Followers

03 February 2011

Pengkid Dan Normal #8

Key sedang nyenyak tidur. Begitu juga Ima. Tiba-tiba telefon bimbit Key berbunyi. Ima terjaga lantas menjawab panggilan tersebut kerana tidak mahu tidur Key terganggu.

"Hello assalamualaikum"ujar Ima memulakan perbualan.

"Ha, Key mana?"soal seorang wanita tanpa menjawab salam.

"Dia sedang tidur, maaf ye. Ini siapa? Ada apa-apa pesanan yang boleh saya tolong sampaikan?"

"Kau siapa?!"

"Saya Ima."

"Ha. Bagus sangat kau yang jawab. Aku Ayu. Untuk pengetahuan kau, aku lah kekasih Key. Kau tuh perampas! Hanya kekasih kontrak dia! Kau faham tak?!"Ima terpana. Air matanya menitis namun cepat diseka. Dia perlu percayakan Key.

"Really? Lagi? Ada apa-apa pesanan lagi ke?"soal Ima, tabah.

"Cakap dengan Key, aku rindu dia! Dia dah lama tak jumpa aku! Ini semua sebab kau tahu tak?! Perampas!"maki Ayu. Ima terdiam.

"Baiklah. Saya rasa itu saja kan? Selamat malam, Assalamualaikum,"ucap Ima perlahan lantas mematikan panggilan. Ima melangkah keluar bilik. Dia menuju ke dapur. Selepas menuang segelas air kosong, Ima duduk di sofa. Sambil meneguk air, dia teringat kata-kata Ayu sebentar tadi. Ima keliru.

Lantas, air matanya mengalir perlahan. Sungguh dia terasa hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Ayu. Jika Key tiada apa-apa dengan Ayu, mengapa wanita tersebut memanggilnya perampas? Dan mengapa Key tidak pernah cerita apa-apa mengenai Ayu. Perhubungan mereka sudah masuk 3 bulan namun mengapa baru sekarang wanita itu mencari Key? Atau adakah mereka selalu berhubung di luar pengetahuan dia? Memikirkan itu, air mata Ima tidak boleh berhenti mengalir. Bahunya terhenjut-henjut. Sungguh, pedih hatinya memikirkan Key menipu dirinya. Namun, dia dapat melihat kesungguhan Key melayannya.

Pasti Ayu itu peminat Key. Sakit hatinya bila memikirkan seorang wanita lain meminati pengkid dia. Dia sedar Key ada daya tarikan yang tersendiri. Walaupun tidak sekacak Abil dan tidak secome Achik, Key tetap mampu memikat hati seorang wanita sepertinya. Mengenali Key, bercinta dengan Key ada lah diluar jangkaannya. Dia dilayan ibarat sang puteri. Segala permintaannya akan ditunaikan. Key ibarat sang putera yang sempurna di matanya cuma sayang dia seorang pengkid, bukan lelaki sejati.

Ima cuma pelik, mengapa perhubungan mereka yang sedang mengecap bahagia, di cemburui oleh seseorang. Siapakah Ayu? Sejauh manakah perhubungan Key dan Ayu? Hatinya terasa sungguh sakit. Namun, dia harus kuat! Demi hubungan terlarangnya bersama Key, dia sanggup! Ima lantas bangun dan menuju ke bilik. Di lihatnya Key sedang nyenyak tidur. Ima perlahan-lahan baring di sebelah Key. Dia memandang muka Key dengan sayu. Air matanya lantas mengalir lagi.

Dia menyentuh pipi Key. Diusap perlahan. Dia mengucup dahi Key. Dia tidak tahu. Mengapa kata-kata Ayu terngiang-ngiang di telinganya. Mengapa kata-kata Ayu membuatnya terluka. Dia sungguh tidak tahu mengapa semua ini terjadi. Akhirnya dia terlelap di dalam tangis.

