Followers

02 February 2011

Pengkid Dan Normal #7

Abil berjalan mundar-mandir di kaki lima kolej kediamannya. Tangannya menekan-nekan punat telefon bimbitnya seakan ingin menelefon seseorang. Butang panggilan ditekan. Telefon bimbitnya dilekapkan di telinga.

"Hello, assalamualaikum,"terdengar suara lembut memulakan perbualan.

"Hello, waalaikummussalam. Hye Izzah, buat apa itu?"soal Abil memulakan langkah.

"Tengah duduk je sambil online facebook. Abil pula?"soal Izzah kembali. Abil tersenyum, sungguh suara Izzah memukau hatinya.

"Tengah call Izzah je. Izzah, Abil nak tanya sikit lah. Boleh?"

"Apa dia?"

"Sabtu ni Izzah free?"

"Free kot, kenapa ye?"soal Izzah yang sangat curiga ingin tahu.

"Sabtu ni, Abil turun Melaka. Kita jumpa boleh?"

"Are you serious Abil?"Izzah seakan tidak percaya.

"Serious! Very serious!"tegas Abil. Izzah tersenyum walaupun dia tahu Abil tidak dapat melihatnya.

"Okay then. See you this Saturday. Apa-apa hal confirmkan lah ye?"ujar Izzah. Abil terlompat gembira.

"Okay Izzah!"

"Bye dear. Take care. See you. I love you,"ucap Izzah lantas mematikan panggilan. Abil terpana namun dia tersenyum gembira dan seakan tidak percaya. Abil lantas mendail number phone Achik.

"Hello,bro. Apa kes?"ujar Achik memulakan kata.

"Achik! Sabtu ni aku jumpa Izzah!"kata Abil, teruja.

"Yeke? Bagus lah! Semoga enjoy tau!"ucap Achik.

"Thanks bro! Kalau bukan dorongan kau dan Key, aku rasa sampai sekarang agaknya aku takkan mulakan langkah,"

"Ah, semua tuh diri kau sendiri juga. Kami cuma bagi semangat je,"

"Terima kasih lagi sekali tau!"

"Sama-sama!"ucap Achik. Selepas berbual beberapa benda yang biasa, mereka mematikan panggilan. Abil sungguh tidak sabar menunggu kedatangan hari Sabtu untuk dia melamar sendiri Izzah.

*********************

"Atiqah, dah lama tunggu saya?"soal Achik sambil duduk berhadapan Atiqah di restoran makanan segera Mc'Donald. Dia melihat Atiqah tersenyum.

"Takde lah. Risau saya. Saya ingat awak tak datang tadi,"ujar Atiqah, manja.

"Jangan risau, kalau saya dah janji saya akan tepati,"balas Achik. Dia menghirup air McFizz yang diordernya tadi.

"Awak dari mana ni?"soal Atiqah.

"Dari kelas tadi. Jalan jam lah dear. Sebab tuh lambat. Sorry,"jawab Achik. Matanya tak lepas memandang Atiqah. Atiqah tersipu malu.

"Kenapa pandang saya macam tu?"soal Atiqah lagi. Achik tersedar. Namun, dia kembali merenung Atiqah.

"Sebab awak ada sepasang mata yang cantik,"jawab Achik. Atiqah terpana lantas tersenyum.

"Thanks" mereka diam tanpa sebarang kata.

"Awak, awak kata ada benda nak beritahu. Apa dia?"soal Atiqah memecah kebisuan.

"Awak, sebenarnya saya ada hajat besar. Sudi tak awak teman saya ke suatu tempat?"soal Achik kembali.

"Ke mana?" Achik lantas menghulurkan tangan dan Atiqah menyambutnya, mereka berpimpinan tangan. Achik membawa Atiqah ke bumbung shopping mall tersebut. Di sana, Key, Ima dan Abil sudah menunggu. Mereka tersenyum. Atiqah mulai pelik.

"Kenapa kita ke sini? Dan siapa mereka?"soal Atiqah. Achik hanya tersenyum. Dia lantas meletakkan jari telunjuknya dia mulut Atiqah menandakan senyap. Atiqah terdiam tanpa kata apabila tiba-tiba Abil mengeluarkan telefon bimbitnya dan memainkan lagu romantik manakala Key sudah siap dengan kamera Nikonnya. Dan Ima pula menatang sebuah kotak baldu merah.

Achik mengambil kotak baldu merah tersebut lantas melutut di hadapan Atiqah. Dia membuka kotak tersebut lantas membukanya. Sebuah cincin emas putih bertakhtakan berlian kelihatan terletak kemas. Atiqah terpana.

"Atiqah, will you be mine? Forever and ever? Accept me to be your lover?"lamar Achik. Atiqah terkesima. Air matanya menitis lantas mengangguk perlahan. Key tidak membuang masa menangkap beberapa keping gambar kenangan. Dan saat Achik menyarungkan cincin itu lah permulaan detik bagi Atiqah menjadi milik Achik. Ima dan Abil menepuk tangan tanda gembira. Key pula tersenyum puas.

"Awak, adakah awak serius ingin mengambil saya sebagai teman awak?"soal Atiqah ketika Achik menyarungkan cincin ke jari manisnya.

"Awak, tak perlulah awak ragui ketulusan saya sebab saya memang maksudkannya. I love you. I really do,"ucap Achik penuh perasaan. Achik lantas berdiri dan menepuk tangannya 2 kali. Muncul 3 orang gadis sambil membawa sejambak bunga, sekotak coklat dan sebuah teddy bear serta sambil menyanyikan lagu Kimia nyanyian Melda Ahmad lantas memberinya kepada Achik. Achik menghulurkannya kepada Atiqah.

"Sudikah kiranya awak terima sekeping hati saya?"soal Achik kepada Atiqah.

"Ye awak, saya sudi!"jawab Atiqah. Air matanya mengalir menandakan kegembiraan. Ima, Key dan Abil tersenyum menandakan kegembiraan. Achik juga. Manakala bagi Atiqah, inilah permulaannya sebagai orang baru dan sebagai teman hidup Achik.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment