Followers

10 January 2011

Pengkid Dan Normal #3

Achik duduk termenung menghadap tasik Putrajaya. Sesekali dia melihat jam di pergelangan tangannya. Kedengaran suaranya mengeluh. Sesekali dia meraup wajahnya. Tasik itu dipandang tak lepas.

"Saudara, boleh saya tumpang duduk di sini?"seorang gadis menegur Achik. Achik kaget namun dia berlagak cool. "Kerusi lain semua penuh lah,"sambung gadis tadi. Achik hanya mengangguk.

"Sila lah duduk. Ini kan kerusi awam. Saya tiada hak nak halang pun,"jawab Achik. Gadis tadi tersenyum. 'Perempuan rupanya,'ujar perempuan tersebut dalam hati. Dia lantas duduk menghadap tasik. Sepi membelenggungi mereka. Kedengaran Achik mengeluh lagi.

"Kenapa saya tengok awak macam ada masalah je?"soal gadis itu memecahkan kebuntuan.

"Oh, takde apa lah. Saya okay saje. By the way, saya Achik. Dan anda?"soal Achik kembali.

"Atiqah,"jawab gadis itu perlahan. Achik tersenyum. Dia melihat penampilan Atiqah. Ayu memaki baju kurung. Rambut Atiqah yang panjang mengurai dibiarkan lepas. Sesekali kelihatan Atiqah menyelak rambut yang menutup mata. Achik tersenyum sendiri.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?"soal Atiqah selepas agak lama membisu.

"Eh, takde lah. Takde apa-apa,"jawab Achik. Dia malu sendiri. Kedengan Atiqah ketawa perlahan. Achik menoleh ke arah Atiqah.

"Kenapa awak ketawa?"soal Achik pula.

"Awak lah. Comel,"puji Atiqah. Mukanya memerah. Achik terpana.

"Kenapa awak di sini?"soal Achik.

"Saya baru clash. Dengan pengkid saya,"jawan Atiqah jujur.

"Kenapa clash?"soal Achik lagi.

"Dia ada girl lain. Jadi, saya undur dirilah,"jawab Atiqah. Achik hanya mengangguk-angguk. Dia senyum sendiri lagi. Atiqah menoleh melihat Achik. Pada pandangan Atiqah, Achik kelihatan kemas dan comel. Achik segak mengenakan t-shirt hitam, seluar jeans lusuh dan kasut crocs. Rambut Achik di gel kemas dan di gayakan mengikut trend terkini.

"Sekarang, kenapa awak pula yang pandang saya?"soal Achik, mengenakan Atiqah.

"Mana ada!"bidas Atiqah, blushing. Achik ketawa perlahan. 'Aduh, comel pula dia nih. Geramnya aku!'kata hati Achik mula memainkan peranan.

"Awak, if tak keberatan. Boleh tak kita tukar-tukar number?"soal Achik memberanikan diri. Atiqah terdiam. Lama.

"Boleh, apa salahnya kan? Bagi lah number awak. Saya misscall,"jawab Atiqah. Achik tersenyum puas.

***************************

"Key, aku nak cakap sikit. Boleh?"soal Ima ketika mereka sedang duduk menghadap televisyen. Jantung Key mula berdebar.

"Apa...apa dia?"soal Key kembali. Dia risau kalau kalau Ima tak suka dengan statement dia malam semalam.

"Ima dah break dengan Izhar dan sebenarnya untuk pengetahuan Key, Ima pun sayang Key. Sayang sangat sangat!"jawab Ima jujur.

"Sayang yang macam mana tuh,"soal Key lagi. Hatinya mula berlagu riang.

"Macam mana Key sayang Ima, macam tu lah Ima sayang Key,"jawab Ima lagi. Key tersenyum puas. Lantas, melutut di hadapan Ima. Ima terdiam.

"Kenapa Key?"soal Ima pula. Hatinya berdebar-debar.

"Will you be mine?"lamar Key. Ima terpana namun dia tidak mahu melepaskan peluang di hadapan mata.

"Yes, i will,"jawab Ima laju. Mereka ketawa .Key mengucup dahi Ima. Hatinya terasa bahagia.

Suka Tak Suka ?

2 comments:

Post a Comment