Followers

10 September 2011

Pengkid dan Normal #20

Izhar berjalan-jalan di persisiran pantai. Dia lebih selesa mengambil angin petang di tepi pantai. Suasana cukup nyaman baginya yang sedang dalam kekusutan. Sebulan dia telah meninggalkan hiruk pikuk kota besar. Dia selesa di sini. Sebulan juga dia menyepikan diri. Dari Ima yang amat dirindui. Masakan dia mampu lupa orang yang paling dia cinta dalam masa sebulan. Walaupun ramai yang cuba menghampiri, dia tetap terlihat bayangan Ima dimatanya. Dia rindukan Ima. Rindukan senyum tawa, jelingan tajam dan rengekan manja. Rambut Ima yang panjang mengurai sungguh lembut dibelai. Izhar tersenyum sendiri. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Gambar latar telefon bimbitnya adalah gambar dia bersama Ima satu ketika dahulu.

Dalam gambar tersebut, Ima kelihatan tersenyum mesra disamping dia. Tapi, dia tetap dengan lagak machonya. Izhar masih ingat lagi, ketika gambar itu diambil, dia terpandang seorang gadis cantik. Malah, dia merasakan kehadiran Ima hanya sebagai perosak rancangan apabila dia tidak mampu mengayat gadis tersebut. Dia menyesal, sungguh menyesal. Apalah kurangnya Ima. Ima cantik, sungguh cantik. Wajahnya keanakan namun perangainya matang. Menjaga tutur kata, tingkah laku. Izhar mengeluh perlahan.

"Apa yang dimenungkannya tu?"soal Datin Maria yang sedari tadi melihat kelakuan anak bujang nombor dua nya itu.

"Eh, mama. Sejak bila mama ada kat sini? Bukan tadi mama dekat teratak ke?"soal Izhar kembali. Datin Maria tersenyum.

"Dah anak mama ni termenung jauh. Sampai mama dah lama kat sini pun, dia tak perasan kan?"seloroh Datin Maria. Izhar tersenyum.

"Mama, mama. Bukan Iz tak perasan lah. Mama ni buat magic ea? Tiba-tiba muncul macam tuh."

"E'eh. Mama pula yang kena. Jadi, siapa gerangannya yang berjaya buat anak mama ni tak perasan mamanya ada kat sini ni?duga Datin Maria. Izhar ketawa perlahan. Diikuti Datin Maria.

"Ima Aqeera,"ujar Izhar perlahan.

"Siapa?"

"Ima Aqeera lah mama,"jawab Izhar. Matanya dilepaskan memandang keindahan pantai. Suasana matahari terbenam sungguh mendamaikan.

"Sedap nama tu. Mesti orangnya pun cantik kan?"duga Datin Maria sekali lagi. Izhar tersengih.

"Cantik. Cantik sangat,"balas Izhar. Dia hanya mampu tersenyum kelat.

"Kenalkanlah dekat mama. Mama nak kenal juga gadis bertuah itu,"ujar Datin Maria.

"Dia kisah silam, mama. Dia dah takde dalam life Iz. Iz dah mati dari hidup dia,"balas Izhar. Matanya sayu. Datin Maria terdiam. Dia tidak mahu apa yang berlaku pada Kimie turut berlaku pada Izhar. Hati tuanya sedih melihat anak-anaknya menderita.

"Boleh mama tahu kenapa?"duga Datin Maria.

"Ada orang boleh bahagiakan dia. Iz gagal bahagiakan dia, ma. Iz jahat sebab selalu buat dia menangis dulu. Iz gagal mama,"balas Izhar perlahan. Datin Maria tersenyum kecil. Anaknya perlu belajar dari kesilapan. Entah mengapa, hati tuanya meronta ingin berkenalan dengan Ima Aqeera.

********************

Key termenung jauh. Sudah seminggu dia dikeluarkan dari hospital. Kini, dia berada di kampung halamannya. Rambutnya yang semakin panjang dibiarkan lepas. Dia sedar rambutnya kini panjang dan lebih paras bahu. Ahh, memang rambutnya cepat sahaja tumbuh. Key duduk di kerusi yang disediakan di halaman rumah. Pokok buah mata kucing dipandang lama. Itu salah satu buah kesukaan Ima. Ah, dia memang rindukan Ima. Segala mesej Ima tidak dibalasnya. Malah, dia juga telah menukar nombor telefonnya. Bukan untuk berlaku kejam, tapi dia ingin merubah hidupnya. Seringkali Achik dan Abil memarahinya kerana meninggalkan Ima begitu sahaja. Namun, dia terpaksa. Dia tahu dia akan kalah hanya dengar suara Ima. Suara kecil yang boleh mencairkan hatinya.

"Amboi, jauhnya tuan puteri kita termenung ye,"tegur Hakimie.

"Eh, Kimie. Bila sampai ni? Tak kerja ke?"soal Key. Hakimie tersenyum nipis.

"Baru je sampai. Tu lah, termenung jauh sangat sampai saya datang pun awak tak perasan. Hari ni, ambil off sempena nak jumpa awak,"jawab Hakimie bersahaja. Key tergelak besar. 

"Alahai, lelaki ni kan. Tembak nak?"gurau Key.

"Tembak je lah sayang. Awak dah pun tembak saya guna penangan mata awak tu. Sampai saya terjatuh tak boleh bangun bangun lagi,"seloroh Hakimie.

"Malaslah nak layan awak ni. Masuk dalam lagi bagus,"ujar Key lantas berlalu. Hakimie tergelak besar lantas mengikut Key masuk ke dalam rumah.

"Ibu, Kimie gedik datang!"laung Key lantas tergelak melihat muka Hakimie yang buat buat marah.

"Amboi, sedapnya mulut kata kita gedik,"ujar Hakimie. Key ketawa kuat.

"Siapa datang? Gedik?"soal Puan Intan. Semakin galak ketawa Key mendengar soalan ibunya.

"Bukan makcik. Saya yang datang,"jawab Hakimie lantas bergerak menuju ke arah Puan Intan untuk bersalaman.

"Laaa, Doktor Hakimie rupanya. Makcik ingat siapalah tadi kan,"ujar Puan Intan.

"Panggil Kimie je lah makcik,"balas Hakimie. Puan Intan hanya mengangguk-angguk.

"Duduk lah dulu borak dengan ibu. Biar saya buatkan air,"ujar Key apabila ketawanya masih bersisa.

"Gelak sakan anak makcik tuh. Maaflah, dia memang suka bergurau,"kata Puan Intan.

"Takpe makcik, saya tak ambil hati pun. Suka adalah,"balas Hakimie. Puan Intan tersenyum apabila melihat anak mata Hakimie tidak lepas memandang anak daranya.

"Kenapalah susah susah kamu datang ke mari. KL ke BP ni bukannya dekat. Jauh,"bebel Puan Intan. Hakimie tersenyum nipis. Dia sebenarnya rindukan Key. Seminggu dia tidak berjumpa Key. Hatinya tidak keruan.

"Takpelah makcik. Saya saja nak melawat Key. Nak tengok sendiri perkembangan dia. Tengok dia okay je ni. Maybe jumlah ubatnya boleh dikurangkan. Bukankah lagi mudah begitu?"balas Hakimie.

"Alah bu, dia mengada tu je bu,"celah Key yang muncul dari dapur sambil menatang 2 gelas air.

"Ish dia ni kan. Mencelah je kerja,"marah Puan Intan.

"Takpe bu. Biar je dia. Gedik!"ejek Key. Hakimie mengetap bibir tanda geram.

"Sudahlah tu. Kesian tetamu kita ni. Datang dari jauh,"bela Puan Intan. Key mencebik dan Hakimie tersengih tanda kemenangan.

"Makcik, kalau tidak keberatan. Boleh saya bermalam di sini? Nak sewa hotel, saya nak save budget,"soal Hakimie.

"Eh, boleh saja. Apa salahnya. Makcik lagi suka. Lagipun pakcik kamu banyak tanya pasal kamu,"jawab Puan Intan.
"Save budget untuk kahwin ke cik abang oi?"usik Key lagi.

"Sudah semestinya lah. Macam mana nak kahwin kalau duit takde kan,"balas Hakimie selamba. Key terpempan. Kenapa hati dia terasa sakit mendengar jawapan Hakimie. Dia cemburu ke? Oh, tidak mungkin.

"Dah ada calonnya ke Kimie?"soal Puan Intan pula.

"Sudah ada makcik. Insya-Allah dalam tahun depan, saya nak masuk meminang dia,"jawab Hakimie lagi. Key terdiam lagi. Namun, dia cuba berlagak selamba sambil menekan-nekan keypad hanphonenya.

"Alhamdulillah. Calonnya orang mana? Untung bakal isteri kamu tu,"ujar Puan Intan.

"Calonnya? Orang KL jugak lah makcik. Untung tu, tidaklah. Biasa saja,"balas Hakimie sambil tersenyum nipis. Key terasa sesak dengan situasi itu. Namun, dia lega apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Key meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello"

"Hello Key. Ni aku lah Abil,"ujar Abil.

"Oh, kenapa call ni?"soal Key.

"Jom keluar? Aku ada kat Batu Pahat ni. Jom lah. Achik, Atiqah dan Hani pun join sekali,"jawab Abil.

"Lah, yeke? Bila nak keluar?"soal Key lagi.

"Esok malam? Boleh?"

"Okay cun. Boleh aje kalau macam tu. Esok kita jumpa ye,"ujar Key. Setelah mematikan panggilan, Key terkejut apabila Hakimie betul-betul di belakang dia.

"Siapa call?"soal Hakimie.

"Bukan urusan awak,"jawab Key lantas berlalu masuk. Namun, Hakimie cepat-cepat menarik tangan Key.

"Lepas lah Kimie. Tak molek buat macam ni,"rayu Key.

"Jawablah soalan tadi. Siapa call?"

"Kawan lah. Okay? Lepaskan lah tangan saya!"ujar Key sambil cuba menarik tangan dia. Hakimie melepaskan pegangan tangan dia dan ingin berlalu.

"Awak takde hak untuk marah saya. Awak faham tak?!"marah Key. Hakimie mematikan langkah.

"Kenapa saya tidak ada hak?!"

"Sebab saya bukan milik awak! Dan awak milik orang lain! Saya benci awak!"jerit Key lantas masuk kedalam bilik. Di dalam bilik, dia menangis semahunya. Kenapa dia begitu sedih dengan Hakimie. Adakah dia telah berharap? Air matanya mengalir laju dibiarkan saja. Dia terkilan.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment