Followers

10 January 2011

Pengkid Dan Normal #2

Ima buntu. Dia duduk diam di sofa sambil termenung. Dia runsing memikirkan kenapa dengan dirinya sekarang. Dia cuba untuk membuang perasaan ini. Namun, sangat sukar. Dia mencapai handphonenya. Dia mendail nombor kekasihnya, Izhar. Dia berharap Izhar dapat membuatnya melupakan seketika masalahnya.

"Hello"

"Hello bie. Buat apa tu? Busy ke?"Ima memulakan perbualan.

"Sorry u. I busy ni. Ada latihan futsal ni. Later call ye?"balas Izhar lantas mematikan panggilan. Ima mengeluh. Izhar seorang lelaki yang sentiasa sibuk. Sibuk dengan futsal, debat dan aktiviti lain. Kadangkala Ima rasa tersisih. Izhar seolah-olah tidak mempedulikan dirinya lagi. Airmata Ima menitik perlahan lantas mengalir laju. Terdengar esak tangisnya.

"Key, mana kau? Aku perlukan kau. Kau je yang faham aku. Pulanglah cepat. Aku rindu kau,"bisik Ima dalam hati. Itu lah perasaan yang mengganggu hatinya sejak kebelakangan ini. Pandangan mata Key seolah-olah menjadi kunci untuk mematikan langkahnya. Tawa Key ibarat irama lagu yang sering menemaninya saban malam.

Sewaktu Key ingin keluar, dia dihimpit rasa cemburu. Mengapa Key keluar tak ajak dia. Key keluar dengan siapa? Kekasih hatinya ke? Tapi, siapa? Mengapa sudah begitu lewat namun bayang Key tidak kelihatan. Dia berkira-kira untuk menghantar pesanan ringkas kepada Key namun entah kenapa, dia malu untuk berbuat demikian. Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Air mata dikesat perlahan lantas dia tertidur.

******************************************

Key membuka pintu. Dia pelik kerana pintu tidak berkunci. Dia terkejut melihat sekujur tubuh sedang baring di sofa. Dia menghidupkan suis lampu dan lihat Ima yang sedang berbaring di atas sofa tersebut. Dia menghampiri Ima. Ima yang hanya memakai short dan singlet itu dipandang sayu.

'Ada kesan air mata' kata hati Key. Dia mengesat kesan air mata tersebut. Rambut Ima yang menutup mata diselak perlahan. Key bermain-main dengan rambut Ima lantas tersenyum. "Comelnya kau ni Ima", ujar Key perlahan. Tiba-tiba Ima bergerak sedikit lantas membuka mata. Key terpana. Dia tidak sempat untuk melarikan diri dari situasi itu.

"Key, dah balik dah? Patutlah aku bau perfume kau. Wangi,"ujar Ima lantas duduk dan menggosok-gosokkan matanya.

"Sorry, aku tak sengaja terkejutkan kau,"balas Key. Dia terpana. Sungguh, Ima sungguh comel ketika itu.

"Takpe lah. Aku pun tak sedar aku tertidur. Eh, kenapa kau pandang aku macam tu? Malu lah aku macam ni,"uja Ima sambil buat gaya gedik mengada-ngada.

"Huihh kau nih. Mana ada aku pandang kau? Perasan seyh!"bidas Key.

"Yela aku lah perasan. Siapa lah aku kan? Untuk kau pandang. Takpe aku faham,"rajuk Ima lantas berlalu masuk ke bilik. Key kaget. Dia buntu. Rasa bersalah mula menerpa dalam hatinya.

"Ima, tunggu! Aku ada benda nak cakap ni,"panggil Key. Namun, Ima tetap berjalan tidak menoleh. Key mengejar Ima lantas menarik tangan Ima. Ima menghadap wajah Key. Key kaget. Ima menangis!

"Pergilah Key. Jangan pedulikan aku lagi. Siapa lah aku kan,"ujar Ima sambil cuba melepaskan pegangan tangan Key. Namun pegangan tangan Key begitu kejap.

"Listen Ima. I need to tell you the truth. I don't think I can hold this any longer. You should know that I really really love you!"luah Key. Ima terpempan. Key bengang lantas berlalu masuk ke dalam bilik. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia berbuat demikian.

Suka Tak Suka ?

No comments:

Post a Comment