Followers

14 January 2011

Pengkid Dan Normal #4

Key duduk menghadap televisyen. Dia berasa lega kerana hujung minggunya lapang tanpa sebarang kelas dan assignment kerana apabila hampir final exam, lecturer jarang memberikan sebarang assignment. Dia khusyuk menonton kartun Ben 10 kegemarannya. Walaupun umur menginjak ke angka 19, namun satu habit kanak-kanak yang tidak boleh diubah ialah menonton kartun.

"Bie, khusyuk nampak?"tegur Ima apabila melihat Key yang begitu khusyuk menonton Ben 10 tanpa menyedari kehadirannya.

"Eh, sorry syg. I tak perasan U balik. Sorry,"ucap Key. Ima menarik muka masam lantas duduk di sebelah Key. Dia buat-buat merajuk.

"Sampai hati U kan. Sebab Ben 10 jeh U lupa terus pada wife U ni. Sampai hati !"luah Ima dengan nada gedik minta simpati.

"Sayang, I minta maaf okay. Jangan lah macam ni. I tengok Ben 10 tapi I fikirkan U. Rindu ni dekat U. Tu yang I ta sedar U dah balik. I minta maaf sayang,"pujuk Key bersungguh-sungguh.

"Betul ni? U tak tipu I?"Ima meminta kepastian. Key mengangguk laju. Sekali-sekala bohong sunat apa salahnya kan. Key tidak mahu Ima merajuk.

"Sayang, lapar ni. Jom lah pergi makan,"ajak Key mengubah topik. Ima berfikir sejenak sebelum memberikan persetujuan. Key tersenyum.

"Nak makan kat mana bee?"soal Ima. Key terdiam. Dia berfikir di mana lokasi sesuai untuk dia dan Ima dinner. Tekaknya terlalu inginkan pizza.

"Pizza Hut jom?"

Ima hanya mengangguk kerana dia juga sudah lama tidak makan pizza. Dia lantas bangun dan bersiap. Begitu juga Key. Key memakai kemeja kotak-kotak dipadankan dengan jeans serta belt kulit. Dia menyisir rapi rambutnya dan perfume Adidas di sembur. Ima pula memakai t-shirt ladies cutting dengan jeans legging. Rambutnya dibiar lepas dan hanya disisir rapi. Perfume DKNY disembur.

"Wanginya sayang I ni,"puji Key sambil memeluk Ima dari belakang. Ima tersenyum malu. Key mengucup pipi Ima, lama. Dia begitu sayangkan Ima walaupun dia tahu perasaan ini salah.

"Bie, jom lah. I lapar dah ni. U ni kalau dah macam ni nanti tak makan kita tau,"ujar Ima. Dia sebenarnya suka diperlakukan begitu. Bau Key sangat wangi dan sebati dengan dirinya. Namun, dia begitu lapar. Oleh sebab itu, dia mengingatkan Key. Key ketawa kecil.

"Ish sayang ni. Lapar sangat ye? Jom lah kita gerak sekarang. Kesian dia lapar ye?"usik Key. Ima tersenyum malu.

*************************

Ayu berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Dia sangat geram dengan berita yang baru diberitahu oleh sahabat baiknya, Debby. Berita yang sangat menyentap hati dan perasaannya! Dia mencapai Blackberry Torchnya. Dia mendail number seseorang.

"Hello, Izhar here,"

"Iz, macam mana ni? Macam mana boleh jadi macam ni?"soal Ayu tidak puas hati.

"Apa yang kau tak puas hati sekarang ni weh? Aku nak buat macam mana lagi. Benda nak jadi dah,"jawab Izhar selamba.

"Kau pun tahu kan, aku nak sangat dekat Key tuh. Macam mana kau jaga Ima ha? Sampai dia boleh couple dengan Key?"ujar Ayu tidak puas hati.

"Jangan nak salahkan aku. Time aku dengan Ima haritu kau sibuk je ajak aku ke hulur ke hilir sampai aku takde masa langsung nak spent time dengan Ima. Now, dah jadi macam ni. Nak salahkan aku pula?!"balas Izhar tegas. Ayu terdiam .Dia tidak mahu mengalah.

"Ah, semua ni alasan kau lah!"bentak Ayu lantas mematikan panggilan. Ayu sebenarnya sudah lama memendam perasaan terhadap Key. Walaupun dia tahu Key seorang perempuan, namun hatinya tidak boleh menolak bahawa Key menarik perhatiannya. Key kemas dalam penampilan. Santun dalam percakapan. Lembut dalam melayan karenah orang sekelilingnya. Dia sudah lama cuba menarik perhatian Key.

Ayu ingat lagi sewaktu dia mendapat tahu bahawa Key serumah dengan Ima. Dia tidak khuatir kerana waktu itu Ima couple dengan Izhar, abang Ayu sendiri! Namun, kini dia mendapat tahu bahawa Key sudah jatuh ke tangan Ima! Ayu tidak puas hati. Mengapa dengan mudah Key jatuh ke tangan orang seperti Ima. Sedangkan dia berpendapat bahawa dia lebih layak!

Ayu meneliti penampilannya di hadapan cermin. Dia yang hanya memaki baju tidur tanpa seluar tersenyum sendiri. "Aku ni lebih seksi, lebih cantik, lebih menarik dari Ima. Kenapa kau pilih Ima? Kenapa kau tak pilih aku? Kau tak nampak ke bahawa aku yang lebih layak?!" bentak Ayu. Airmatanya mengalir perlahan. Ayu terduduk dan menangis teresak-esak.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment