Followers

20 January 2011

Pengkid Dan Normal #5

Key berjalan menuju ke sebuah bangku di tempat yang dijanjikan oleh dia dan Achik. Dia melihat kelibat Achik yang sudah terlebih dahulu sampai.

"Achik, sorry aku lambat. Ada hal sikit tadi,"ucap Key. Achik tersenyum. Akhirnya orang yang dinanti telah tiba. Sahabat sejatinya.

"Takpe bro. Aku faham. Kau dengan Ima apa kes? Okay?"soal Achik sekadar berbasa-basi.

"Aku dengan Ima okay je. Alhamdulillah. Dah nak masuk 2 bulan dah kami bersama. Apa kes kau ajak aku ke mari? Macam ada hal penting je bunyinya tadi."

"Aku nak minta pendapat kau ni. Sebab kau yang faham aku dan kau je yang aku percaya,"ujar Achik. Matanya tidak lepas memandang sekumpulan kanak-kanak yang sedang berlari riang. Dia rasa rindu pula pada zaman kanak-kanaknya yang penuh suka dan duka.

"Apa dia? Macam berat je bunyinya,"soal Key, mula rasa curiga dengan kata-kata Achik.

"Macam ni, aku ada kenal seorang girl ni. Dia ni baik. Dekat 2 bulan juga lah aku kenal dia. Sopan, lembut je, dulu dia free hair now dia dah bertudung, ikut cakap, comel pula tuh."ujar Achik. Dia bingkas bangun dan berjalan perlahan menuju tebing tasik. Dia melepaskan keluhan lemah. Key bangun dan menghampiri Achik.

"Jadi, apa masalahnya sekarang ni?"soal Key.

"Aku suka dia. Aku nak dia. Aku betul-betul dah sukakan dia. Takde yang boleh ganti dia dah. Even time aku couple dengan Ummi pun takde lah sampai macam ni,"jawab Achik. Key tergelak kecil. Achik memuncung. Ada ke patut si Key ni gelakkan dia.

"Apa pasal kau gelak ha? Aku serius ni,"bentak Achik. Key menyudahkan ketawanya yang masih bersisa. Dia mengesat hujung matanya yang berair kerana terlalu seronok gelak.

"Takde lah weh. Aku ingat sebab apa lah tadi. Kalau suka, terus-terang je lah. Nanti melepas baru tahu,"nasihat Key. Achik tunduk.

"Kalau lah mudah. Aku memang nak sangat! Nak je aku luahkan. Tapi, apakan daya. Aku takut direject lah weh,"luah Achik. Mukanya penuh dengan kegusaran.

"Bro, kau belum cuba lagi kan. Macam mana kau nak tahu keputusannya. Cuba dulu bro. Kalau di reject, cari je lain. But, aku yakin. Dia akan terima kau. Trust me,"nasihat Key lagi. Achik menarik nafas dalam dan menghembus kuat. Ibarat masalah terlalu berat menghantuinya. Achik tersenyum lega.

"Thanks Key sebab dah yakinkan aku. Aku akan cuba sedaya upaya aku. Doakan aku ye,"ucap Achik. Key tersenyum nipis.

"Kitakan kawan. Chill up bro!"Key memberi semangat pada Achik. Achik senyum nipis. Dia mengangguk perlahan.

"Thanks bro!,"ucap Achik. Key tersenyum.

***************************************

"Atiqah, kau dah kenapa? Mencuka je muka?"tegur Nabilah, classmate Atiqah. Atiqah tersenyum nipis.

"Mana ada. Aku okay je lah. Mana ada mencuka. Kau ni, saja je kan,"dalih Atiqah. Nabilah ketawa kuat. Dia sudah lama kenal Atiqah. Sejak zaman sekolah lagi, mustahil dia tidak tahu apa yang mengganggu fikiran Atiqah.

"Babe, kau boleh tipu semua tapi tidak Nabilah okay. Aku tahu. There must be something you keep hiding from me right?"duga Nabilah. Air mata Atiqah menitis perlahan lantas mengalir laju. Terdengar sendu dari suaranya.

"Ehh babe, kenapa menangis nih. Sorry kalau aku ada silap kata,"ucap Nabilah. Mula terbit rasa bersalah dalam dirinya. Dia juga turut menangis kerana penderitaan Atiqah turut dirasainya.

"Eh, kenapa kau pula yang menangis ni?"soal Atiqah, pelik.

"Yela, dah kau menangis. Aku pun join the club lah. Sedih nih,"jawab Nabilah. Atiqah tergelak.

"Kau ni kan, time aku sedih laa kau nak buat lawak,"ujar Atiqah. Tangisannya masih bersisa namun sudah reda. Nabilah turut sama ketawa.

"Okay now, cerita cepat!"arah Nabilah. Atiqah tersenyum. Dia sangat beruntung mempunyai kawan seperti Nabilah. Seorang yang memahami, ceria dan kelakar. Tidak kering gusi dibuatnya.

"Aku rasa aku dah jumpa pengganti Am laa,"ujar Atiqah. Nabilah ternganga.

"What?! Kau biar betul? Siapa orangnya? Pengkid ke? Handsome tak? Umur ?Orang mana?"soal Nabilah bertubi-tubi.

"Kau ni, tak menyabar betul. Dia pengkid stay sini juga. Esok aku nak meet dia. Dia kata ada hal nak bagitahu. Nama dia Achik. Handsome juga. Muda setahun dari kita,"jawab Atiqah.

"Wah, yeke? Nak tengok juga muka dia. Ada gambar?"soal Nabilah lagi.

"Ada, kejap ye,"jawab Atiqah sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekan punat telefon bimbitnya lantas menyuakan ke arah Nabilah.

"Wah, handsome. Chinese ke?"

"No laaa. Dia melayu. Tapi, kacukan cina,"jawab Atiqah. Nabilah mengangguk perlahan persis anak kecil.

"Semoga berjaya esok!"ucap Nabilah. Atiqah tersenyum. Dia sendiri tidak mengerti dengan perasaannya. Dia rindukan Achik, namun dia risau tentang hari esok. Akhirnya dia hanya tesenyum nipis.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment