Followers

09 January 2011

Pengkid Dan Normal #1

Key berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Dia serba tidak kena. Dia cuba duduk dan focus menghadap buku pelajarannya namun hampeh. Segala apa yang dibacanya, ibarat angin lalu sahaja. Key bosan. Buku ditolak tepi lantas dia berbaring malas di katilnya. Kedengaran suara dia mengeluh. Siling dipandang kosong. Lantas, dia mencapai Bebey kesayangannya. Hadiah dari seseorang yang pernah mencuri hatinya. Namun, semua tinggal kenangan apabila yang tersayang itu pergi buat selama-lamanya. Dan itulah yang menyebabkan dia berubah. Hingga kini.

"Key, kau ni kenapa ?"soal Ima merangkap housemate Key. Key memandang Ima. Nalurinya bergetar. Sekali lagi dia mengeluh.

"Hey, aku cakap dengan kau nih. Dengar tak?"soal Ima lagi, geram apabila pertanyaannya dibiarkan saja. Key lantas duduk di birai katil. Ima yang sedang sibuk mengemas bilik yang kecil itu dipandangnya. Ye, Key seorang gadis berpewatakan lelaki. Dan berperasaan seperti lelaki. Cuma, dia sembunyikan perasaan itu.

"Aku okay lah wei. Cuma buntu fikir apa akan jadi esok. Tak suka betullah aku!"bentak Key. Esok adalah hari di mana dia akan membentangkan presentation persendiriannya.

"Laa, takkan sebab itu je kot? Muka dah macam ayam sembelit je aku tengok. Chill lah beb. Aku yakin kau boleh buat. Trust me dude!"ujar Ima cuba meyakinkan Key. Key tersenyum. Ima yang cuma memakai short paras atas lutut itu dipandang lagi. Key mendengus. Dia memalingkan muka memandang ke arah tingkap yang terbuka luas. Ima pelik dengan sikap Key. Dia lantas mengambil tempat untuk duduk disebelah Key.

"Kenapa ni sayang? Kalau ada apa-apa, share lah dengan aku. Kita kan kawan,"Ima cuba menenteramkan Key yang masih monyok. Muka dah macam cencurut lapar dah ni, ujar Ima dalam hati. Dia tak sampai hati nak meluahkan kata-kata itu. Key hanya senyum. Perkataan sayang itu menggetarkan nalurinya.

"Aku okay lah,"ujar Key lemah. Ima hanya tersenyum nipis. Dia bangun dan berlalu keluar dari bilik meninggalkan Key yang bersendirian. Key lantas bangun dan menuju ke arah cermin. Dia melihat dirinya sepuas hati.

Memang takde langsung ciri-ciri perempuan sejati. Dia hanya memakai short paras lutut dan singlet nipis. dadanya langsung tidak kelihatan kerana dia memakai bengkung. Rambutnya yang pendek disisir rapi. Key tersenyum seorang diri melihat dirinya dihadapan cermin. Dia ingin bersiap. Dia ingin keluar mencari ketenangan. Dia mencapai jeans dan menyarungkannya. sehelai kemeja lengan pendek disarungkan dibadannya. rambutnya digel dan disisir rapi. Perfume Hugo disembur. Dia keluar dari bilik.

"Kau nak pergi mana?"soal Ima.

"Nak ambil angin kejap,"jawab Key pendek. Ima hanya mengiakan dan menyambung menyiapkan kerja yang tergendala sebentar tadi.

***************************************************

"Woi, apa khabar? Lama tak dengar cerita kau. Mana hilang?"soal Achik, salah seorang teman Key kepada Key yang baru tiba entah dari mana. Key hanya tersengih.

"Aku busy sikit lah weh. Esok ni pun aku ada presentation tapi aku tak tahu nak bentang apa. Mesti aku kaku nanti,"luah Key pada Achik.

"Relax lahh weh. Presentation kau dah siap belum? Chill doe. Orang lain boleh buat, takkan kau tak boleh kot. Trust yourself lah bhai,"ujar Achik memberi semangat kepada Key. Bukan sehari dua mereka berkawan. Malah sejak berada di tingkatan 1 lagi. Segala gundah gulana yang dialami oleh Key turut dirasai oleh Achik.

Key mengeluh. Dia bingkas bangun dan berjalan menuju ke arah balkoni. Dia melihat pemandangan yang tak berapa nak indah. Terdengar sekali lagi keluhan dari mulut mungilnya. Achik menghampirinya. Dia menepuk bahu Key perlahan.

"Aku tahu, ada benda lain yang merunsingkan kau. Cuba cerita kat aku,"ujar Achik seakan memahami.

"Atiq, aku suka Ima lah,"luah Key. Achik terdiam. Dia memikirkan sesuatu.

"Kau confirm kau suka dia? Bukan macam sebelum-sebelum nih. Semua hanya suka-suka kan?"soal Achik.

"Tak, aku suka dia. Sangat-sangat suka dia. Apa patut aku buat?"soal Key kembali. Hanya Achik, teman baiknya yang memahaminya kerana mereka ada satu persamaan, mereka pengkid.

"Kau rasa kalau kau luahkan Ima terima ke?"

"Itu yang jadi masalah wei. Aku takut dia tak boleh terima. Tapi, aku tak tahu sampai bila aku patut sembunyikan perasaan ini. Aku tak kuat doe!"Key membalas lantas duduk di kerusi yang di sediakan. Dia termenung jauh. Bayangan Ima menghampiri. Senyumnya, gelaknya, tingkah lakunya. Sudahlah mereka berdua je tinggal serumah. Bagaimana untuk dia menjauhi perasaan itu.

"Kau cuba lah terus terang. Cakap baik-baik. Kalau dia tak boleh terima, kau cakap lah dengan dia kau tak nak persahabatan mereka terjejas. Aku yakin kau boleh. Bukan dia seorang je yang straight yang kau suka kan. Si Yaya tuh kau pernah ayat juga kan. And sampai sekarang aku rasa dia tunggu kau walaupun dulu dia yang curang dengan pengkid lain,"saran Achik.

"Aku cuba, aku cuba,"ujar Key. Dia mengeluh perlahan.



Suka Tak Suka ?

9 comments:

nadia147 said...

manarik sehhh cte ko.. :P

Jiggy said...

menarik ??betul kah ?? =='

iqah ouh! said...

hohoho ! atiq uh ! mcm kenal jek . ekeke !
*prasan

Jiggy said...

wawan ,aku memang buat dalam cete nih kau penk and achik ladies .HAHA :P

iqah ouh! said...

hahaha ! ngek ko ! asl tebalik lak !

Jiggy said...

saje je .hehe~ :P

Anonymous said...

cepat2 buat yg kedue.HAHA.
THUMBS UP!

Si Syaf Stefan said...

syiokkk sioottt!!
mcm same jek story kamoo dgn syaf pnye...
=)

Jiggy said...

haha yeke ? baca lah part lain juga okay ? :)

Post a Comment