Followers

19 May 2011

Pengkid Dan Normal #18

Saat bersendirian di bilik, Izhar mula mencoretkan sesuatu di dalam bukunya. Sebuah buku yang menyimpan pelbagai kenangan bersama Ima. Sungguh, sebelum mereka break. Izhar mahu tunjuk buku itu pada Ima namun hajatnya tidak kesampaian. Jarinya mula menari-nari di atas halaman putih menggunakan sebatang pen hitam. Pen itu lincah bergerak mengikut alunan tangan Izhar. Walaupun seorang lelaki, Izhar suka menulis. Malah, dia amat gemar menulis. Dia gemar berkarya. Impiannya adalah untuk menghasilkan sebuah nukilan yang akan diingati oleh segenap rakyat. Itu impiannya.

di saat aku menulis ini, sudah pasti kau masih belum berada di sisiku. aku mengerti mengapa begitu sukar untuk kau menerimaku. terima kasih kerana menjadi insan yang teristimewa dalam hatiku. terima kasih menjadi sumber inspirasiku selama ini. kau kenangan terindah . yang takkan mampu aku lupakan. jatuhnya air mataku bersama kenangan kita yang berlalu. kau insan sempurna di mataku. aku tahu pasti sukar untuk kau menerimaku. kerana hati kau dah dimiliki. dimiliki oleh orang yang betul betul sayangkan kau. yang betul betul boleh buat kau happy.

disaat ini aku cuma berharap, agar kau bahagia selalu sayang. aku tahu kau sedang bahagia. aku takkan halang apa apa dari hidup kau. aku takkan rebut lagi cinta kau. kerana aku tahu, aku tak mampu dan aku tak layak . aku cuma seorang yang gagal . gagal dalam merebut sekeping hati kau yang amat bermakna. maafkan aku mengganggu dan menyusahkan hidup kau selama ini. bersama kau buat aku lupa masalah aku. terima khabar kau buat aku teruja untuk meneruskan hari hari aku yang kekosongan. andai kau mengerti .

hati, aku bermohon padamu . jadi kuat . kuat untuk lihat insan yang paling aku sayang menjalani kehidupan bahagianya. kuat untuk sentiasa jaga insan yang paling aku sayang. kuat untuk mengisi waktu kekosongannya. kuat untuk sentiasa ada di saat dia membutuhkan bantuanku. kuat untuk berada di sisi dia walaupun kehadiranku hanya ibarat melukut di tepi gantang.

impian aku untuk memiliki kau, hanya tinggal mimpi sayang. aku taknak bangun dari mimpi ini. sebab aku rasa ianya cukup indah. kalaulah kau faham . kalaulah kau mengerti betapa aku tak boleh hidup tanpa kau. cukuplah sekadar lihat kau tersenyum dan gembira. aku tak minta lain lagi dah . boleh kau janji dengan aku agar sentiasa happy? alangkah indahnya jika sekarang ni aku mampu bercakap dengan kau. meluahkan betapa rindunya aku pada kau . mengkhabarkan betapa aku mencintai kau. alangkah indahnya.

Izhar menutup bukunya. Sekeping gambar Ima yang diselitkan di buku tersebut ditatapnya lama. Dia membuka kembali buku tersebut. Gambar kenangan bersama Ima turut diselitkan di dalam buku tersebut. Izhar tersenyum sendiri melihat gelagat Ima didalam gambar tersebut. Izhar kini redha dengan segala ketentuan Illahi. Esok dia akan berangkat. Pergi ke teratak abangnya. Dia ingin pergi jauh dari segala apa yang berlaku. Telefon bimbitnya berbunyi. Izhar lantas mencapai telefon bimbitnya.

"Hello,"Izhar memulakan bicara.

"Hello Iz, abang ni,"suara Hakimie jelas kedengaran di hujung talian.

"Abang, kenapa?"soal Izhar.

"Takde, cuma nak pesan. Tutup semua pintu ye. Abang tak balik malam ni. Ada kecemasan pula,"jawab Hakimie. Suaranya kedengaran cemas.

"Abang okay ke tak?"soal Izhar lagi.

"Abang okay. Patience abang ni. Tiba-tiba je something wrong. Later we talk okay."ujar Hakimie lantas mematikan panggilan. Izhar hanya menggelengkan kepala. Dia bingkas bangun dan menuju ke tingkat bawah. Dilihat Ayu sedang khusyuk menonton televisyen.

"Ayu, tak tidur lagi?"soal Izhar.

"Tak lah Iz. Tak mengantuk lagi pun,"jawab Ayu. Matanya masih khusyuk menonton televisyen. Izhar hanya tersenyum nipis. Dia lantas mengunci semua pintu.

"Abang Kimie tak balik ke?"soal Ayu pula.

"Tak, ada emergency katanya,"jawab Izhar. Selesai mengunci semua pintu, Izhar ingin kembali ke bilik. Dia benar-benar letih.

"Iz nak tidur dah ke?"soal Ayu.

"Yup. Kenapa?"

"Tunggu kejap. Nanti takut nak naik sorang-sorang,"ujar Ayu sambil tersengih. Izhar tersenyum dan mengangguk-angguk.

Sampai dibilik, terdetik hatinya untuk membaca blog milik Ima. Walaupun dia tahu, itu hanya menambah sakit hatinya, namun dia senang dengan melihat Ima gembira. Izhar membaca dengan tekun walaupun entry itu sudah banyak kali dia baca. Entry mengenai Key. Dan ayat yang paling menyenangkan Izhar ialah, 'Thanks For Makes Me Happy'. Izhar tahu, Key mampu bahagiakan Ima. Tanpa sedar Izhar tertidur dihadapan komputer ribanya.

************************

Ima tidak senang duduk. Dia khuatir. Mengapa dia teringatkan Izhar? Adakah perasaannya pada Izhar sudah kembali? Dia lantas menggeleng-geleng. Namun pertemuan terakhir dengan Izhar tempoh hari benar-benar mengganggu fikirannya. Adakah benar Izhar akan pergi jauh dari hidupnya. Ima memandang telefon bimbitnya. Sunyi. Dia melihat skrin telefon bimbitnya. Gambar dia bersama Key. Sehari sebelum dia pergi ke kem. Dia rindukan Key. Dia teringat perbualan bersama Key. 

"Baby, I nak kita hidup macam ni selamanya,"ujar Key sambil memeluk Ima.

"I pun sama. I nak hidup bersama you untuk selamanya,"balas Ima. Key tersenyum.

"Sayang, I minta maaf andai I ada sakitkan hati you. I minta maaf andai I akan sakitkan hati you tanpa sempat I minta maaf pada you. I minta maaf ye baby,"ucap Key. Ima tersentak.

"Bie, kenapa cakap macam tu? You takde buat apa-apa salah pun pada I lah. Please jangan ucap kata-kata macam tu lagi,"balas Ima. Air matanya bergenang. Namun, cepat-cepat diseka oleh Key.

"Syhhhh, sayang. Jangan menangis, please."

Key melutut di hadapan Ima. Jari jemari Ima diusap lembut. Lantas dikucup perlahan. Key tersenyum kerana dia merasa sungguh bahagia.

"Baby, listen here. I tak selamanya boleh jaga you. I tak selamanya boleh berada di sisi you. I tak janji akan berada disamping you bila you perlukan I. Tapi, I akan cuba untuk berada di sisi you selama mana yang you mahu." Key mengambil nafas perlahan.

"Sayang, I cintakan you. I tahu you tahu tu. I tahu you jemu dengar perkataan itu. But, sayang. I akan ucap selagi I mampu. I akan kata selagi I mampu. I cuma sayang you seorang. You yang satu tiada galang gantinya. Selamanya hanya you je dalam hati I,"sambung Key lagi. Ima lantas menarik tangan Key menyuruh Key berdiri. Ima memandang tepat ke arah mata Key.

"Sayang, now you listen to me. I tak pernah jemu dengar you cakap you cintakan I. Malah, I rasa sungguh bahagia dengan you. I cuma ada you. Cuma you dalam hati I. I taknak orang lain dah. Selagi kita boleh jaga, kita akan jaga ye hubungan ni,"ucap Ima. Key hanya mengangguk-angguk.

Ima tersedar dari lamunan apabila terdengan telefon bimbitnya berbunyi. Dia lantas mencapainya.

"Hello"

"Hello, Ima."

"Ye, siapa ni ye?"soal Ima.

"Ni aku lah Nadia. Lupa ke?"ujar Nadia.

"Oh, Nadia. Kenapa call ni?"soal Ima lagi.

"Aku cuma nak pesan pada kau. Hati-hati dengan Ayu. Dia sekarang amat berdendam dengan kau,"pesan Nadia. Ima tersentak.

"Kenapa pula dia nak berdendam dengan aku? Apa aku dah buat?"soal Ima kembali.

"Ayu tu sebenarnya nak Key. Dia dah lama simpan perasaan pada Key,"jawab Nadia. Ima tergamam.

"Aku tahu tu, Key pernah bagitahu aku,"ujar Ima perlahan.

"Dan dia anggap kau punca Key tinggalkan dia,"kata Nadia lagi. Ima hanya terdiam. Dugaan apa lagi yang akan menimpanya selepas ini?

"Jadi, aku cuma nak pesan. Hati-hatilah. Jangan duduk seorang diri ye. Aku cuma pesan je ni,"pesan Nadia lagi.

"Baiklah Nad. Terima kasih ye,"ucap Ima. Setelah mematikan panggilan, air mata Ima mengalir lagi. Dia seperti sudah tidak mampu nak hadapi semua ini. Sudahlah dia rindukan Key, Izhar pula hilang entah ke mana. Kini tambah lagi kemunculan Ayu yang sedang berdendam dengan dia. Ima mula menangis. Air matanya tidak henti henti mengalir.

"Key, I need you. Please, don't leave me,"rayu Ima seorang diri.

*****************************

Hakimie tersenyum nipis melihat Key mula membuka matanya. Dia lantas memeriksa tekanan darah dan beberapa lagi perkara mengikut procedure. 

"Doktor,"panggil Key lemah.

"Ye saya?"ujar Doktor Hakimie.

"Saya masih hidup ke?"soal Key. Hakimie tergelak kecil.

"Sudah tentu lah. Awak masih hidup. Awak kena rehat cukup-cukup. Esok pagi awak akan jalani beberapa pemeriksaan tau,"pesan Hakimie.

"Doktor, boleh tolong saya tak?"soal Key lagi.

"Apa dia?"

"Tolong rahsiakan mengenai saya daripada pengetahuan kawan-kawan saya. Boleh? Dan tolong, tolong jangan benarkan mereka melawat saya kecuali ibu bapa saya. Boleh doktor?"ujar Key lemah. Hakimie terdiam sejenak. Dia lantas mengangguk-angguk.

"Baiklah, demi awak. Saya turutkan. Sekarang, sambunglah tidur. Awak perlukan rehat. Saya sentiasa ada di sisi awak,"ucap Hakimie. Key tersenyum manis. Dia tersentuh dengan kata-kata Hakimie sebentar tadi. Key merasa sungguh penat. Tidak lama kemudian, dia tertidur dan tanpa dia sedar, dia memegang tangan Hakimie.

Hakimie terpana melihat kelakuan Key. Namun, entah mengapa dia tidak berdaya untuk menarik tangannya. Jantungnya berdegup kencang. Peluh mula menitis. Dia tidak senang namun dalam masa yang sama, dia seakan tidak mahu melepaskan genggaman itu. Wajah Key dipandang lama. Hakimie mula tersenyum nipis. Key seorang gadis yang luar biasa. Baginya, Key gadis yang unik. Dia benar-benar sudah jatuh cinta.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment