Followers

29 May 2011

Pengkid Dan Normal #19

Key mula terasa bosan menghadap televisyen yang sedang menyiarkan siaran Malaysia Hari Ini. Bukannya isu yang tidak menarik cuma dia bosan terperap di hospital. Dia masih lagi perlu di tahan untuk menjalani rawatan lanjut. Walaupun sudah sedar, pihak hospital perlu memastikan bahawa tiada sisa kanser yang tinggal. Sudahlah dia sendiri tak benarkan sesiapa melawat. Dia rasa sudah sampai masanya dia dengan Ima mencari haluan masing-masing. Ima sudah matang, sudah sampai masanya Ima mencari lelaki untuk hidupnya. Key tidak mahu dia menjadi punca keengganan Ima mencari lelaki lagi. Dan bagi Key sendiri, sudah sampai masanya untuk dia berubah. Apa yang dialaminya dijadikan iktibar. Dia bersyukur masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi yang nyata.

"Selamat pagi, Key,"tegur Hakimie. Hakimie masih tidak jemu melawat Key di hospital. Walaupun hari ini dia cuti. Dia juga tahu latar belakang Key. Masa silam Key. Sedikit pun dia tidak kisah. Dia ingin tahu lebih mengenai Key.

"Doktor, selamat pagi,"balas Key sambil memberikan senyuman manis.

"Awak lupa ye Key? Kan saya dah pesan, kalau saya cuti panggil saya Kimie je. Tak perlu nak panggil doktor,"pesan Hakimie.

"Ala, dah terbiasa. Maaf maaf,"balas Key lagi. Hakimie tersenyum nipis. Di tangannya ada sekotak coklat Ferrero Rocher. Dihulurkan pada Key.

"Eh, apa ni Kimie?"soal Key buat buat tak faham.

"Ambil lah. Buah tangan untuk awak,"jawab Hakimie. Lambat Key menyambutnya.

"Te te terima kasih Kimie,"ucap Key. Dia pasti mukanya merona kemerahan sekarang.

"Sama-sama. Macam tu lah. Dengan saya awak tak perlu malu ye,"usik Hakimie. Lantas, satu pukulan hinggap di pehanya.

"Aduh, sakit lah Key. Apa ni main pukul? Nak kena ye?"ujar Hakimie sambil tersenyum nakal. Key mati kata. Dia hanya tersengih. Matanya dituju ke kaca televisyen.

"Kenapa diam je ni? Tak sudi nak cakap dengan saya ke cik adik?"soal Hakimie.

"Bukan lah."

"Habis tu?"

"Cuma sedang berfikir."

"Fikir apa?"

"Kenapa awak selalu sangat lawat saya ye? Awak takde kerja lain nak dibuat ke?"usik Key pula. Hakimie ketawa besar.

"Saya selalu lawat awak sebab saya suka. Bila dah suka lawat awak, ada kerja lain pun boleh jadi takde kerja langsung,"ucap Hakimie. Key tersipu malu.

"Ada ada je lah awak ni Kimie,"balas Key.

Hakimie tersenyum. Matanya tidak lepas dari memandang Key. Sungguh, dia tertawan melihat seraut wajah yang sayu itu. Apatah lagi saat Key tersenyum. Dirinya seolah kembali ke masa silam. Masa di mana dia masih bermadu kasih bersama kekasihnya yang telah tiada.

"Kenapa tengok saya macam tu?"soal Key apabila dia lihat Hakimie memandangnya tanpa berkelip.

"Salah ke? Tengok ciptaan Illahi yang indah?"soal Hakimie kembali. Tangannya menongkat dagu di atas katil sambil matanya melihat seraut wajah milik Key.

"Ish dia nih. Cubit nak? Jangan lah pandang macam tuh,"marah Key. Hakimie hanya tersenyum namun dia tidak berganjak. Key mencubit kuat lengan Hakimie. Hakimie mengaduh kuat.

"Adoi, sakit lah,"rengek Hakimie sambil menggosok-gosok tangannya yang terasa perit akibat dicubit oleh Key. Key ketawa mengekek.

"Padan muka. Orang dah bagi amaran kan. Degil sangat,"ejek Key. Ketawanya bersisa.

"Takpe takpe. Ada ubi ada batas. Ada hari orang balas,"kata Hakimie. Key hanya tersengih. Lantas Hakimie menarik hidung Key sehingga kemerahan.

"Adoy! Sakit lah mangkuk!"aduh Key pula. Hakimie tergelak besar. Ini bukan pertama kali dia dipanggil mangkuk. Sudah tak terbilang oleh jari-jari ditangan dan kakinya.

"Kan saya dah cakap, saya balas. Padan muka balik!"ejek Hakimie pula. Key tergelak kecil. Walaupun seorang doktor, Hakimie di hadapan matanya kini tidak menampakkan langsung ciri-ciri seorang doktor.

"Agak-agak kan, bila saya boleh keluar? Rindu kelas lah. Lama dah tangguh. Memang kena tangguh satu semester lah gamaknya,"luah Key.

"Takpe lah. Insya-Allah tak lama je lagi awak boleh keluar. Pasal kelas tu, nampaknya awak memang kena tangguh satu semester lah,"ujar Hakimie.

"Bosan lah duduk sini lama-lama. Asyik hadap televisyen, nurse garang, ubat-ubat, jarum injection, dan muka awak. Bosannya!"bebel Key.

"Hello, muka ni juga lah yang hilangkan kebosanan awak tau. Kalau takde muka ni, boleh ke awak ketawa ha?"rajuk Hakimie. Key tergelak kecil sekali lagi.

"Alahai, tuan doktor kita ni merajuk ye? Apa lah lelaki besar merajuk. Ala busyuk busyuk,"pujuk Key sambil buat muka yang aneh. Hakimie cuba berlagak macho. Matanya di kalihkan ke arah televisyen.

Key mengambil peluang ini untuk menatap wajah Hakimie. Hakimie seorang yang kemas penampilannya. Rambut disikat rapi, cermin matanya terletak kemas. Tidak ada janggut atau misai yang serabut menghiasi mukanya. Bersih. Kulitnya tidak begitu cerah. Bila senyum, cukup manis bagi menawan hati seorang wanita.

"Apa ni pandang orang macam tu. Tahu lah orang ni handsome kan,"ujar Hakimie sambil ketawa.

"Eeeee, perasan betul! Perasannya!"cebik Key. Mereka berdua ketawa besar. Dan tanpa sedar mata mereka bertentangan. Key terdiam. Begitu juga Hakimie. Sinar mata Hakimie yang redup begitu menenangkan jiwa Key. Entah mengapa, dalam diam dia sendiri mengaku. Dia senang akan kehadiran Hakimie. Malah jika sehari jejaka itu tidak menjenguknya, dia akan jadi tidak keruan.

Hakimie akui, dia mula suka Key. Sehari dia tidak melawat Key, terasa jadual hariannya tidak sempurna. Dia akan cuba melawat Key walaupun hanya seminit dua. Melihat sendiri perkembangan positf kesihatan Key memuaskan hatinya. Adakah benar mereka sudah jatuh cinta?

****************************

Abil dan Achik khusyuk bermain permainan video. Masing-masing tidak mahu kalah. Manakala Atiqah dan Hani duduk bersembang di ruang tamu. Inilah aktiviti mereka di hujung minggu. Selalunya Key dan Ima akan turut serta. Namun, sejak Key ditahan di hospital segalanya berubah. Ima juga mula menunjukkan perubahan apabila sering duduk dirumah sahaja. Dia hanya keluar jika hendak ke kelas atau betul betul kecemasan.

"Sekarang dah tak meriah macam dulu kan?"soal Hani kepada Atiqah.

"Hmm, nak buat macam mana. Key pun masih belum boleh dilawat. Musykil betul I. Lama betul tempoh tahanan dia dekat ICU tuh,"jawab Atiqah.

"Nak buat macam mana, prosedur hospital. Nak tak nak, kena ikut juga,"ujar Hani.

"Kesian I tengok Ima tu. Cengkung betul dia sekarang,"kata Atiqah. Hani hanya mengangguk-angguk.

"Kau ada contact Ima ke, Atiqah?"soal Abil pula. Matanya masih menghadap kaca televisyen.

"Ada lah juga. Hari tu terserempak dengan Ima. Kesian tengok dia sorang-sorang,"jawab Atiqah.

"Ada ajak dia datang tak hari ni?"soal Achik pula.

"Ada. Tapi dia kata, dia tak dapat join. Ada hal katanya,"jawab Atiqah.

"Lain rasanyakan bila Key dengan Ima takde,"ujar Hani.

"Memang lain,"ujar Abil pula.

"Kita sama-sama doa lah agar Key cepat sembuh dan hubungan mereka pulih,"saran Atiqah. Hani, Abil dan Achik mengangguk perlahan.

"Mamat yang syok kat Ima tu apa cer? Senyap je?"soal Abil.

"Aku dengar cerita, mamat tu dah blah dah. Pergi mana entah. Rajuk hati dengan Ima kot,"jawab Achik.

"Mana kau tahu?"soal Abil lagi.

"Hari tu aku dengan Atiqah terserempak dengan si Ayu. Ayu tu yang cakap. Tapi, lokasi dirahsiakan lah,"jawab Achik. Atiqah hanya mengangguk.

"Agak nya kan, apa reaksi Ima selepas Izhar tuh merajuk jauh?"soal Hani pula.

"Kalau Ima dah mula sukakan Izhar, reaksi dia mesti sedih. Tapi kalau tak, dia okay je kot,"jawab Achik. Mereka berempat hanya mengangguk. Tidak mahu membuat apa-apa andaian dahulu. Keadaan sekarang sudah cukup memeningkan mereka.



p/s : maaf tak berapa panjang dan menarik. taip sambil mengantuk dan sakit dada . damn damn ! anyway, enjoy yea and do comment . okay ? :)

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment