Followers

14 May 2011

Pengkid Dan Normal #17

Hakimie termenung di birai katil. Peristiwa tadi bagai terbayang-bayang di matanya. Dia yang menjalankan pembedahan ke atas Key. Entah di mana silapnya. Key kini koma. Dia benar-benar risau. Entah mengapa, hatinya tidak senang melihat keadaan Key yang kaku tidak bergerak. Dia terasa rindu ingin melihat senyum Key, mendengar kata-kata Key. Walaupun Key agak boyish, dia selesa. Key tidak seperti wanita lain yang ingin mendampinginya. Wanita plastik! Hakimie mengeluh perlahan. Dia meraup mukanya perlahan. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Lantas tersembul wajah Izhar.

"Iz, kenapa? Masuklah,"pelawa Hakimie. Izhar perlahan menapak masuk ke dalam bilik abangnya. Mukanya seperti ada masalah.

"Abang, Iz nak minta tolong. Boleh?"soal Izhar.

"Apa dia? Kenapa ni? Muram je? Putus cinta eh?"seloroh Hakimie. Izhar hanya tersenyum kelat.

"Nak putus cinta apanya abang. Cinta yang memang takkan kesampaian lah,"ujar Izhar perlahan.

"Kenapa ni? Macam berat je bunyinya?"soal Hakimie.

"Iz penat dah abang. Penat nak memenangi hati seseorang ni. Iz surrender. Iz nak minta tolong abang. Boleh tak benarkan Iz stay kat teratak abang? Sekarang pun Iz dah habis study. Tunggu konvo je. Boleh tak abang? Iz nak cari ketenangan."

"Abang tak kisah. Tapi, bukan ke papa nak Iz tolong papa sepanjang Iz cuti ni?"soal Hakimie lagi.

"Iz dah bincang dengan papa. Papa dah izinkan. Iz tak lama pun kat sana. Sebulan dua je. Boleh ye abang?"Izhar seakan mengharap.

"Baiklah kalau itu yang Iz nak. Abang izinkan,"balas Hakimie. Izhar hanya tersenyum puas. Dia ingin pergi. Pergi dari kehidupan yang menyesakkan dia. Dia tahu, Ima tak perlukan dia. Dia tahu, Ima tak inginkan dia. Biarlah dia pergi.

"Iz keluar dulu ye abang. Terima kasih,"ucap Izhar. Hakimie hanya tersenyum nipis. Tiba-tiba bayangan Key menerpa di matanya. Hakimie lantas bersiap. Dia sedar jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Namun, entah kenapa hatinya memberontak ingin melihat Key. Hakimie sedar, dia sudah jatuh cinta. Jatuh cinta kali kedua. Dengan orang yang berfizikal sama cuma identiti lain.

"Kimie, nak pergi mana tu?"soal Datin Maria.

"Kimie nak pergi hospital ma. Ada kerja sikit,"jawab Hakimie.

"Dah lewat ni Kimie. Esok tak boleh pergi ke?"soal Datin Maria. Dia risau akan anak sulungnya itu. Sejak pemergian kekasih lamanya, hidupnya diabadikan untuk kerja sahaja.

"Sekejap je mama. Kimie cuba pulang awal ye,"jawab Hakimie lantas menyalam tangan Datin Maria. Datin Maria hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anak sulungnya itu. Dia sendiri terasa dengan kehilangan Suraya. Bekas bakal menantu dia. Gadis yang bersederhana. Datin Maria sungguh menyenangi Suraya dan berharap Hakimie akan jumpa pengganti Suraya.

"Apa yang mama menungkan tu?"tegur Ayu.

"Takde lah. Fikirkan tentang abang kamu, Kimie tu,"balas Datin Maria. Ayu mengambil tempat duduk di sisi Datin Maria.

"Kenapa dengan abang Kimie?"soal Ayu.

"Yelah, sejak Kak Suraya pergi. Abang Kimie kamu asyik kerja je. Perihal diri sendiri terabai. Mama risaukan dia,"jawab Datin Maria. Ayu akui, dia tidak berapa rapat dengan Hakimie berbanding Izhar. Hakimie pernah marah dia satu masa dahulu sebab dia buat cerita tentang Ima dan Key. Padahal Hakimie sendiri tak kenal siapa mereka.

"Sabar lah mama. Tahu lah abang Kimie jaga diri dia. Mama pergilah tidur dulu. Dah lewat ni,"ujar Ayu. Datin Maria hanya mengangguk perlahan. Dia lantas masuk ke dalam bilik. Suaminya telah lama dibuai mimpi. Ayu hanya mendengus geram di ruang tamu. Kerana Key dan Ima, hubungan dia dan Hakimie jadi renggang. Dia amat berdendam pada Ima apatah lagi sejak Key tak angkat panggilan telefon langsung.

"Aku akan pastikan hidup kau merana, Ima!"marah Ayu sendiri .

********************

Ima, Achik, Abil, Hani dan Atiqah sedang berehat di rumah sewa Key dan Ima. Ima tidak boleh berhenti menangis. Achik, Abil, Hani dan Atiqah dibelenggu rasa bersalah. Kini, Key terlantar di hospital. Dengan bantuan alat pernfasan baru Key dapat terus hidup. Teruk betul keadaan Key sebentar tadi. Kini, Key keseorangan. Parents Key turut kepenatan dan pulang berehat.

"Semua ni salah I. Kalau lah I lebih faham dia. Pasti I dapat jaga dia. Ada disisi dia. I pentingkan diri I sendiri,"Ima memecahkan kesunyian malam.

"Ima, jangan cakap macam tu. Ini semua kuasa Allah S.W.T. Takde siapa yang salah,"nasihat Hani.

"Kami pun rasa bersalah sekarang ni. Malam yang Key pengsan tu, kami yang bantu dia. Tapi, kami tak sangka rupanya dia hidap penyakit kronik. Lepas tu, kami ada marah-marah dia. Kami sangat rasa bersalah,"ujar Achik. Abil menangguk perlahan.

"Doa lah agar Key sedar dan cepat sembuh. I pun tak sanggup tengok keadaan dia macam tu. Seksa sangat,"kata Atiqah. Ima hanya menangguk perlahan. Dia teringat perbualan dengan Key beberapa minggu sebelum dia ke kem.

"Bie, are you okay?"soal Ima apabila dia lihat Key sedang memicit-micit kepala.

"Okay lah baby. Pening sikit je ni,"jawab Key. Ima mengurut perlahan kepala Key.

"Bie dah makan ubat? Kalau belum, I ambilkan,"ujar Ima. Key hanya menggeleng perlahan.

"Tak perlu lah sayang. You urutkan je kepala I ni. InsyaAllah nanti okay lah ni,"balas Key. Ima tersenyum nipis.

"Bie, i love you,"ucap Ima. Key tergelak kecil.

"I cinta you lah sayang,"balas Key. Ima tersipu malu. Sepi seketika.

"Baby, I nak tanya boleh?"soal Key.

"Apa dia?"

"Kalau terjadi sesuatu dengan hubungan kita macam mana?"soal Key lagi.

"Bie! Kenapa cakap macam tu? Tak sukalah!"

"Answer my question, sayang."

"I tak sanggup hilang you. I cuma perlukan you. Jadi I akan pertahankan hubungan kita ini,"ujar Ima. Key tersenyum.

"Tapi sayang. You perlu sedar. Hubungan kita tak akan kemana. You akan perlukan lelaki dalam hidup you. kan ?"soal Key. Ima terdiam.

"I sayang you. I nak tengok you happy. Selagi I boleh jaga you, I akan jaga you,"ujar Key lagi. Ima tersenyum. Lantas dihadiahkan 1 ciuman di pipi Key. Key tersenyum malu.

"IMA, are you okay?"soal Atiqah. Ima tersedar dari lamunan. Dia cuma mengangguk perlahan. Segala kenangan bersama Key sebentar tadi telah lenyap. Ima bingkas bangun dan menuju ke dalam bilik. Dia benar-benar perlukan rehat.

"Kesian aku tengok Ima tu,"ujar Achik.

"Aku pun kesiankan Key juga,"balas Abil. Hani sudah lama terlena di sisi Abil.

"Kita sama-sama lah doakan agar mereka berdua akan bahagia,"kata Atiqah. Achik dan Abil hanya mengangguk perlahan.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment