuk memutar kembali masa?

"Kenapa kau diam? Kau tak sudi jemput aku masuk ke?"soal Izhar. Ima tersedar.

"Tak ada apa-apa. Tak payah lah masuk. Orang tengok, tak sopan,"jawab Ima mendatar.

"Ima, kau marah aku lagi? Aku minta maaf Ima. Jujur aku cakap, aku rindu kau. Aku nak kita jadi macam dulu balik. Please Ima. Aku tak boleh hidup tanpa kau,"rayu Izhar. Ima terpana.

"Tak perlulah kau nak merayu kembali Izhar. Semua itu sudah tak bermakna. Life aku sekarang dah cukup buat aku happy. Hati aku dah dimiliki. Jadi, tidak perlulah kau cuba rebut ia kembali sebab hati aku memang milik dia,"balas Ima, lembut.

"Ima, please give me another chance. Please Ima. Aku mohon. Kau dengan dia takkan kemana! Percayalah cakap aku. Kau akan bahagia dengan aku. Aku takkan sia-sia kan kau lagi. Please Ima. Just give me another chance to prove it,"rayu Key lagi.

"Maaf. Hati aku milik Key. Aku takkan ubah pendirian dan jangan kau harap aku akan berpaling dari keputusanku. Tidak sama sekali. Selamat tinggal Izhar!"tegas Ima lalu masuk ke dalam rumah. Izhar mendengus keras. Maruahnya tercabar apabila dia kalah pada seorang pengkid! Dia tidak akan mengalah! Izhar berlalu dengan seribu satu perasaan.

**********************

Key sedang bermalas-malas di atas katil. Dia rindukan Ima namun satu pun pesanan ringkasnya tidak berbalas. Malah, panggilannya juga tidak berangkat. Key terasa sedih. Air matanya mengalir. Akhirnya setelah sekian lama dia tidak mengalirkan air mata, air matanya tumpah di saat dirinya inginkan kebahagiaan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia menjawab tanpa melihat nama si pemanggil.

"Hello"ujarnya malas.

"Hello, bie."sahut si pemanggil, sayu.

"Baby! Baby bila nak balik?Rindu sangat,"ucap Key. Tanpa sedar, dia menangis tanpa henti.

"Ambil I boleh tak? I pun nak balik sana. I rindu you,"ucap Ima juga. Terdengar sendu dalam katanya. Ima menangis! Key terpana. Dia rasa bersalah.

"You siap-siap okay. Kejap lagi I sampai,"ujar Key. Dia tersenyum puas. Dia bakal bertemu buah hatinya sebentar lagi.

"Okay sayang. I tunggu,"balas Ima. Panggilan dimatikan. Key segera bersiap. Dia memakai t-shirt berkolar hitam dan jeans lusuh. Dia lantas mencapai kunci motor dan memakai Flipper kesayangannya. Enjin motor dihidupkan. Dia ingin cepat sampai ke destinasi. Rindunya sudah tidak tertahan.

20 minit kemudian, Key sampai di perkarangan rumah Ima. Dia lantas memberi salam. Tidak lama kemudian, kelihatan Ima sedang membuka pintu.

"Bie!"jerit Ima lantas berlari anak menuju ke arah Key. Key tersenyum lebar. Ima menerpa ke arah Key lantas memeluknya. Key membalas pelukan Ima. Sungguh, dia rindukan Ima!

"Baby, please jangan tinggalkan I lagi. I rindu sangat dekat you,"ucap Key. Air matanya bergenang. Ima pula sudah lama menangis hanya mengangguk.

"Bie, I promise I takkan tinggal you lagi. I rindu you juga. Cuma I nak tahu something. Siapa Ayu? Apa kaitan dia dengan you, bie?"soal Ima. Dia tidak mahu bertangguh lagi. Key terpana. Ayu! Jadi, gadis itu lah punca semua ini!

"Sayang, Ayu tuh sebenarnya classmate I dulu. Dia pernah cakap, dia suka I. But, waktu tu dalam hati I cuma ada you walaupun kita belum couple. I tak terima dia. Just an ordinary friend, princess,"terang Key.

"Betul ni?"soal Ima. Key terus mengangguk laju.

"Dalam hati I cuma ada you seorang je Ima Aqeera,"ujar Key. Ima tersenyum gembira. Dia lantas memeluk Key. Key membalas pelukan Ima. Jika boleh, dia tidak mahu melepaskan Ima untuk selamanya.

"You, jom balik. Rindu nak manja dengan you!"ujar Ima sambil tersenyum nakal. Key tergelak kecil.

"Jom! I pun rindu nak rogol you,"gurau Key. Ima ketawa kecil lantas mereka berlalu meninggalkan rumah mewah tersebut. Ima dan Key berharap tiada lagi perselisihan faham antara mereka.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment