Followers

05 April 2012

Pengkid Dan Normal #23

Key tersenyum sendiri menghadap laptopnya. Dia melihat semua gambar-gambar yang sempat mereka ambil sewaktu berjumpa kelmarin. Satu persatu dilihatnya sambil tersenyum. Melihat telatah Achik dan Atiqah. Dan juga Ima. Ima hanya tersenyum disetiap gambar. Terbit rasa bersalah dalam diri Key namun apakan daya. Dia tidak mahu terjebak dalam dunia lamanya. Biarlah dia berubah.

"Oi, apa senyum sorang sorang ni?"sergah Hakimie.

"Oi!"Key melatah lantas mendengus marah. Hakimie hanya ketawa besar melihat telatah Key.

"Tak reti nak bagi salam ke Doktor Hakimie?"marah Key. Namun dia tersenyum nipis.

"Reti lah wahai cik adik manis Aqilah ku sayang,"usik Hakimie. Key ketawa kuat. Hakimie ni memang suka mengusik tak kira tempat dan masa.

"Doc, sudah lah tu ye. Meh sini tengok gambar saya dengan kawan-kawan saya,"ujar Key yang tidak mahu Hakimie terus terusan mengusik dia.

"Oh, gambar awak jumpa 'kekasih lama' tu ye?"

"Definitely right! 10 markah untuk anda,"ujar Key sambil menarik laptopnya agar berada dalam posisi yang sesuai untuk mereka lihat bersama.

"Wah, cantiknya sayang saya ni. Makin jatuh hati saya dibuatnya,"usik Hakimie sekali lagi sambil menatap gambar Key.

"Oi, jangan tatap lama-lama lah. Dosa!"balas Key lantas menukar gambar yang sedang dipaparkan.

"Sayang, jom kahwin. Saya dah tak boleh sabar lah ni,"usul Hakimie. Key terpana.

"Biar betul?"

"Betul sayang. Saya nak jadikan awak yang sah di sisi saya. Saya nak awak jadi yang halal untuk saya,"ujar Hakimie sambil memandang tepat ke arah Key. Key tertunduk malu.

"Kalau dah nak sangat, saya ni masih ada ibu abah. Islam pula tu. Buat ikut hukum agama okay?"balas Key perlahan. Mukanya merona kemerahan. Hakimie tersenyum nipis.

"Minggu depan rombongan sampai!"kata Hakimie, yakin. Key terpana.

"Awalnya?"

"Itu kira paling lambat lah tu. Minggu ni awak jumpa parents saya dulu ye. Saya nak kenalkan awak dengan lebih dekat dengan family saya,"Hakimie menyampaikan agendanya.

"Amboi, dah plan awal awal ke ni!"Key terpinga-pinga sekejap.

"Yelah sayang. Saya serius ni nak kahwin dengan awak,"ujar Hakimie lembut dan romantis. Key tersenyum nipis. Dia lantas mengangguk perlahan tanda setuju dengan cadangan Hakimie.

"Yes!"jerit Hakimie sambil melompat kecil. Namun, dia lantas duduk apabila tersedar dirinya ditempat awam. Ada sepasang suami isteri memandang mereka dengan pelik.

"Dia terima lamaran saya!"laung Hakimie pada pasangan tersebut. Lelaki itu menunjukkan ibu jarinya menandakan syabas.

"Awak! Malu lah saya macam ni,"ujar Key sambil mencubit peha Hakimie.

"Sorry awak. Saya bahagia sangat ni,"balas Hakimie. Key hanya menggeleng perlahan melihat telatah Hakimie namun dia lantas ketawa. Begitu juga dengan Hakimie.

*******************************

IMA berjalan pantas menuju ke lif. Dia terlambat untuk masuk kerja. Jam sudah menunjukkan 7.50 pagi. Kalau tidak kerana keretanya rosak, sudah tentu dia boleh sampai lagi awal. Lagi 10 minit masa yang ada untuk dia sampai ke pejabat. Dia cuma berharap bos barunya tidak sampai lagi.

"Azie, bos dah masuk ke?"soal Ima sebaik tiba di mejanya yang menghadap meja Azie, rakan sekerjanya.

"Dah lah weh. Kau kenapa lambat? Bos baru ni disiplin tinggi gila. Mood dia macam tak berapa okay je. Dia cari kau tadi,"jawab Azie. Ima menepuk dahi.

"Kereta aku rosak lah. Aku pun nak cepat tadi. Benda nak jadi kan. Kenapa dia cari aku?"soal Ima lagi sambil mengeluarkan komputer peribadinya.

"Aku tak tahu. Tapi, aku peliklah. Mana lah bos tahu nama kau. Sedangkan dia baru first day kat sini,"jawab Azie lagi. Ima mengerutkan dahi. Aneh! Bos dia pasang saka ke memerhatikan tindak tanduk semua pekerjanya?

"Ima, bos panggil,"sampuk Adibah, setiausaha bos.

"Bos nak apa, Kak Dib?"soal Ima.