*************************

Key termenung di halaman rumah sewanya. Ima secara tiba tiba mahu pulang ke rumah keluarganya hujung minggu ini. Dia sungguh pelik dengan sikap Ima yang tiba-tiba dingin. Namun, semua kelengkapannya disediakan seperti biasa. Namun, tiada lagi rengek manja, senyum manis dan ketawa Ima menghiasi harinya. Dia pelik. Tiba-tiba dilihat Achik yang menunggang motorsikal, memakir di hadapan rumahnya. Abil pula sedang bercuti di Melaka bersama Izzah.

"Bro, apa pasal? Muka banyak masam,"tegur Achik dengan slang chinese.

"Mana tak masam. Ima tiba-tiba dingin je. Pelik aku,"jawab Key. Achik lantas duduk berhadapan Key. Dia pun membuat muka pelik.

"Kau tak tanya dia ke?"soal Achik.

"Dah. Dia kata dia tak apa-apa. Tapi, ketara sangat weh. Malam semalam, aku perasan dia menangis. Aku tanya, dia tak jawab lepastuh terus blah masuk bilik,"jawab Key. Dia meraut mukanya. Dia betul-betul tertekan. Walaupun tinggal serumah, namun dia sangat rindukan belaian Ima. Ima berubah sejak 3 hari lepas.

"Nanti dia dah balik, kau pujuk lah. Cuba tanya. Mesti ada sebab kan kenapa dia berubah,"cadang Achik. Key hanya mengangguk perlahan.

"Weh, kau sanggup ekh. Kerja sambilan 3 4 bulan semata-mata nak propose Atiqah?"soal Key. Achik tersengih.

"Mesti lah weh. Hati dah sayang. Aku sanggup je asalkan dia bahagia dan terima aku seadanya,"jawab Achik.

"Takdelah, bukan setakat duit gaji je kau guna, duit yang parents kau bagi untuk makan pun kau sanggup jimat-jimat. Dahsyat kau nih,"ujar Key, Achik tergelak.

"Biasa lah weh. Hati dah sayang. Mesti lah sanggup. Kalau boleh, aku macam nak announce satu dunia je. Cuma tak mampu lah,"balas Achik, bersungguh-sungguh.

"Jom lah masuk. Kita tengok movie ke, borak-borak ke. Nanti dalam pukul 2 kita keluar lah. Apa macam?"cadang Key. Achik mengangguk-anggu tanda setuju. Mereka berjalan beriringan menuju kedalam rumah.

Kelihatan sebuah kereta Perodua Myvi di parkir berhampiran rumah sewa Key. Ayu menghentak tangannya ke stereng. Rancangannya untuk menghampiri Key hari ini tidak berjaya lagi apabila dilihat Achik secara tiba-tiba muncul. Namun, dia tidak akan mengalah. Key tetap akan menjadi miliknya. Telefon bimbit di capai. Nombor Izhar di cari. Apabila sudah jumpa, terus didial dan telefon bimbit jenis Nokia E71 dilekapkan di telinga.

"Hello, Ayu. Kau nak apa lagi?"soal Izhar ketika menjawab panggilan Ayu.

"Sekarang ni Ima takde kat rumah sewa mereka. Aku syak dia balik rumah parents dia. Apa kata kau pergi lah pujuk dia kat sana. Senang sikit aku nak runtuhkan hubungan dia dengan Key,"ujar Ayu. Izhar terdiam. Memang dia sayangkan Ima. Malah, dia tidak mampu mencari pengganti Ima.

"Okay lah. Aku cuba. Tapi, aku tak janji. Aku ada kerja ni"

"Okay, apa-apa hal kau roger lah aku. Okay?"ujar Ayu.

"Baik!"balas Izhar lantas mematikan panggilan. Ayu tersenyum puas. Rancangannya untuk mendapatkan Key pasti akan berjaya. Dia memandu meninggalkan rumah sewa Key.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment