Followers

23 February 2011

Pengkid Dan Normal #10

Ima dan Key bersiap-siap untuk berjumpa rakan mereka yang lain. Hari ini merupakan hari untuk mereka semua gath bersama-sama. Ima memakai blaus dipadankan dengan jeans hitam. Rambutnya yang ikal dibiarkan lepas. Hanya bedak asas disapukan di muka dan lip gloss menghiasi bibirnya. Manakala Key memakai short paras lutut di padankan dengan kemeja lengan pendek. Rambutnya disikat rapi. Perfume Uber Men Pozess disembur.

"Baby, dah siap?"soal Key sambil menghampiri Ima yang sedang membelek-belek dirinya di hadapan cermin.

"Dah siap dah sayang. You dah siap belum?"soal Ima kembali. Dia berpaling menghadap Key. Lantas, dirangkul leher Key. Key merapatkan mukanya dengan Ima lantas dikucup perlahan pipi Ima.

"Baby, I love you sayang. I tak nak hilang you. I sayang you je. You tahu kan, dalam hati I cuma ada you. Jangan tinggalkan I ye sayang?"ucap Key, berbisik perlahan di telinga Ima.

"Bie, dalam hati I pun cuma ada you seorang je. I takkan tinggalkan you sayang. I akan ada di samping you setiap masa. Just trust me okay?"ucap Ima kembali sambil tersenyum manis. Key lantas mengucup dahi Ima dan mulut Ima.

"You, jom lah gerak sekarang. Kalau macam ni, bila kita nak sampai sayang?"soal Ima. Key seperti baru tersedar lantas tertawa kecil setelah tersedar akan kelalaiannya.

"Baby, jangan lupa bawakkan I punya wallet sekali. Takut terlupa lah sayang,"pesan Key.

"Bie nih. Jangan risau lah. Wallet and handphone you semua ada pada I,"balas Ima. Key tersenyum. Dia akui. Sejak bersama Ima, hidupnya lebih terurus. Ima melayannya persis seorang isteri melayan suami. Pakaiannya digosokkan, makan minumnya diuruskan malah tidurnya di dodoikan. Dia sangat bahagia.

"Bie, termenung pula dia?"ujar Ima. Key tersenyum nipis.

"Baby dah ready? Jom lah kita gerak sekarang. Diorang mesti dah tunggu lama,"balas Key. Ima hanya mengangguk.

*****************************

"Key, Ima, apesal lambat ha? Manja manja dulu ke?"usik Abil. Mereka yang lain hanya tergelak. Key dan Ima tersipu malu.

"Sorry lah weh. Faham faham je lah ye,"balas Key selamba. Ima mencubit lengan Key. Key mengaduh kesakitan.

"Tengok tu. Sekarang pun nak manja manja lagi,"giliran Achik pula mengusik Key dan Ima.

"Biebie, tak baik lah usik diorang. Tengok tuh dah merah dah muka Ima,"Atiqah juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengusik.

"Korang, dah lah. Malu aku tau,"kata Ima menahan malu. Mukanya memerah. Key yang setia di sisi Ima tiba tiba berdiri. Mereka yang lain kepelikan.

"Korang, sebenarnya aku nak korang jadi saksi. Pada hari ini, aku akan buktikan bahawa aku sangat sayangkan Ima,"ucap Key.

"Macam mana?"soal Izzah.

Key tiba-tiba melutut di hadapan Ima. Ima berasa pelik dengan Key yang tiba-tiba bersikap sangat gentleman. Abil, Izzah, Atiqah dan Achik menjadi saksi. Key mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah kotak baldu merah kecik di buka. Terlihat sebentuk cincin tanpa sebarang permata mahupun berlian namun berkilat terletak kemas di dalam kotak itu. Key lantas menyuakan kearah Ima.

"Ima Aqeera, will you be my soulmate forever and ever?"lamar Key. Ima terpana. Dia terharu namun dalam masa yang sama, dia berasa aneh.

"My dear Aqilah, I will and I forever will,"jawab Ima. Abil, Izzah, Atiqah dan Achik bersorak menandakan mereka gembira dengan apa yang baru sahaja disaksikan depan mata mereka. Apatah lagi Ima dan Key.

"Bro, kejap kejap. Aku nak tanya. Kenapa tiba-tiba kau buat macam ni?"soal Achik. Key tersenyum manis.

"Sebab, aku nak Ima tahu. Dalam hati aku cuma ada dia seorang. Aku nak dia jadi soulmate aku bukan hanya kekasih aku. Dan aku nak buktikan betapa sayang dan cintanya aku pada dia,"jawab Key panjang lebar. Ima sudah tersipu malu.

"Bee, bila nak propose anjew macam Key dengan Achik buat?"soal Izzah kepada Abil yang agak lama mendiamkan diri.

"Anjew, walaupun bee tak pernah propose anjew macam Key dan Achik buat, tapi bee nak anjew tahu. Hati bee nih cuma ada Nurul Izzah seorang je. Trust me my princess,"jawab Abil tenang dan yakin. Izzah tersipu malu. Atiqah dan Achik hanya ketawa. Manakala Key dan Ima tersenyum nipis. Kini, mereka bahagia. Namun, benarkah bahagia itu akan kekal?
"Eh, jom lah kita pergi makan. Then boleh karaoke, snap snap picture,"cadang Key.

"All right! Aku setuju,"sokong Abil. Mereka yang lain mengangguk. Sambil jalan berpegangan tangan, Key dan Ima berharap kebahagiaan mereka kekal walaupun mereka sedar, itu perasaan terlarang.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment