Followers

27 December 2011

Pengkid Dan Normal #22

Ima khusyuk menyiapkan kerja yang baru diberikan oleh majikannya. Berkerja sebagai akauntan di syarikat besar adalah impiannya sejak kecil. Dia tertarik dengan suasana pejabat itu sendiri. Jadi, dia lebih bersemangat untuk melaksanakan segala tugas dan lebih bersemangat untuk pergi ke tempat kerja saban hari. Sudah lebih 3 bulan dia berkerja di syarikat milik Datuk Amin. Dan itu memberikan dia ruang untuk melupakan segala apa yang telah berlaku setahun lalu. Dia masih ingat lagi hari itu, kali terakhir dia berjumpa kekasih terlarangnya. Kini, semua tinggal kenangan. Masih dia simpan semua gambar mereka bersama. Masih dia jadikan gambar bersama itu gambar latar telefon bimbitnya. Masakan dia lupa, kenangan terindah itu.

"Ima, jom lunch?"ajak Azie, rakan sepejabat Ima.

"Takpelah Azie. Kenyang lagi ni. Lagipun banyak lagi kerja ni,"tolak Ima.

"Kau ni kan. Kerja tu berpada lah. Jangan sampai abaikan makan minum. Sekarang waktu makan kan? Jadi, jom pergi makan!"arah Azie. Ima tersenyum kecil. Walaupun Azie baru dikenalinya, namun gadis itu amat jaga makan minum Ima.

"Baiklah cik Azie ku sayang. Jom pergi makan jom. Tapi, kau belanja aku lah. Boleh?"usik Ima.

"Demi nak tengok kau makan, apa salahnya! Aku sanggup lah. Tengok, betapa baiknya aku ni,"seloroh Azie.

"Perasan lah kau Azie oi!"balas Ima. Mereka tergelak.

"Kau nak tahu tak? Tak lama lagi, anak boss kita akan ambil alih tempat boss kita sekarang,"ujar Azie sewaktu mereka berjalan menuju ke kafe.

"Anak boss? Siapa? Lelaki ke perempuan?"soal Ima sekadar berbasa-basi.

"Lelaki. Tapi, aku lupa lah pula namanya siapa,"jawab Azie sambil mengambil lauk-pauk yang dia berkenan. Ima hanya mengangguk. Handphone Ima berbunyi. Dia lantas menjawab panggilan dari number yang tidak dikenalinya itu.

"Hello,"ujar Ima.

"Assalamualaikum, Ima."

"Ye, siapa ni ye?"soal Ima.

"Ni Key lah. Ingat lagi tak?"Ima terpana sebentar.

"Oh, Key. Ada apa ya?"balas Ima, berlagak slumber seolah olah tiada apa.

"Takde lah. Ingat nak jumpa Ima by this evening. Boleh? Lama dah tak borak sama. Achik dan Atiqah join sekali,"pelawa Key.

"Yeke? Boleh saja. Dekat mana?"soal Ima lagi.

"Dekat rumah sewa kita dulu. Ingat lagi kan?"

"Ingat dan tak pernah lupa. InsyaAllah petang ni Ima sampai,"ujar Ima. Setelah memberi salam, Ima mematikan panggilan.

"Siapa call kau? Lain macam muka kau jawab panggilan tuh,"soal Azie yang mula curiga.

"Ex aku,"balas Ima selamba.

"Pengkid tu?"soal Azie lagi.

"Yup. Tapi, dia dah straight lah,"jawab Ima lantas menyedut milo ais yang dipesannya. Sejak dia kenal Key, dia mula meminati milo ais kerana itu adalah minuman kegemaran Key.

"Wow! Kau biar betul?"soal Azie seolah tidak percaya.

"Betul lah. Kau ingat aku main-main ke?"

"He he he. Janganlah marah. Aku tak percaya je,"ujar Azie serba salah apabila dia lihat muka Ima berubah.

"Tahu takut." Mereka berdua tertawa perlahan. Ima berbelah bahagi sekarang. Dia rindukan Key. Dia tidak sabar untuk bertemu Key. Namun, sakit rasanya bila berjumpa hanya sebagai kawan dan bukan lagi kekasih. Bagaimana harus dia hadapinya?

******************

"Sayang, are you sure you can drive by your own?"soal Hakimie pada Key.

"Why not? Tak percayakan saya ye?"jawab Key dengan soalan.

"Bukan macam tu. Cuma, it's been a long time since the last day you drive by your own. Selama ni kan saya yang hantarkan ke mana saja. Are you sure?"

"Kimie, kalau saya tak drive sia-sia je lah lesen yang saya ada. Please, izinkan saya drive sendiri,"pujuk Key. Hakimie mengeluh kecil. Dia tahu, dia kalah dengan pujuk rayu Key.

"Okay sayang. But, please. Carefully!"nasihat Hakimie. Key tersenyum apabila dia berjaya pujuk cik abang sayang yang sorang tu.

"Ye lah sayang. Saya drive hati-hati,"sengaja Key memanggil Hakimie dengan panggilan itu. Dia tahu, Hakimie mudah cair namun bertempat.

Hakimie tersenyum sendiri. Dia rasa sungguh bahagia dengan kehadiran Key. Malah, dia lebih bersemangat membuat segala kerja. Semuanya kerana Key.

Setelah mematikan panggilan, Key lantas bersiap siap. Dia hanya mengenakan jeans dan tshirt lengan pendek. Cardigan hitam dikenalah. Pashmina pemberian Hakimie digunakan untuk menutup rambut dan lehernya. Ya, dia berubah. Alhamdulillah hatinya dibuka untuk berubah. Sedikit perfume DKNY disemburkan. Mukanya juga berbedak nipis. Setelah puas hati, Key terus menuju ke rumah sewa lamanya bersama Ima satu masa dahulu.

Sampai sahaja di rumah sewa, Key lantas membuka kunci. Dia perlu mengemaskan sedikit rumah itu kerana sudah lama ianya tidak didiami oleh sesiapa. Dia sekarang pula menetap di asrama institut pengajiannya. Lebih mudah dan menjimatkan.

Sedang Key mengemas rumah, handphonenya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dia yakin pesanan itu dari Hakimie.

-sayang, dah sampai ke?- soalan yang diterima daripada Hakimie. Key tersenyum nipis melihat telatah Hakimie yang asyik risaukan akan dirinya.

-dah sampai dah. baru je sampai ni ha. kejap ye. nak kemas kemas. rumah dah berhabuk dah. meh lah datang tolong :( - Key membalas pesanan Hakimie sambil tersengih-sengih. tak lama kemudian pesanan Hakimie masuk lagi.

-amboi, rajinnya anak dara sorang ni. nanti saya sampai ye. awak tunggu tau.- balas Hakimie. Key terkejut. Ah, sudah. Buat kerja gila mamat ni.

-eh, tak payah! awak kan tengah kerja. saya main-main aje lah.-balas Key pula.

-haha! saya tahu. saje je nak usik awak. dah agak dah awak mesti tak bagi-Hakimie pula membalas. Key tersenyum sendiri melihat text yang dibalas oleh buah hatinya itu. Dia benar benar jatuh cinta sekarang!

"Amboi, senyum sorang-sorang ye cik kak!"

"Omak kau!"latah Key. Achik dan Atiqah ketawa mengekek mendengar Key melatah.

"Korang ni kan! Saje je kan nak kenakan aku!"marah Key.

"Pergh, ayu gila Key sekarang!"ujar Atiqah yang sedikit terkejut melihat Key.

"Kalau ye pun nak perli aku, agak agak lah kan,"balas Key, sedikit marah. Namun, dia hanya bergurau.

"Serius weh! Lain gila kau sekarang. Mentang-mentang ada abang sayang kan,"ujar Achik pula. Key hanya ketawa kecil.

"See, ketawa pun dah sopan!"ujar Atiqah. Mereka bertiga lantas ketawa.

"Assalamualaikum." Mereka bertiga senyap dan memandang ke arah pintu.

to be continued...

p/s : sorry lama gila tak update . perghhh~ maaf maaf ! :D

Suka Tak Suka ?

4 comments:

Anonymous said...

to be continued???

Jiggy said...

yup . kenapa ?

Anonymous said...

ble lg nk continue?

Jiggy said...

I'm on my way :)

Post a Comment