"Akak pun taktahu lah Ima. Dari tadi dia asyik tanya mana kau. Lepas tu bila dapat tahu kau dah sampai, dia terus suruh akak panggil. Penting katanya. Jom lah cepat. Karang akak pulak yang kena marah,"jawab Adibah panjang lebar. Ima hanya mengangguk lemah sambil mengikut langkah Adibah.

Adibah mengetuk pintu bilik CEO syarikat tersebut. Ima membaca nama yang tertera. Muhammad Izhar Bin Datuk Johari. Macam dia kenal nama tu. Familiar 2 3 macam je. Dia mula tak senang duduk.

"Masuk!"kedengaran arahan tegas dari dalam bilik.

"Bos, cik Ima Aqeera dah sampai,"ujar Adibah. Ima meneguk air liur. Apesal lain macam je aura yang dia rasa datang dari bilik tu.

"Suruh dia masuk. Awak boleh sambung kerja awak, Adibah,"balas empunya suara, dingin.

"Ima masuk lah. Akak buat kerja dulu. Good luck,"ucap Adibah kepada Ima sambil mengenyitkan mata, nakal. Ima tersengih. Dia melangkah ke dalam bilik majikannya perlahan. Dia berdiri tegak menghadap bossnya yang duduk membelakangi dia. Bersedia menunggu arahan seterusnya.

"Awak dah lama kerja kat sini?"soal boss baru Ima.

"Dah 2 tahun, boss,"jawab Ima perlahan. Ni apa kes ni. Sibuk nak tahu aku kerja berapa lama. Nak berhentikan aku ke apa? Aku ada buat salah ke? Getus hati Ima.

"Oh, lama juga. Seronok kerja kat sini?"soal boss baru Ima sambil berpusing menghadap Ima. Ima menelan air liur. Terasa kelat. Izhar!

"Iz?"terkeluar perkataan itu perlahan. Izhar tersenyum.

"Nope. I'm Har. And I am your boss. So, please be formal,"ujar Izhar tegas. Ima tergamam. Dia terlepas cakap dan sekarang kena fire sedas. Pedih.

"So, kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar ye cik Ima Aqeera,"ujar Izhar lagi. Ima mula rasa sakit hati dan marah.

"Jangan ingat boss ni boss, boss boleh suka suka hati panggil saya semata mata nak memperkenalkan diri boss. Boss sendiri tahu, masa yang saya ada untuk buat banyak kerja, banyak dah dihabiskan untuk berdiri di sini dan menghadap boss tanpa ada alasan yang kukuh. Benda ni sekali gus boleh menyebabkan muncul gosip liar dan saya tahu boss tak mahu benda tu terjadi. Dan ye, please be formal in whatever you do Mr. Izhar. Even for introducing yourself to your own worker. Assalamualaikum," marah Ima berjela lantas melangkah keluar. Izhar terdiam. Lantas, dia tersenyum. Not bad.

"Apa dia ingat dia boss dia boleh buat ikut suka ke ha? Aku ni punyalah cuak nak menghadap. Ergh!"bebel Ima sendirian sepanjang perjalanan kembali ke mejanya. Dia duduk di kerusi dengan menghempaskan tubuhnya tanda protes. Tiba-tiba dia menjadi sayu. Izhar, kekasih lamanya yang ingin dia lupakan namun berjaya menambat hatinya sebelum hilang dalam satu tempoh yang lama. Dia tidak sangka, dia akan berjumpa kembali dengan Izhar. Jodoh ke? Kata hati Ima sebelum dia tersenyum sendiri.

"Kau ni dah sewel ke Ima? Dok sengih sorang - sorang,"soal Azie. Ima tersedar dari lamunan, tersipu malu.

"Mana ada aku sengih. Kau ni pun,"jawab Ima lantas menyusun fail yang bertimbun atas meja. Entah bila fail tu muncul dia sendiri tak tahu.

"Eleh kau ni. Lepas jumpa boss handsome terus sengih sampai tak ingat dunia ye,"sakat Azie. Ima mencerlung ke arah Azie.

"Jangan kau sebut perkataan itu lagi. Aku alergi!"balas Ima tegas. Mengekek Azie ketawa melihat reaksi Ima. Pipi Ima yang kemerahan menjadi bukti.

"Ah, kau alergi apa? Alergi dengar? Tu yang muka terus merah tu kan?"sakat Azie. Ima lantas memegang pipinya. Dia malu sekarang ni.

"Kau jangan nak macam macam lah weh. Aku mana ada apa-apa. Dah, aku nak buat kerja ni. Layan kau ni, sampai esok kerja aku tak siap,"balas Ima, tegas. Dia lantas menyumbat telinganya dengan earphone dan terus menumpukan perhatian kepada kerja-kerjanya yang bertangguh. Dalam erti kata lain, dia tak mahu diganggu. Azie ketawa melihat respond Ima. Dia tahu, there's must be something wrong somewhere.

to be continued. . . .

p/s: dah nak habis lah kot cerita ni . hehehehe maaf lambat je update :)

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment